Assalammualaikum semmua...
kali ni last entri pasal cerita kat Melaka tempohari...ni nak cerita pasal makanan pulak.CITH telah dibawa oleh adik ipar ke satu kedai makan yang dia kata; "kak,ni asam pedas ni akak kene try kak.best punya kat Melaka.kedai dia kak makin larut malam makin gamai orang!" wah teruja dengan promosinya tu CITH pun oklah dengan cadangannya itu.
namanya? ASAM PEDAS CLAYPOT. mana LOKASI?alamat sebenarnya CITH betul-betul mintak maaf.masa bayar tu tak mintak resit pulak.selalu mintak.tapi kedai ni terletak di Jalan Laksamana,Melaka.bersebelahan dengan tapak pasar malam Cina setiap hari Sabtu.masa CITH datang ni,sebelah kedainya sedang dalam pengubahsuaian.rasanya kalau tanya orang,orang sekitar Melaka tahu.memang hot jugak di sini namanya.
apa yang menarik?masakan asam pedasnya yang dihidangkan di dalam bekas claypot yang panas-panas!terdapat 4 jenis asam pedas yang dihidangkan iaitu asam pedas daging tetel,ikan kembung,ikan pari dan ikan cencaru.ada juga menu lain tapi meng hotnya asam pedas nilah.kata adik ipar CITH,kedai ni dibuka sebelah petang.semakin larut malam semakin ramai orangnya.masa CITH datang sebelah petang tu memang bayak kerusi meja yang masih kosong.yelah CITH sampai masa tu pukul 5 petang.diorang baru buka jadi belum ramai lagi.
setiap hidangan dihidangkan dengan 1 mangkuk claypot asam pedas,nasi putih+telur asin+sambal belacan + sayur goreng.memang ngan untuk seorang makan.kalau rasa 'enjin Honda' order lah 2 untuk diri sendiri...hihii...malam tu sebelum balik hotel,sekali lagi adik ipar datang bawak ke sini.ni dia nak proofkan kat CITH yang orang memang ramai kat sini.masa CITH datang tu jam dah pukul 11 malam.memang penuh meja.memandangkan CITH bawa baby,owner kedai mencarikan kami meja kosong.tengoklah gambar ni.memang penuh!!! rata-rata memang makan set yang CITH cakap ni.satu lagi yang hairannya,ramai cina yang datang makan!wah dah boleh tahan pedas diorang ni...dasat!satu lagi yang menariknya,owner kedai ni suami isteri turun padang ambil order pelanggan dan mencarikan tempat duduk untuk pelangggan.ni CITH kasi kredit kat diorang.(Sakinah repeat lagi asam pedas pari...)satu lagi,tandas yang bersih disediakan.yelah selalunya kalau kedai ramai orang kebersihan tu agak kureng sikit kan...tapi di sini tak.ada juga kemudahan surau.jadi memang selesa.layanan memang cepat.ramai pekerja dia,so tak risau untuk tunggu lama.kira apa yang adik ipar promot tu memang SUPER! kalau tak, tak lah CITH nak ulang 2 kali dalam sehari!
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(462)
-
▼
June
(42)
- ASAL ADA ATAU MEMANG PERLU ATAU SAJA NAK TUNJUK?
- KALAU DAH NAMANYA ANAK LELAKI MEMANG GITULAH
- MEMASTIKAN COKLAT TERPELIHARA KESEGARANNYA
- DEERLAND LANCHANG,PAHANG BACK TO NATURE
- SANTUARI GAJAH DI KUALA GANDAH
- ANIMAL PARK BERJAYA HILLIS BERMESRA DENGAN ARNAB
- JAPANESE TEA HOUSE, PENATNYA NAK MENDAKI
- COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI BERCUTI ALA DI OVERSEA
- BERCUTI SUDAH,DI RUMAH SEMULA
- BERCUTI 2D 1N DI BUKIT TINGGI
- AKHIRNYA HUBUNGAN ITU DAPAT DIJERNIHKAN KEMBALI
- SIMPAN HARI INI UNTUK GUNA MASA DEPAN
- ANTARA YANG ORIGINAL DAN IMITATION MANA SATU NAK P...
- AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS NAMUN HATI?
- TARIAN SK SETIAWANGSA DALAM PERTANDINGAN PERINGKAT...
- JOM PERGI SPA,SENANGKAN HATI LUPAKAN SEKETIKA MASALAH
- DIAM ITU AKU RASA LEBIH BAIK DARIPADA MEMANJANGKAN...
- AKU TIDAK BERMAKSUD UNTUK TIDAK BERSETUJU DENGANMU
- ORANG JAKARTA DAH BALIK MALAYSIA
- SELAMAT HARI BAPA.NOSTALGIA BERSAMAMU ABAH TETAP D...
- RINDU PABILA TIADA SUARA TIADA PESAN
- MYVI BARU LEBIH BEST LEBIH BERGAYA ELEGANT
- INGIN MENIKMATI KESENANGAN DENGAN CARA YANG SENANG
- BILA MANABUR BUDI USAH DIHARAP BALASAN
- ADIRA-KU ADA KAMU (+LIRIK)
- PERGI JAKARTA BAWA DIRI DAN NAMA SEKOLAH SETIAWANGSA
- ASAM PEDAS CLAYPOT LAKSAMANA,ULANG 2 KALI!
- COCONUT SHAKE AT KLEBANG MELAKA..HAPPENING!!!
- PULUT PANGGANG POWER SIMPANG EMPAT
- 2 HARI 1 MALAM DI MELAKA
- CUTI DI MAHKOTA HOTEL
- LELAKI KUAT MAKAN ATAU PEREMPUAN JAGA BADAN?
- REVIEW NORA ELENA DALAM KASIH YANG SUCI
- BETULKAN PERSEPSI KARAOKE DULU DAN HARI INI
- MONYET BERCINTA MACAM MANA AGAKNYA?
- KALAU ORANG NAK HUTANG MACAM MANA?
- BAKTERIA E COLI ANCAM SAYUR PULAK
- RAJUK MAMA TAK KE MANA AKHIRNYA HILANG DIBAWA PERGI
- SIAPA NAK PUJUK HATI?PUJUK SENDIRI-SENDIRI
- BILA MERAJUK DAN HATI TERJERUT SAMA
- SALIH YAACOB LELAKI LUAR BIASA DI MALAYSIA
- JUN DAH MASUK ,SEPARUH PERJALANAN BERLALU
-
▼
June
(42)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Layan asam pedas.
ReplyDeleteTunggu , tapi lambat sikit.
SAYA PERLUKAN NO TEL ASAM PEDAS LAKSAMANA...SEBAB SAYA NAK BUAT TEMPAHAN PADA 13 ARIBULAN 11 NIE
ReplyDeletemaaf no tel nya tidak pulak sy ada.cuma alamat penuhnya di 86,laksamana 5,kota laksamana, melaka.itu saja yg saya ada.harap maaf.boleh datang awal,meja masih byk kosong.tapi kalau 9 keatas tu mmg dh pack.
ReplyDelete