pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Wednesday, December 28, 2011

BURJ KHALIFA MERASA YANG TERTINGGI DI DUNIA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

kalau dah datang ke Dubai rasanya macam tak sah kalau tak pergi,melihat dan merasai sendiri ketinggian bangunan terkenal di dunia iaitu BURJ KHALIFA.Bangunan setinggi 828m (2,717ft) ini dibuka 4 Januari 2010 dan mempunyai 160 tingkat.

nak naik ni pun bukannya senang macam tu saja.kena beli tiketnya terlebih dahulu.tiket pulak tu,kalau beli on the spot memang lah mahal.seorang dikenakan 400 dirham@lebih kurang RM350.itu untuk seorang dewasa.kanak-kanak 100 dirham@RM80.banyak juga jumlah tu kan.jadinya terpaksalah,kami ni boking tiket dulu untuk tarikh yang akan datang.kalau boking dulu lagi jauh murahnya iaitu seorang dewasa 100dirham dan kanak-kanak 75 dirham! jauh beza tu kan...maklumlah,kat sini duit keluar macam paip bocor.jadi,kalau ada peluang nak jimat tu,jimatlah...hihi...

akhirnya hari yang ditunggu pun tibalah.merasa menaiki bangunan tertinggi di dunia.tapi sebelum tu,kena beratur yang sangat panjang...ramai orang.hari-hari pun macam ni.CITH ingat time kerja tak ramai,yelah tiket pukul 2 petang tapi tetap ramai juga orang.dah lah kena beratur,kena scan diri dan beg macam kita kat imegresen di airport tu! tengok macam tu sekali mereka jaga keselamatan mereka.takut-takut bawak bom pulak kan...

walaupun bangunannya sangat tinggi,tapi taklah pengunjung dibenarkan naik sampai ke kemuncak.memang tak terasa ketinggian itu apatah lagi dengan sistem lif yang paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat telah membawa kita ke atas.

kalau dah berada di tempat atas,biasalah dapat menjengok pula ke bawah dan sekitarnya.melihat kemajuan yang telah dan akan diterokai oleh Dubai dari ketinggian Burj Khalifa memang menampakkan kepadatannya.bila dah di atas ini,biasalah kan sesi berposing walaupun tak nampak Burj Khalifa itu sendiri! hahaha...dan membeli cenderahati pastinya fridge magnet Burj Khalifa yang tertulis di situ "exclusif only at the top"...

luas terbentang bumi Allah ini dan manusia berlumba-lumba untuk menunjukkan ketinggian diri meski pun tahu tak kan dapat melawan kuasaNYA...ALAHAI...

LAMA TAK MENULIS,MASIH ADA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

agak lama juga CITH tiada di sini.tiada bukan bermakna sudah bernoktah namun tuntutan nak berjalan,rebutan kuasa laptop dan sebagainya mengekang CITH untuk menulis tiap hari di sini.hanya mampu meng'update' status di FB mengunakan handphone.nak menaip di handphone...alahai...kocik bonar skrinnyer!

kepada yang masih sudi menjengah di rumah CITH ni,terima kasih banyak ye.tinggal beberapa hari saja lagi CITH dan anak-anak berada di Dubai ni.menjelang tahun baru nanti...(macam lama sangat ye!),balik lah kembali CITH di KL dan seterusnya menjawat kembali jawatan CITH seperti selalu.dek kerana itu lah,CITH memang berjalan sakan di sini,meninggalkan seketika cerita di KL bak kata orang nak bermalas-malasan.ha tu lah dia.perbezaan masa selama 4 jam itu dengan cuaca yang sejuk-sejuk,memang aktiviti makan,tidur dan jalan yang seronok dilakukan.

meski pun pakwe CITH bekerja dan hanya keluar berjalan bersama di hujung minggu sahaja,namun tanpa dia pun CITH tetap keluar berjalan bersama anak.yelah,datang tak selalu dan tak tahu bila lagi nak datang ke sini.maka kesempatan yang ada ini harus dimanfaatkan sebaiknya.kalau yang minat bershopping itu,memanglah di Dubai ini segala macam brand ada.tapi kat KL pun tak kalah juga.semua ada.bab shopping ni CITH kurang sikit.memang lah hati tu nak semua kan TAPI bila dikira balik dengan duit kita...emmm masih berbaloi lagi beli di Malaysia!

yelah,shopping pun shopping juga tapi nilai wang yang keluar kena kira juga.tak tahulah orang lain.ada kawan CITH kata; kalau kita nak shopping tu,spend je.tak payah nak berkira sangat duit-duit ni...huhu...masing-masing lah kan.CITH pulak,dapat beli 1@2 barang untuk diri sendiri,lepas tu beli untuk saudara dan teman tu dah cukup.apa yang penting BERGAMBAR!!! lepas tu wajib pergi atau cuba tempat menarik mereka,makanan.pendek kata nak mencuba apa yang lain di tempat itu.itu yang CITH suka.bagi CITH,itulah berjalan sakan namanya!

insya Allah,akan CITH share di sini coretan pengalaman yang dilalui.antaranya berada di bangunan tertinggi di dunia-Burj Khalifa, underwater aquarium,pengalaman bermain ais sehingga kecut-kecut jari jemari...hihi...menaiki bas "double decker" untuk meronda dalam bandar Dubai dan beberapa cebisan pengalaman dan kenangan yang dilalui.
apa pun,syukur kepada DIA yang mengizinkan CITH dan anak-anak merasai semua ini meski pun hanya seketika.

ALAHAI...

Friday, December 16, 2011

BURJ KHALIFA BEAUTIFUL DANCING FOUNTAIN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

akhirnya berjaya "mengodamkan" maka dapatlah CITH masukkan rakaman video air pancut menari di Burj Khalifa,Dubai...



ALAHAI...

MALAM DI DUBAI MALL@BURJ KHALIFA MELEKAKAN.

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...salam Jumaat.

hari ni dan esok di sini ialah hari cuti hujung minggu.kata pakwe CITH,hari Jumaat ni kedai-kedai/bazar bukaknya hanya selepas zohor.pagi ni yang bukak pun hanyalah shopping mall sahaja.metro/tren pun hanya beroperasi selepas Jumaat.

jadinya,kami sekeluarga hari ni hanya akan keluar selepas solat Jumaat nanti.ok,lah ini entri yang malam tadi punya.malam tadi,pakwe CITH telah membawa kami ke Dubai Mall yang terkenal dengan bangunan tertinggi dunia Burj Khalifa!

suasana malam di sini memang menarik!penuh dnegan lampu lampanya yang memikat pandangan.dalam mall ni sahaja bukan main besarnya...boleh sesat pun ada.paling best ialah menunggu air pancur berirama di depan Dubai Mall.istimewanya air pancut ini hanya bermula pada jam 7 malam ke atas sahaja.siang memang tak ada!setiap setengah jam,air pancut ini akan beraksi mengikut irama lagu yang dimainkan.melihatnya seolah-seolah air pancut ini menari bersama mengikut irama tersebut.memang satu yang lain sangat!kalau rancak muziknya,maka rancaklah air pancut itu menari dan sekiranya perlahan muziknya,maka perlahanlah rentak tarian air pancut tersebut.melihatnya memang melekakan.

ada video yang CITH rakamkan,tapi sayangnya masih gagal CITH nak dowloadkan di sini...emmm...hanya rakaman gambar sahaja yang ada.insya Allah nanti bersambung dengan entri Burj Khalifa pulak.(tiket dah beli untuk naik minggu depan...hari-hari tiket penuh sahaja...)

ALAHAI...

Thursday, December 15, 2011

MATA DAN PERUT MASIH MALAYSIA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

baru masuk hari kedua di sini nampaknya mata dan perut masih belum mampu membuat perubahan.apa taknya mata dah tercelik pukul 5 lagi dan pada masa yang sama perut juga menyanyi minta di sini.

pagi ni lagi teruk,Sakinah yang bangun awal gelap-gelap mintak makan kat mamanya ni.apa lagi,bukak tin biskut babalah nak isi perut.terus CITH buka peti ais ambil nasi lebih semalam untuk buat nasi goreng pagi ni.

emmm...perut minta sarapan lepas tu mata pulak nak tidur ikut time KL lagi.bila duduk sini rasanya,kejap-kejap dah kena ke dapur semula.yelah pukul 5 bangun kat sini=9 pagi KL-kena buat sarapan.sekejap tu dah kena masak tengahari walaupun jam kat sini baru pukul 9 pagi.huhu...

petang nanti pakwe CITH balik kerja,anak-anak dah tidur.sudahnya belom lagi dapat berjalan malam.hari ni CITH dah plan dengan budak-budak supaya tidur petang dan malam nanti boleh keluar berjalan.hari ni pulak hari last kerja untuk minggu ini.esok dan lusa memang hari cuti mereka di hujung minggu di sini.jadinya malam ni harap bolehlah melihat lampu lampa di tengah bandar!

ALAHAI...

Wednesday, December 14, 2011

SELAMAT SAMPAI DI DESTINASI SEMUA RASA LAIN

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

pagi ni entri CITH dari United Arab Emirates-Dubai.CITH selamat dah sampi di destinasi yang dituju malam tadi pukul 11 malam waktu tempatan=3 pagi waktu Malaysia.al hamdulillah semuanya selamat.si kecik ni saja yang teruja lebih di airport.maklumlah selalu nampak kapal terbang bersaiz kecik,tapi kali ni nampak yang besar punya.tu lah tak sabar-sabar kejap-kejap tanya bila nak jalan...perbezaan masa 4 jam dari Malaysia menyebabkan hari pertama ni agak sukar untuk menyesuaikan diri.pukul 5 pagi dah tersedar.rasa macam dah lama tidur.apa taknya kalau pukul 5,dah pukul 9 di Malaysia.bangun pagi lagi dah buat sarapan,perut Malaysia,nak kena makan lah! hihi...

hari ni pakwe CITH kerja.dia tinggalkan CITH duit untuk belanja hari ni 500 dirham yang bersamaan RM480 untuk CITH 'tengok-tengok' di mall sebelah rumah ni.sebelum tu pakwe CITH dah ingatkan dulu sebelum mulut ini bertanya.
"duit ni awak gunalah tengok nak beli apa nanti.tak payahlah kira nak convert dalam duit kita.ni pun belanja tak cukup.... ni kira macam 500 ringgit juga.tak yah nak darab,bahagi..."huhu...betapa banyak yang lainnya.ni belum lagi CITH yang keluar membeli dan membelah...hihi...baru dengar dah rasa gerun dengan melihat betapa tingginya kadar inflasi di sini.bayangkan kalau di Malaysia...??? nanti CITH kongsikan cerita di sini ye...

ALAHAI...

Tuesday, December 13, 2011

TIBALAH HARI YANG DITUNGGU ITU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

hari ini,tibalah sudah hari yang sentiasa dikira-kira...hihi...bakal meninggalkan negara (cewah...) dan bakal kembali pada 1hb tahun baru nanti.seperti yang dijanjikan pada Sakinah,habis je Permata Seni,kita terbang jauh.maka hari inilah harinya.(foto oleh:GOOGLE.COM)

petang nanti,CITH 3 beranak akan terbang ke pakwe CITH di bumi Tanah Arab.inilah kali pertama "terbang" bersendirian tanpa pakwe CITH.

dalam hati ni...rasa berdebar pun ada,suspen pun ada,gabra pun ada,teruja pun ye...macam-macam.

luaran memang nampak macam tak sabar nak berholiday tapi dalam hati ni...huhu...apatah lagi pakwe CITH keep on remind CITH pasal anak lah,pasal barang,pasal pasport,pasal tiket...bla..bla...ayat "INGAT TU..." dah jadi macam fobia pulak! bukan sebelum ni tak pernah ke luar negara tetapi maklumlah apabila dengan pakwe kita,semuanya dia buat.apa yang kita tahu main ikut je...selebihnya "ada aku kisah?" hahaha....padan muka sendiri kan!

harapnya semua berjalan lancar di airport nanti.selagi ada di dalam negara sendiri,insya Allah semoga mudah semuanya.CITH dijangka sampai di sana pukul 10 malam bersamaan 2 pagi waktu Malaysia.(Rabu)

selepas ini insya Allah kita berkongsi entri berkenaan di negara Arab pulak ye.kita jumpa lagi.

ALAHAI...

PERMATA SENI TUTUP TIRAI 2011,SEGALANYA BERMAKNA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

sebelum CITH "terbang" petang ini,CITH masukkan entri terakhir mengenai Permata Seni yang telah pun melabuhkan tirainya semalam.setelah sekian lama berlatih,kemuncak persembahan ialah pada 11hb tempohari-Ahad dan semalam CITH mengambil Sakinah balik dari hotel.

penat?memang penat.berbaloi?sama sekali tidak boleh diukur dengan wang ringgit yang diberi TETAPI kata atuk Sakinah; pengalaman membuat persembahan dan bertemu dengan orang VVIP itu lebih penting daripada wang!

begitulah dengan Sakinah,masa inilah dapat bertemu dengan VVIP apatah lagi dapat beraksi di atas pentas yang 'bertaraf dunia'.CITH membawa mertua (nenek Sakinah) dan Kak Lang untuk menyaksikan persembahan Sakinah.

dalam hati macam-macam rasa yang ada.ada rasa kagum,ada rasa terharu,ada rasa bangga.yelah selama ni penat rasanya CITH menghantar,mengambil,melayan karenah birokrasi dan sebagainya.CITH tahu Sakinah pun lagi penat.apa taknya berlatih hampir sebulan,persembahan di pentas hanya sekadar 5-20 minit...memang penat.berakhirnya konsert akhir tempohari,maka berakhirlah segala cerita Permata Seni untuk tahun 2011.

untuk CITH,satu yang menambah manis dalam pengalaman ini ialah pertemuan "live" dengan mantan PM-Tun Mahathir bersama isteri yang datang menyaksikan persembahan Sakinah.tuah anak,mama yang dapat bergambar....al hamdulillah.

ALAHAI...

Sunday, December 11, 2011

KL KONVENSYEN CENTER ANTARA EKSPO PERMATA DAN BATIK

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...


nampaknya hujung minggu ni,entri pasal 'permata' saja yang diperkatakan.rasanya esok habislah pasal corat coret Permata.hihi...

ok,semalam telah diadakan satu ekspo Permata yang julung-julung kali diadakan di KL Konvensyen Center (KLCC).mengikut dalam jadual pukul 11 akan dirasmikan oleh PM,jadinya lambatlah CITH keluar rumah semalam.rupanya,pukul 9 pagi dah mula upacara.

apa lagi,sekejap-sekejap Sakinah dah telefon tanyakan mamanya ni kat mana,dia nak suruh CITH datang tengok dia di KLCC.apa lagi kelam kabut juga nak bersiap berkejar masa ke sana.CITH pergi ke sana dengan Kak Lang dan ngam-ngam sampai sana pukul 12.30 tengahari.Sakinah time tu dah siap nak tunggu bas datang nak bawa ke IB pulak.janji dah datang,senyaplah dia.

apa yang menarik di sini?ekspo Permata menggabungkan pameran daripada semua cabang Permata Negara yang ada.antaranya-Permata Seni,Permata Pintar,Permata Perkasa,Permata Insan dan sebagainya.orang?memang ramai.kebanyakkannya datang secara "rombongan Cik Kiah!_... ada pertunjukkan dan juga demo yang dibuat di sini yang boleh dicuba oleh pengunjung.banyak maklumat yang boleh diperolehi di sini khasnya kepada pengunjung yang mempunyai anak dalam usia remaja.

selain dengan bahan pameran,turut dibawa sebagai halwa telinga ialah persembahan dari negara-negara yang terlibat dalam Festival Kesenian Kanak-Kanak.

selain Ekspo Permata di KLCC,turut diadakan di sebelah pintu masuknya ialah Kuala Lumpur International Batik (KLIB)yang membawakan batik Piala Seri Endon.pameran dan jualan batik yang bermula pada hari Jumaat dan berakhir hari ini.turut diperagakan ialah pertunjukkan fesyen batik daripada pereka-pereka tempatan.ni lah first time CITH tengok pertunjukkan fesyen secara " live".dalam hati, rasa senang je kerja model-model ni.catwalk dari hujung pentas ke hujung pentas sini,senyum-senyum sikit dan lepas tu pose.dah.tu je kerjanya! senang sangat....hihi...tak tahulah kalau sebenornya macam mana kan....jadinya,kepada kalian yang tak ke mana-mana hari ni,bolehlah berkunjung di KL KONVENSYEN CENTER.ada 2 majlis berlangsung di situ...

ALAHAI...

Saturday, December 10, 2011

BERMULANYA FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu.rasanya ramai dah yang pergi berholiday...emmm...CITH ni masih menghitung hari menunggu Selasa nanti...

semalam seharian duduk di Istana Budaya dek kerana bermulanya festival kesenian kanak-kanak yang melibatkan Sakinah dalam Permata Seni.sungguh pun bukanlah sebagai penari yang "anchor" tapi serba sedikit peranannya itu cukup mengujakan CITH pabila dia menari di atas pentas yang bernama ISTANA BUDAYA!

yelah,segala penat jerih menanggung kepenatan,akhirnya dapat membuat persembahan di atas pentas itu cukup menghilangkan segala penat yang dirasa.biarpun masa persembahan hanya dalam 5 minit sahaja!

festival ini akan berakhir sehingga 11hb ini dan setiap malam akan diadakan persembahan muzik,koir dan tarian daripada negara-negara yang mengambil bahagian.malam tadi siaran langsungnya telah diadakan menerusi RTM1.untuk pengetahuan yang berminat,tiket-tiket boleh didapati di Istana Budaya tetapi maklumlah ianya terhad dan kenalah beratur macam nak beli tiket wayang tu.siang hari ni pula semua peserta Permata Seni akan berada di KL Konvensyen Centre bagi perasmian Ekspo Permata yang dijangka akan dirasmikan oleh PM.CITH juga akan "menyibukkan" diri di situ selepas ini..hihi....

semalam CITH menemui Sakinah di IB,dia dah mula kata nak balik rumah lah,sakit kepala,penat ...bala...bla...CITH pujuk dia,katakan pada dia; "peluang baik datang tak selalu dalam hidup.sekali ia datang,gunakan sebaiknya.mana tahu lain kali tak dapat rasa lagi.kalau dah lama selama ni boleh bertahan,cuma lagi 3 hari saja lagi kena bersabar..." yelah nak pujuk supaya tak jatuh semangat....habis semuanya ni barulah boleh berkepak....(bersama kontinjen Singapura)

ALAHAI...

Thursday, December 8, 2011

DAH LEWAT MALAM PUN NAK JUMPA PROSPEK

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

sedang leka menjahit seluar Hakimi,terdengar pintu diketuk orang..."Puan Chempaka...assalammualaikum...'.CITH membatukan diri tetapi 2 ekor ni dah berlari dulu ke pintu konon nak mengetahui siapa di sebalik pintu tersebut.memang kebiasaan 2 ekor dalam rumah ni pantang je dengar pintu diketuk.memang berkejar ke pintu.ni ajelah pengawal tak rasmi CITH dalam rumah.

CITH amati suaranya,sah-orang yang sama macam dulu juga.si agent dari mutual fund.sepantas itu juga,CITH perlahankan nada telefon yelah rasa dalam hati memang mamat ni akan call di telefon.sah! apabila salam tak bersambut,dia pun membuat panggilan ke telefon.nombornya memang CITH dah kenal sangat.jadi tak perlu untuk dijawab.setelah 3 kali salam tidak bersambut,dia pun pergi.

sebelum ni,kali pertama dulu-CITH dah "check" mamat ni melalui agen mutual fundnya.memang sah,dia agen berdaftar.tapi yang CITH persoalkan di sini,memang agent-agent ni semua hanya ada waktu lewat malam aje ke nak jumpa bakal prospek? hari siang yang 12 jam tu dah tak ada ke? ni geram jugak...

memanglah,masing-masing bekerja atas pelbagai tuntutan.tapi tak kanlah tak boleh berfikir langsung mana masa yang sesuai kan.CITH rasa jumpa prospek pada waktu malam-malam begini memang tak patut!malam ni pun rasanya lagilah tak patut...sedang elok orang dalam rumah meluruskan pinggang,ada pulak yang nak berjumpa...emmmmm

ALAHAI...

BARU RASA PANJANGNYA NAMA...

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

dah siap persiapan anak sekolah?untuk Sakinah,CITH dah 90% siapkan.berbaki tersebut hanyalah tinggal kain sekolah agamanya yang masih menunggu neneknya yang jahit dan menunggu buku-buku sekolah agama untuk ditulis nama dan dibalut.lain-lain tu dah kira siaplah.

semalam CITH menyelesaikan kerja menulis nama buku dan membalut buku-buku sekolah kebangsaan.masa menulis nama nilah baru CITH perasan dan terasa....mak aii...panjang nama anak aku.lenguh jari nak menulisnya.tulis pulak tu sampai dua baris!

apa taknya nama penuh :HAIRUL HAYATUSSAKINAH BINTI HAIRUL HAFEZ.kalau setakat tulis sekali tu,tak rasa panjangnya.tapi ni kena tulis banyak pulak,tu yang rasa oooo panjangnya nama.budak-budak zaman sekarang ye...ada lagi yang lebih daripada ni kan!

ada yang kata pada CITH,ala tempah cop ajelah.lepas tu cop kat atas buku.habis cerita,jari jemari pun tak lenguh.memang CITH tahu tu tapi bila kita menulis sendiri nama anak tu,dalam masa yang sama ingat balik time kita sekolah dulu.kita yang tulis nama sendiri...nostalgia lah pulak.lagi satu,CITH suka tulis dalam lenguh-lenguh ni sebagai satu tanda ingatan dan ambil tahu CITH dekat dia.lagi pun setahun sekali je buat kerja-kerja macam ni.barulah ada rasa nak masuk sekolah...huhu...

ALAHAI...

Wednesday, December 7, 2011

FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK ANTARABANGSA 2011


Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

entri kali ini,CITH nak war-warkan mengenai aktiviti terakhir untuk tahun 2011 di bawah Permata Negara iaitu Festival Kesenian Kanak-kanak Antarabangsa 2011.(FKKA)

program inilah yang disertai oleh Sakinah,TETAPI penglibatan on stage pada malam persembahan itu belum ada "kata putus".sukalah dimaklumkan,bahawa 1001 kemungkinan boleh berlaku dalam Permata Seni Tari khususnya.jadinya,seperti selalu CITH menanamkan semangat kepada Sakinah utnuk terus buat yang terbaik.sama ada "ada rezeki atau tiada rezeki" menari di pentas Istana Budaya itu perkara kedua.apa yang penting komitmen dan tanggungjawab yang digalas dilakukan dengan penuh semangat.yelah,inilah program terakhir untuk tahun ini dan tahun hadapan,masih samar lagi.

ok,kepada kalian warga Lembah Klang yang mempunyai anak yang minat dalam seni muzik,koir dan tari boleh datang menonton persembahan FKKA di Istana Budaya pada 8-11 Disember jam 8.30 malam.tiket-tiket boleh didapati di kaunter tiket di Istana Budaya.

berikut ini jadual persembahan mereka:

8hb-Permata Seni Muzik
10hb-Permata Seni Koir
11hb-Permata Seni Tari

FKKA ini merupakan projek kali pertama dilangsungkan yang melibatkan daripada 9 buah negara termasuk Malaysia sebagai tuan rumah.negara lain tersebut ialah seperti: China,India,Japun,Korea,Qatar,Singapura,Filipina dan Sri Lanka.

satu yang kureng syok dan terkilan-pakwe kecik CITH tak dibenarkan masuk untuk menonton persembahan tersebut.alasan?kanak-kanak bawah usia 5 tahun tidak dibenarkan masuk...huhu...CITH cuma berharap agar ada 1001 kemungkinan itu boleh berlaku...huhu...sedih....kata Kak Cik CITH; "ko masuk je dia dalam beg...?" oooooooo tidakkkkkkkkkkkk.

ALAHAI...

Tuesday, December 6, 2011

PERMATA SENI NEGARA MULA BERKAMPUNG DI LEGEND@SUNWAY PUTRA HOTEL

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

fuh...selagi tak habis program Sakinah,selagi itulah rasa penat badan,penat otak,penat semuanya.bukan apa,dah jadi "pengurus" ni,semuanya di bahu kita kan.sebelum tidur dah siap tanya; esok latihan start pukul berapa...kalau pukul 9? adusss...pukul 8 dah kena keluar rumah.sebab apa? biasalah jalan Jelatek menuju ke Keramat,kemudia lega sekejap dan bersambung jem melekat di depan IJN menuju bulatan Pahang sebelum mengambil simpang ke Istana Budaya. begitulah kesesakkan yang melampau apabila melalui jalan tersebut pada waktu puncak sama ada pagi atau petang.

pagi ni nanti pukul 9.30,CITH akan menghantar Sakinah ke kelas latihannya di IB dan petang tu baru mereka semua check in di Legend Hotel yang sekarang nama barunya Sunway Putra Hotel.

menginap di sini sehingga habis program Permata Seni pada 12hb nanti.kali ni,CITH awal-awal lagi dah cakap dekat dia yang mamanya ni tak boleh lah hari-hari nak datang menjenguknya dia di sana tu.bukan apa,jalan ke hotel tu memanglah laluan jem selalu.tu lah yang rasa "bercinta" nak pergi ke sana.kalau sebelum ni,hotel menginap di laluan yang tak berapa jem,maka boleh hari-hari lepas waktu pejabat,CITH boleh datang.satu hari 2 kali pun boleh.kali ni...emmm...idak ler teman yer...hihi...telefon jelah.

ni pun CITH baru mem'packing'kan barangan yang hendak dibawa.terlupa pulak nak membeli jajan sebagai kudapan.pergi "lari" sekejap untuk membelinya.kesian pulak kalau tengah-tengah malam lapar...kali ni rasa macam banyak je baju nak kena bawak...yelah seminggu.budak kecik ni bukan pandai nak "recycle" baju.dia tahu hari-hari nak kena pakai baru...emmmm...

kali ni,duduk di hotel banyak pengalaman baru yang bakal ditempuh.seramai 485 orang yang berkampung di sini selain daripada Permata Seni Negara,turut menyertainya ialah dari 8 buah negara yang lain lagi.harapnya bila bercampur ramai ini,akan ada sesuatu yang baik yang boleh dijadikan pengalaman berharga dalam hidup....akan CITH sambung entri pasal Permata Seni Negara nanti...

ALAHAI...

Sunday, December 4, 2011

BUANG DUIT DI BERJAYA TIMES SQUARE THEME PARK

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

entri yang lepas baru je CITH cakap pasal keluar duit kan...haha, memang keluar duit pun entri yang ni jugak.kali ni CITH "buang duit" kat Berjaya Times Square Theme Park.memandangkan Sakinah diberi cuti 1 hari daripada Permata Seni,CITH bawaklah dia bersuka ria dengan adiknya.yelah kalau tidak pukul 10.30 pergi,pukul 10 malam baru balik.kesian kan...

keluar rumah pukul 11,CITH naik teksi dari stesyen Putra Ampang Park = RM 7.00.tiket masuk theme park: dewasa RM 37.kanak-kanak RM 27.ni harga cuti sekolah.kalau tidak,RM 32 dan 22 sahaja.

CITH rasalah,theme park di sini lagi best dan seronok budak-budak yang level Sakinah dan Hakimi.memang dua beradik ni lebih enjoy berbanding di indoor park Genting.ada 8 jenis permainan yang kesemuanya boleh Sakinah dan Hakimi main di sini.taklah jadi pemerhati PBB macam di Genting tempohari...(ni Hakimi lah).lagi best bila tiket ni boleh digunakan banyak kali dalam satu hari.maknanya,kalau kita keluar,kita boleh masuk balik asalkan tag masih ada.yelah,berhenti sekejap untuk solat dan makan,lepas tu sambung balik.sampai tutup theme park ni pun tak apa.hihi...tutup pukul 10 malam.

ada dua level tempat permainan yang disediakan.level 7 adalah untuk yang sewaktu dengan Sakinah dan Hakimilah.sesuai dengan namanya Fantasy Garden.untuk famili yang macam CITH nak rasa naik sama,ada 3 permainan yang sesuai iaitu Crazy Bus,Botanic Drive dan Fantasy Trail.Fantasy Trail nilah yang Hakimi tak nak turun-turun sebab memang favourite chu..chu..tren...

satu lagi di level 5 iaitu Galaxy Station.emm...yang ini boleh dikatakan hanya sesuai untuk mereka yang tiada lemah jantung,kuat semangat dan sebagainya.sebab apa?CITH perhatikan semua yang naik ni terjerit-jerit,lagi satu semuanya kepala up side down! huhu...seriau jugak tu! awal-awal lagi CITH dan katakan TAK NAK...hihi...

selain puas main,jangan lupa ada kedai souvenir yang pastinya fridge magnetlah yang menjadi tumpuan.hihi...untuk solat,memang ada ruangan surau yang selesa disediakan.satu yang tak best,nak cari makan...penat jugak berjalan dalam Times Square ni.akhirnya baru ketemu Chicken Rice Shop...lepas makan sambung lagi main yang akhirnya CITH anak bernak balik jam 9 malam.

ALAHAI...

oklah,layan jelah gambar-gambar kami...

Friday, December 2, 2011

DISEMBER,DUIT KELUAR MACAM PAIP BOCOR

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

salam pagi Jumaat.hari ni dapat menulis di awal pagi dek kerana sedikit kelapangan masa hari ini.al hamdulillah.tengok tak kalendar?hari ni dah 2hb Disember.tak berapa lama lagi tirai 2011 akan dilabuhkan dan akan tersingkaplah tirai 2012.

pada tika dan saat ini dalam bulan yang hujung ini,sedar tak sedar adalah bulan yang menuntut banyak pengeluaran.apa yang nak keluar tu? tak lain tak bukan...MONEY...MONEY..(sebutan macam dalam siri Apprentice).yelah kan,dalam bulan inilah segala persiapan untuk anak sekolah perlu dibuat.antaranya:

1.buku sekolah-sekolah kebangsaan/sekolah agama-buku teks,buku tulis dan buku kerja
2.pakaian sekolah-kalau yang darjah 1,semua kena baru dari hujung rambut sampai ke kaki.
3.pembayaran di sekolah-walaupun yuran sekolah dihapuskan,masih ada lagi pembayaran yang perlu dijelaskan-PIBG misalannya.
4.pakaian baru untuk mereka yang bertukar status-pelajar biasa kepada pengawas-sekolah,pusat sumber,spbt dan sebagainya.
5.kelengkapan sekolah-beg,alat tulis...

gedebak-gedebuk,bajet untuk seorang anak untuk lengkap semuanya ialah dalam RM 300-500.itu baru SEORANG.kalau ada yang lebih daripada itu,bagaimana?tu lah yang CITH katakan,bulan ini memang banyak yang kena keluar.TAPI kalau kita dah bersedia awal dan memang kita pun dah sedia maklum dengan semua itu,maka iatidak menjadi hal.

semalam CITH dah siap belikan buku-buku sekolah kebangsaan Sakinah yang berjumlah RM 120.00.sebelum tu dah siap belikan pakaian dan kelengkapan sekolah kebangsaan yang berjumlah RM 194.00.itu baru set untuk sekolah kebangsaan.sekolah agama belum lagi diusik.sekarang ni pun dah belanja dalam RM300 lebih.benda kecik-kecik yang kita tak perasan tu pun kadang kala boleh meningkatkan bajet.apatah lagi anak sekarang dah pandai memilih.yelah,mereka yang nak pakai.kalau tak beli pulak rasanya macam tak adil pada diorang.kita boleh pakai yang mahal,anak pulak tak boleh kan...

itu bab keluar duit untuk hal anak sekolah.suka CITH nak share respon Prof Rozieta Shaary pada status CITH di FB: Not to worry, spending on buying books and school needs for them are not spending but investment. We invest into our children bright future,harapnya apa yang kita buat untuk anak-anak ini adalah satu pelaburan jangka panjang yang akhirnya kita menuai hasilnya di kemudian hari.amin.

satu lagi bab,hujung tahun ni yang kena keluar duit ialah bab nak me'renew'.hujung tahun nilah;cukai jalan mati,lesen memandu mati,insurans mati dan segala bagai lagi lah yang sewaktu dengannya.ada tu boleh serentak dalam bulan ni semuanya.

satu lagi,dalam bulan ini juga bulan nak bawak famili makan angin.tu pengeluaran juga namanya.kebanyakkan daripada kita bulan 12 ni memang banyak cuti yang kena dihabiskan justeru duit pun kenalah keluar.
bagi CITH,apa sekali pun yang nak dan kena buat dalam bulan 12 ini seharusnya kita dah sedia maklum awal.yelah,kalendar untuk setahun kita memang dah dapat awal-awal lagi,jadi perancangan dan penyimpanan bajet seharusnya kita dah buat awal juga.

memang betullah bagai dikata,hujung tahun ni duit keluar macam paip bocor ye...semakin nak tahan,semakin menyesak dia nak keluar....(foto oleh:GOOGLE.COM)

ALAHAI...
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala