pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Wednesday, December 7, 2011
FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK ANTARABANGSA 2011
Assalammulaikum semua pengunjung CITH...
entri kali ini,CITH nak war-warkan mengenai aktiviti terakhir untuk tahun 2011 di bawah Permata Negara iaitu Festival Kesenian Kanak-kanak Antarabangsa 2011.(FKKA)
program inilah yang disertai oleh Sakinah,TETAPI penglibatan on stage pada malam persembahan itu belum ada "kata putus".sukalah dimaklumkan,bahawa 1001 kemungkinan boleh berlaku dalam Permata Seni Tari khususnya.jadinya,seperti selalu CITH menanamkan semangat kepada Sakinah utnuk terus buat yang terbaik.sama ada "ada rezeki atau tiada rezeki" menari di pentas Istana Budaya itu perkara kedua.apa yang penting komitmen dan tanggungjawab yang digalas dilakukan dengan penuh semangat.yelah,inilah program terakhir untuk tahun ini dan tahun hadapan,masih samar lagi.
ok,kepada kalian warga Lembah Klang yang mempunyai anak yang minat dalam seni muzik,koir dan tari boleh datang menonton persembahan FKKA di Istana Budaya pada 8-11 Disember jam 8.30 malam.tiket-tiket boleh didapati di kaunter tiket di Istana Budaya.
berikut ini jadual persembahan mereka:
8hb-Permata Seni Muzik
10hb-Permata Seni Koir
11hb-Permata Seni Tari
FKKA ini merupakan projek kali pertama dilangsungkan yang melibatkan daripada 9 buah negara termasuk Malaysia sebagai tuan rumah.negara lain tersebut ialah seperti: China,India,Japun,Korea,Qatar,Singapura,Filipina dan Sri Lanka.
satu yang kureng syok dan terkilan-pakwe kecik CITH tak dibenarkan masuk untuk menonton persembahan tersebut.alasan?kanak-kanak bawah usia 5 tahun tidak dibenarkan masuk...huhu...CITH cuma berharap agar ada 1001 kemungkinan itu boleh berlaku...huhu...sedih....kata Kak Cik CITH; "ko masuk je dia dalam beg...?" oooooooo tidakkkkkkkkkkkk.
ALAHAI...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(462)
-
▼
December
(16)
- BURJ KHALIFA MERASA YANG TERTINGGI DI DUNIA
- LAMA TAK MENULIS,MASIH ADA
- BURJ KHALIFA BEAUTIFUL DANCING FOUNTAIN
- MALAM DI DUBAI MALL@BURJ KHALIFA MELEKAKAN.
- MATA DAN PERUT MASIH MALAYSIA
- SELAMAT SAMPAI DI DESTINASI SEMUA RASA LAIN
- TIBALAH HARI YANG DITUNGGU ITU
- PERMATA SENI TUTUP TIRAI 2011,SEGALANYA BERMAKNA
- KL KONVENSYEN CENTER ANTARA EKSPO PERMATA DAN BATIK
- BERMULANYA FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK
- DAH LEWAT MALAM PUN NAK JUMPA PROSPEK
- BARU RASA PANJANGNYA NAMA...
- FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK ANTARABANGSA 2011
- PERMATA SENI NEGARA MULA BERKAMPUNG DI LEGEND@SUNW...
- BUANG DUIT DI BERJAYA TIMES SQUARE THEME PARK
- DISEMBER,DUIT KELUAR MACAM PAIP BOCOR
-
▼
December
(16)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
salam....saya hendak bertanya...harga tiket untuk menonton persembahan ni berapa yer......boleh ker beli melalui ticket2u
ReplyDeletetiket adalah free kan? tapi, kids bawah 5thn takleh masuk..? adoyaii.. potong stim
ReplyDeleteoh....mcm tu yer...ok.... .terima kasih.....=)
ReplyDelete