pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, June 27, 2011

COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI BERCUTI ALA DI OVERSEA

Assalammualaikum semua...

baru CITH berkesempatan memasukkan entri bercuti hari tu ke sini.maklumlah,banyak posenya pastu kenalah diedit terlebih dulu...hihii...

COLMAR TROPICALE,BERJAYA HILLS nilah nama lokasi yang CITH pergi bercuti.bukan di luar negara tapi nun di Bukit Tinggi,Pahang.nak ke oversea tak berkesempatan jadinya dapat bercuti kat tempat yang 'ala-ala" pun dah kira syukur jugak.

tempat ni memang menarik.sebaik saja masuk ke ke signbord laluannya,dah rasa WOW! hilang dan lupa tentang pening yang dirasai semasa mendaki naik tadi.bak kata Sakinah; "macam castle dalam cerita Rapunzel!" memang rasa teruja,kagum dan tak sabar nak pose!...rasanya CITH yang teruja nak berposing.budak 2 beradik ni tak sabar nak mingming@swimming (ni kata Hakimi)

memang CITH akui binaan hotel yang kami pergi kali ini memang lain daripada hotel yang biasa kami dah pergi.binaan lama yang menyerupai di Perancis memang menarik dan mengkagumkan!

deretan kedai nama bangunan ditulis dalam bahasa Perancis.jadinya tak pergi di Perancis pun rasa macam kat sana jugaklah.hihi...masa CITH sampai ni,memang ramai orang.kononnya nak upgrade bilik yang lebih besar pun tak dapat.dah penuh!jadinya sekadar bilik yang telah awal dibooking tempohari sajalah yang ada.(ni model atas katil macam biasa...)apa menarik sangat? emmm...tak tahu CITH nak cakapkan.apa yang pasti bagi CITH,suka dengan persekitarannya,binaan bangunannya,makanan,kemudahan...pastinya kedai-kedai cenderamata(rambang mata nak beli fridge magnet kesukaan CITH).anak-anak suka swimming pool tapi airnya mak datukkk...sojukknya! mandi sekejap dah menggigil nak keluar.(anak caterpillar...sojukkkk)selain tu ada tempat main untuk kanak-kanak.siap kan ajelah duit untuk ditukar tokennya.(sesekali,kasi chance menghabiskan duit!)
lepas tu siapkan duit untuk beli makanan ikan.1 bungkus RM1.untuk budak 2 orang ni,CITH beli RM4.memang besar-besar ikan cap Jepun di sini di samping 4 ekor itik yang sangat jinak!letak makan di atas tapak tangan,kejap je dicekupnya.memang Sakinah dan Hakimi suka sangat!

satu lagi, yang kena siapkan duitnya ialah bayaran untuk makan.dah namanya atas bukitkan,maka harganya pun sedikit mahal daripada biasa.malam tu CITH dinner dengan pizza,sup dan air berharga RM88.70.kalau di KL,puas makan nasi dan lauk pelbagai!(sekali lagi- TAKPELAH. SESEKALI berbelanja lebih...)

CITH tak tahu nak cerita apa.apa yang CITH pasti,memang rasa nak ulang lagi datang ke
sini.nak berehat-rehat,menikmati angin bukit yang nyaman,menikmati alunan muzik sedap halwa telinga.melihat bunga-bunga kembang menarik,semuanyalah...kata pakwe CITH; "insya Allah boleh datang lagi!"

untuk kalian pengunjung CITH,inilah pose-pose yang sempat dirakamkan.kalau nak masuk semua memang tak cukup nanti ...hihi...(pemandangan pada waktu malam hari)(dari sudut berbeza...)
(pose sajalah walaupun replika semata...)(terima kasih kepada pakwe CITH yang melayan plan CITH kali ini.)

ALAHAI...

4 comments:

  1. terkenang 10 tahun yang lalu masa pergi honeymoon dulu...

    ReplyDelete
  2. amboi cik na....10 thn dulu akak dh gi? sya lak bru ni pegi,kira 10 jugak wedding kami.Ya Allah kebetulan kak!

    ReplyDelete
  3. akak boleh taw akak tido hotel mane coz tengah survey2 hotel2 kat sane ;p hihi~

    ReplyDelete
  4. leeza,akak mmg check in kt hotel sini-Colmar Tropicale Bkt Tinggi. semalam dlm RM360. no phone? alamak tu kene google lah ye.tak igt pulak nk masukkan kt sini ari tu

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala