pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, June 28, 2011

DEERLAND LANCHANG,PAHANG BACK TO NATURE

Assalammualaikum semua...

kali ni lastlah entri CITH untuk jalan hujung hujung minggu hari tu.satu lagi tempat lawatan kami ialah DEERLAND yang berdekatan lebih kurang 2km dari Santuari Gajah.maknanya sekali jalan boleh tengok 2 tempat.

tempat ni merupakan kawasan ternakan rusa yang diusahakan oleh orang perseorangan di kawsan yang luasnya 15 ekar!.kali ni bayaran masuk dikenakanlah ye.maklumlah nak kasi makan haiwan dan bayar gaji pekerja...bayaran masuk RM6 dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.apa yang menarik?bagi 2 beradik ni dah tentulah pengalaman kasi makan rusa secara "live" memang satu pengalaman baru dalam hidup mereka.setiap bayaran yang dikenakan ni dah termasuk dengan makanan untuk diberikan kepada rusa-rusa sekali.jadinya,untuk CITH dapatlah 3 bakul makanan untuk 2 baradik ni kasi makan rusa.memang suka budak-budak ni.apa taknya,rusa-rusa ni nampak je tangan kita ada makanan,memang berebut datang dekat dengan kita.selain rusa,ada juga haiwan yang lain yang diternak di sini.antaranya beruang,ular,pelbagai jenis burung,ayam yang memang dekat dengan pengunjung di sini.(Sakinah dengan ular albino)pendek kata bagi budak-budak memang seronok berada di sini.CITH pulak pastinya membeli cenderamata fridge magnet yang ada dijual di sini.

ALAHAI...

2 comments:

  1. memang teringin nak bawak anak-anak kat sini.macam best ajer

    ReplyDelete
  2. ok lah kak,walaupun tak le happening benor tapi ok.budak2 mmg suka kat sni dapat pegang rusa.

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala