pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, June 15, 2011

PERGI JAKARTA BAWA DIRI DAN NAMA SEKOLAH SETIAWANGSA

Assalammualaikum semua...

hari ni CITH menjadi orang yang ditinggalkan dan meninggalkan si dia.hari tu buat pasport sama-sama untuk 3 beranak,ingat nak pergi kat pakwe CITH.alih-alih anak dara CITH yang dapat fly dulu.waaa...!ni CITH baru balik dari sekolah menghantar pemergian Sakinah untuk menyertai pertandingan tarian di Jakarta,Indonesia.dijangka balik Insya Allah pada hari Sabtu malam.

dah berminggu-mingu berlatih setiap hari,kini tibalah masanya untuk membawa diri dan nama sekolah di peringkat antarabangsa.dalam hati,sebagai ibu memang terasa bangga apatah lagi di usianya begini,dia berpeluang melihat negara orang tanpa diiringi keluarganya.berkat nama sekolahnya dan keizinanNYA jua,maka dia terpilih untuk mewakili sekolah dalam bahagian tarian.

pertandingan akan diadakan pada hari Jumaat di sekolah SD Az Zahra,Jakarta Indonesia.sebelum tu Sakinah dan pasukannya akan terlibat dengan program keluarga angkat yang merupakan sebahagian daripada atucara program di sana.mereka akan tinggal bersama keluarga angkat selama 2 hari 1 malam.

malam tadi,CITH memberi 'tutorial' berkenaan penggunaan duit di sana.maklumlah nilai rupiahnya besar-besar.CTH bekalkan dia 300 ribu rupiah=RM108.(jutawan rupiah...)kalau tengok angkanya,rasa macam orang kaya pulak.apa taknya main ribu-ribu je bunyinya!CITH siap tuliskan sekali nilai convertnya dalam RM.dah pesan kat dia,beli yang perlu saja.tak payah nak beli banyak.apa yang penting fridge magnet mama dengan untie-untie dia jangan lupa! yang lain kalau nak beli belilah...hihii...harapnya dia pandai bawa diri di sana.(taklimat daripada guru besar,Tn Hj Ruslan)(seronok bersama rakan pasukan)(dah naik bas ke airport)AKU?moga Allah lindungi dan permudahkan segala urusan pemergian Sakinah bersama pasukan sekolahnya.amin.

ALAHAI...

2 comments:

  1. Tahniah utk Shakinah. Pesan pada dia, kena pandai tawar kalau tak kena dgn penjual kat sana.

    ReplyDelete
  2. tu lah kak,gisau gak ati ni.pesan kat cikgu dia suruh tengok2 kan dia.kita yg besar pun leh confiuskan duit dia,ni kan pulak budak 9 thn..gisau gak.

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala