Assalammualaikum semua...al hamdulillah jumpa kembali di alam blogger ini.selamat masuk 'ofis' kembali buat diri ini dan juga rakan blogger yang berstatus macam CITH ni.
sekarang ni CITH nak review sikit cuti-cuti CITH 2 hari 1 malam tempohari di Melaka.kali ni bercuti tanpa pakwe CITH sebaliknya Kak Cik CITH yang biasa tu pulak take over jadi driver.kami menginap di Mahkota Hotel yang terletak di Banda Hilir..masuk kali ni dah 2 kali CITH menginap di sini.Lokasinya di tengah-tengah pusat pelancongan di sini memudahkan segala pergerakan.
kali ni datang ke sini semata-mata nak bawak budak-budak ni mandi pool.sambil tu nak release sikit temperature kesibukkan masa cuti sekolah tempohari.apa taknya,kali ni cuti 2 minggu Sakinah 'berkurung' untuk aktiviti tarian dia!ni jelah masa untuk enjoy.apa yang beza percutian kali ni ialah; kalau selalunya,CITHlah yang akan merangka aturcara program berjalan,makan,soping dan sebagainya.tapi kali ni,CITH hanya mengikut program yang telah disusun oleh pakwe CITH.rupanya dari jauh pakwe CITH dah susunkan program CITH bersama adik ipar,mak dan abah mertua di kampung.mereka datang ke hotel dan membawa CITH keluar berjalan.
antara lokasi berjalan kami ialah-sekitar Padang Pahlawan.CITH ingat lagi masa dulu zaman sekolah,tempat ni hanyalah laluan kereta lembu.macam lagu 'KERETA LEMBU...DARI MELAKA,DITARIK OLEH...LEMBU PERKASA...(hahaha terus keluar lirik lagu!)lepas tu adalah deretan kedai kayu yang menjual hasil kraftangan dan juga makanan tempatan di sini.TAPI kini memang dah 100% jauh bezanya.dah tak ada laluan kereta lembu apatah lagi lembu-lembu itu,kedai kayu pun dah tak ada.apa yang ada? tu dia 4 bangunan shopping mall yang gagah berdiri di samping kondominium yang first class punya!fuh...memang beza.tak tahulah CITH agaknya orang Melaka ni kuat soping kut,tak pun duit memang berlebih sampaikan punyalah banyak mall yang ada.tak pun untuk pelancong asing.memang 'rabak' kalau hari-hari ke sini.(CITH control...hihii)
antara yang baru-Hatten Square.kata adik ipar CITH, ni belum sepenuh siap lagi.memang kebanyakkan kedai yang ada ialah butik-butik berjenamalah.tengok nama mall pun dah boleh agakkan.apa yang kami dapat? hahaha...bergambar sajalah.keluar masuk setiap satu mall saja nak cuci mata.mak abah mertua pun tak datang lagi tempat ni.
kalau dulunya deretan kedai kayu,sekarang ini sudah bertukar kepada deretan kedai dalam bangunan yang siap ber'aircond'.dapatlah CITH membeli sedikit cenderamata untuk dibekalkan kepada Sakinah nanti di rumah keluarga angkatnya.
selepas tu adik ipar bawa pulak CITH naik bot menyusuri sungai Melaka.kalau datang siang katanya kureng menarik sikit.tak adalah nak tengok cahaya-cahaya lampu.jadinya lepas maghrib barulah kami pergi.orang? emmm...memang ramai.parking kena 2 kali mencarinya.lepas beli tiket kenalah beratur panjang untuk mendapat giliran naik bot.tiket bagi dewasa=RM 10. dan kanak-kanak berumur 2-12 tahun=RM5.00.nasib baik juga,bot yang disediakan agak banyak juga,jadinya tidaklah terlalu membuang masa menunggu.selain daripada naik bot,ada juga pameran,persembahan puisi yang memang sengaja diadakan bagi meramaikan para pelancong.dah tak dapat ke Venice,dapat naik bot Sg Melaka pun jadilah.hihi...tu pun ada orang lena tidur dek kerana hembusan angin-angin sepoi bahasanya.perjalanan dalam bot lebih kurang 40 minit dapatlah menikmati pemandangan sepanjang Sungai Melaka yang dihias cantik waktu malamnya.sepanjang perjalanan dihiasi dengan lampu pelbagai warna memang menarik.pukul 11,CITH dan anak pun dihantar balik ke hotel.habis dah berjalan untuk 1 hari...
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Monday, June 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(462)
-
▼
June
(42)
- ASAL ADA ATAU MEMANG PERLU ATAU SAJA NAK TUNJUK?
- KALAU DAH NAMANYA ANAK LELAKI MEMANG GITULAH
- MEMASTIKAN COKLAT TERPELIHARA KESEGARANNYA
- DEERLAND LANCHANG,PAHANG BACK TO NATURE
- SANTUARI GAJAH DI KUALA GANDAH
- ANIMAL PARK BERJAYA HILLIS BERMESRA DENGAN ARNAB
- JAPANESE TEA HOUSE, PENATNYA NAK MENDAKI
- COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI BERCUTI ALA DI OVERSEA
- BERCUTI SUDAH,DI RUMAH SEMULA
- BERCUTI 2D 1N DI BUKIT TINGGI
- AKHIRNYA HUBUNGAN ITU DAPAT DIJERNIHKAN KEMBALI
- SIMPAN HARI INI UNTUK GUNA MASA DEPAN
- ANTARA YANG ORIGINAL DAN IMITATION MANA SATU NAK P...
- AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS NAMUN HATI?
- TARIAN SK SETIAWANGSA DALAM PERTANDINGAN PERINGKAT...
- JOM PERGI SPA,SENANGKAN HATI LUPAKAN SEKETIKA MASALAH
- DIAM ITU AKU RASA LEBIH BAIK DARIPADA MEMANJANGKAN...
- AKU TIDAK BERMAKSUD UNTUK TIDAK BERSETUJU DENGANMU
- ORANG JAKARTA DAH BALIK MALAYSIA
- SELAMAT HARI BAPA.NOSTALGIA BERSAMAMU ABAH TETAP D...
- RINDU PABILA TIADA SUARA TIADA PESAN
- MYVI BARU LEBIH BEST LEBIH BERGAYA ELEGANT
- INGIN MENIKMATI KESENANGAN DENGAN CARA YANG SENANG
- BILA MANABUR BUDI USAH DIHARAP BALASAN
- ADIRA-KU ADA KAMU (+LIRIK)
- PERGI JAKARTA BAWA DIRI DAN NAMA SEKOLAH SETIAWANGSA
- ASAM PEDAS CLAYPOT LAKSAMANA,ULANG 2 KALI!
- COCONUT SHAKE AT KLEBANG MELAKA..HAPPENING!!!
- PULUT PANGGANG POWER SIMPANG EMPAT
- 2 HARI 1 MALAM DI MELAKA
- CUTI DI MAHKOTA HOTEL
- LELAKI KUAT MAKAN ATAU PEREMPUAN JAGA BADAN?
- REVIEW NORA ELENA DALAM KASIH YANG SUCI
- BETULKAN PERSEPSI KARAOKE DULU DAN HARI INI
- MONYET BERCINTA MACAM MANA AGAKNYA?
- KALAU ORANG NAK HUTANG MACAM MANA?
- BAKTERIA E COLI ANCAM SAYUR PULAK
- RAJUK MAMA TAK KE MANA AKHIRNYA HILANG DIBAWA PERGI
- SIAPA NAK PUJUK HATI?PUJUK SENDIRI-SENDIRI
- BILA MERAJUK DAN HATI TERJERUT SAMA
- SALIH YAACOB LELAKI LUAR BIASA DI MALAYSIA
- JUN DAH MASUK ,SEPARUH PERJALANAN BERLALU
-
▼
June
(42)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Tinggalkan alamat ya.
ReplyDeleteseronok tgk kemesraan ko dengan keluarga mertua..kalo aku? jauh panggang dr api.. apa nk buat, buat menantu kesayangan :(
ReplyDeleteCK: setakat ni macam nilah.tak tahulah yg akan dtg.harapnya selama2 nya mcm ni.psl tu tk blh selalu jmpa takut kureng mesra nanti.hihii..
ReplyDeletetak pe,klu bukan menantu ksyagn pun janji Jebat sayang oooo