pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, June 8, 2011

BETULKAN PERSEPSI KARAOKE DULU DAN HARI INI

Assalammualaikum semua...(Song Box @Jusco Setiawangsa)

kalau dulu masa 'zaman jahiliah" sikit masa dulu-dulu bila sebut karaoke ni je mulalah terfikir pasal yang bukan-bukan.fikir pasal bilik gelaplah,boleh berpegang-pegang tangan,lepas tu terjadilah aksi-aksi terlarang dan seumpama dan sewaktu dengannya.entahlah rasanya semua yang tak baik-baik tu ada dalam benak kepala ni.apa tah lagi bila disogokkan dalam paparan drama Melayu kita tentang kepincangan rumahtangga disebabkan oleh aktiviti kurang sihat begini.lagi satu kalau orang yang bertudung je masuk ke pusat karaoke ni,dah dipandang satu macam kan...itu dulu punya pandanganlah.

tapi kini,suasana berubah dan persepsi juga berubah apabila CITH lihat dan rasa sendiri.mungkin disebabkan tempat-tempat karaoke sekarang dilihat lebih bersifat terbuka,tidaklah bertemankan lampu neon nan suram,apatah lagi kedapatannya di pusat beli belah keluarga bukan lagi macam dulu yang hanya terletak di tempat yang eksklusif saja.(tempat macam ni ada juga lagi sekarang...)kini ada yang berkonsepkan lebih mesra famili.

CITH pun melihat sewaktu membawa anak-anak ke sini,ramai juga famili yang datang membawa anak-anak mereka berkaraoke.famili yang semua bertudung pun ada.jadi rasanya tidaklah pelik dan janggal untuk kita berkaraoke bersama famili di sini.yelah kalau nak "melalak" kat rumah nanti,jiran pulak terganggu kan dek suara kita yang lebih over daripada Ning Baizura tuu..hihiii...jadinya lebih baik 'mengetest' suara di sini.(Sakinah menyanyi diiringi oleh backup singer...woaa...) (Hakimi yang tak lepas dengan mikenya sampai meleleh air liur-backup singer pun jadilah!)

ALAHAI...

2 comments:

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala