pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, June 6, 2011

KALAU ORANG NAK HUTANG MACAM MANA?

Assalammualaikum semua...

masih dalam mood cuti lagi kan tapi CITH macam tak cuti.Sakinah ada lagi latihan menarinya.minggu ni latihan menari di sekolah untuk pertandingan di Jakarta naik cuti sekolah nanti.makanya tak ke manalah cuti ni.

ok kali ni nak bercakap pasal hutang.sekiranya ada orang cakap macam ni;" nak pinjam kau RM...,nanti bila gaji aku bayar ansur-ansur.aku bayar punya." macam mana kita nak jawab?

tak kasi pinjam dikata sombong,kasi pinjam masalah nak bayar balik tu memang ada.apatah lagi rekod membayar memang dah tahu macam mana...payahnya nak cakap kan...kadang tu macam mana nak percaya,sebab tiap kali time nak bayar tu terpaksa orang yang kasi hutang tu kutip hutang dia balik.orang yang berhutang buat dek je.last-last yang memberi hutang pulak rasa malu nak tiap bulan tanya duit dia.emmm...mungkin ada yang displin dalam membayar seperti yang dijanjikan tetapi ada juga yang "culasnya" .ketegori macam nilah yang buat kita susah nak percaya lagi kan...

entahlah CITH pun payah nak cakap macam mana.sejarah lama itu masih segar jadinya takut pula pisang berbuah 2 kali.tapi kata pakwe CITH,kita kasi hutang orang tu sekadar kita mampu.maknanya kalau ditakdirkan orang itu "buat lupa" hutangnya dengan kita,kita tetap tidak ada masalah.jangan terlebih,nanti susah kat kita juga.ada betul kaa...?

ALAHAI...

2 comments:

  1. payah dpt org camtu..kamu bagi alasan yang munasabahlah..tipu sunat pun tak aper.

    wah anak kamu terpilih mewakili negara ker nak ke jakarta nanti?elok kamu ikut, bolehlah shopping

    ReplyDelete
  2. kak ina, oo ye tipu sunat pn blh kaa...hihii

    insya Allah jika semua diizinkan pergilah anak dara saya tu.saya tak tahu lagi.rasanya ddk kl jelah.nak soping pn tak larat,siapa nk 'ngengkohkan" si kecik ni..

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala