pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Wednesday, November 2, 2011
SYUKUR,SYUKUR DENGAN NIKMAT DAN KEMANISAN ITU
Assalammulaikum semua pengunjung CITH...
hah,lepas satu perasaan berat CITH selama Sakinah menduduki peperiksaan sekolah kebangsaannya tempohari.tinggal sekolah agama pulak.apa tidaknya,bukan setakat dia kena ulangkaji,CITH pun sama belajar jugak.senang cakap,bukan dia saja yang kena bukak buku...kalau dibiarkan dia sorang yang baca buku,alamat tak sampai 5 minit buku dah terlungkup kat atas dada.(foto oleh GOOGLE.COM)
al hamdulillah,segala penat berleter,penat bising,geram tak terkecuali marah pun ada akhirnya Allah beri kemanisan di hujungnya.syukur,syukur.petang semalam,dia balik sekolah bawakkan surat jemputan menghadiri Hari Anugerah sekolahnya pada Jumaat depan.sekali lagi al hamdulillah.keputusan peperiksaan sekolah kebangsaan dah dapat.no 5 dalam kelas dan no 8 untuk keseluruhan dalam darjah.syukur masih berada dalam trek yang terbaik.
Ya Allah,bukan senang nak pertahankan keputusan seperti ini.maklumlah dengan pengiktirafan sekolahnya sebagai sekolah berprestasi tinggi,maka segalanya kena tinggi dan mencabar.kalau fikir markah 98 tu dah tinggi,tapi ada ramai boleh dapat 100%.jurang 2 markah itu mampu membawa kepada perbezaan yang sangat besar.semakin hari pelajar semakin bijak.boleh dikatakan hampir semua subjek ada sahaja pelajar yang skor 100% untuk kesemua mata pelajaran! memang hebat! itulah selalu CITH bisingkan,kalau tak rajin,tak nak berkorban masa,kita makin tertinggal dan tertinggal.bukan tak bijak cuma tak rajin sahaja.itu yang selalu CITH bisingkan pada Sakinah selalu.tapi yelah dah dikata budak,fikirannya masih mentah.mungkin sekarang dia belum nampak erti persaingan itu.maka semuanya dilihat biasa-biasa sahaja.kita nilah yang kena bukakkan mata dan minda dia...
sekali lagi syukur pada DIA yang memberi kemanisan ini.satu terima kasih untuk baba dia yang balik cuti untuk semata-mata minggu exam dia.memang dia tidak dapat memantau sepenuhnya,tapi kepulangannya itu juga menyuntik semangat untuk Sakinah.al hamdulillah.
untuk Sakinah;macam selalu mama cakap,mama buat apa sahaja untuk kejayaan Sakinah kerana itu sahaja harta yang berharga mama berikan.kejayaan itulah hadiah untuk mama dan baba.mama tahu,Sakinah penat,letihlah,boringlah asyik kena bising dengan mama.kena buat itulah,inilah, lepas tu pergi menarilah...bla...bla...tapi di sebalik semua itu,jika kita berusaha dan buat sesuatu dengan penuh semangat insya Allah ada rezeki kita.syukur pada DIA...
ALAHAI...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(462)
-
▼
November
(32)
- NAK JAGA HATI ORANG ATAU JAGA HATI SENDIRI
- PERMATA SENI BERKAMPUNG DI ISTANA BUDAYA PULA
- SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH HARAP YANG BAIK
- PERLUKAH ADA KRONI,DISKRIMINASI DAN POLITIK DALAM ...
- NAK COUPLE?DAH BESAR KE ANAK DARA NI...
- KALAULAH ADA MESIN ITU...
- ADA RASA BISING,TIADA RASA RINDU?
- HARIMAU MUDA JANGAN DIGANGGU, FOKUS UNTUK OLIMPIK ...
- PENANGAN SEBIJIK BOLA SEAKAN SUDAH MENANG SEMUANYA
- AMCORP MALL SABTU DAN AHAD BANYAK YANG BOLEH DILIHAT
- KEM PERMATA SENI (II) DE PALMA HOTEL AMPANG
- BERAKHIR SESI PERSEKOLAHAN 2011
- SELAGI ADA DIA MEMANG LUPA SEMUANYA SEKEJAP
- BOLE CHUNDIYAN VERSI AMITO SAN
- DAPAT DUIT RM100 YANG DIJANJIKAN TAPI JANGAN MUDAH...
- BAHARUI LESEN IKUT TARIKH LAHIR ELAK KES LUPA
- STRAWBERRY PARK ADA DI GENTING HIGHLANDS
- GENTING HIGHLANDS KOTA KERIANGAN DAN WANG MELAYANG
- HOTEL SERI MALAYSIA GENTING HIGHLANDS TIGA BINTANG
- HARI ANUGERAH SK SETIAWANGSA,SYUKUR YA ALLAH
- HARI INI 11.11.11.MENARIK?
- PEGAWAI MSN MAUT DISERANG SAKIT JANTUNG ITU SUAMI ...
- OSTRICH FARM PORT DICKSON,PELUANG BUDAK KL
- LEXIS PORT DICKSON,PENGALAMAN BARU BERCUTI
- KEMBALI DARI CUTI-CUTI MALAYSIA
- BERCUTI SEKETIKA TANPA INTERNET
- BUKAN SETAKAT LEMBU,KAMBING YANG DIKORBAN TAPI LEB...
- SATU HARI YANG PENUH DENGAN BERKEJAR...
- HARGA EMAS NAIK LAGI...RM197 SEGRAM
- CELIK MATA DAN CELIK JIWA
- SYUKUR,SYUKUR DENGAN NIKMAT DAN KEMANISAN ITU
- BUDAK LAGI PUN DAH PANDAI?
-
▼
November
(32)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Salam Chempaka . Selalu akak singgah sini tapi tak tinggal jejak hihi.
ReplyDeletesalam kak.. lama tak singgah sini .. syukur anak boleh dpt keputusan cemerlang , anak sy tk berapa memberangsangkan , tahun depan insyallah .. tahniah kak
ReplyDeletetahniah...tumpang gembira
ReplyDeletetahniah2....
ReplyDeletemesti senyum sampai ke telinga
terima kasih semua.al hamdulillah.terima kasih pada DIA yg memberi rezeki ini.doa yg sama juga utk semua anak2 di luar sna.
ReplyDelete