pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, November 3, 2011

CELIK MATA DAN CELIK JIWA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...nampaknya pagi ni hujan turun di sebelah pagi di tempat CITH.bagaimana di tempat kalian.sama ke?

macam yang CITH tulis tempohari,dalam seminggu CITH berazam nak habiskan satu buah buku.ni kira azam ujung tahun dan akan bersambung untuk tahun hadapan.bak kata pakwe CITH;awak beli je banyak mana buku.ujung tahun boleh claim cukai RM 1000.00.syaratnya simpan resit pembelian.kira duit claim tu adalah bayaran untuk kita membaca dengan free! jadinya kalau RM1000 itu dibahagi 12 bulan bermakna bajet membeli buku setiap bulan ialah RM 83.33. jadi beli jelah banyak mana buku setiap bulan dengan jumlah itu.

ok,CITH nak sharekan satu buku ni:

JUDUL : CELIK MATA DAN JIWA
PENULIS : PROF.DR MUHAYA HJ MUHAMAD
TERBITAN : AS SOHWAH ENTERPRISE( satu company baru ni...)
HARGA : RM 29.90
MSURAT : 97 ms

APA MENARIK?
sebuah buku yang ditulis oleh doktar pakar mata yang selalu kita lihat wajahnya di kaca TV khususnya di TV2 Hello on TWO.bukan bercerita pasal sakit mata ke apa ke tapi lebih kepada motivasi diri untuk membawa kesedaran dan perubahan dari sudut pandangan mata dan jiwa.

penulisan yang begitu mudah,segar tak berbelit-belit.yelah kadang tu ada buku yang nak cakap satu benda tapi pusingnya lebih dari pusing satu KL! ni bukan motivasi namanya tetapi lebih kepada kebosanan jadinya.

membawa perspektif pandangan mata untuk menilai erti dan tujuan kehidupan yang dikecapi,keperluan dalam hidup,cabaran hidup berpasangan,berkeluarga dan masyarakat.bagaimana persekitaran mampu membentuk jiwa dan rasa kita terhadap apa yang kita buat.yelah,kita ni kalau buat satu kerja yang sama dah tu pulak bertahun-tahun,pasti rasa sama sahaja,pastinya mendatang ketidakseronokkan untuk meningkatkan prestasi.biasanya rasa teruja dan semangat hanyalah di awal masa kita mula melakukan kerja tersebut.

contoh paling mudah;seorang yang baru mendapat pekerjaan,pastinya untuk seminggu awal itu,datangnya awal,penuh bersemangat,jiwa berkobar-kobar untuk menyiapkan apa sahaja tugasan,teruja yang sangat tinggi dengan setiap tanggungjawab.lihat pulak sebulan selepas itu,setahun selepas itu, 3 tahun,5 tahun,20 tahun dan akhirnya hinggalah hari persaraannya...adakah sama? maka buku ini menggembalikan semua rasa itu tentang celik mata dan celik jiwa kita terhadap sesuatu dalam kehidupan.

'tuliskan satu jurnal yang dipanggil JURNAL KESYUKURAN' kemudian tuliskan satu perkara yang telah berlaku kepada kita hari ini yang amat kita syukuri dan hargai...ms6'

ALAHAI...

4 comments:

  1. Rajinnya membaca.Akak pun membaca tapi versi novel saja.

    ReplyDelete
  2. kak,novel tu best gak tapi kang bila bab2 romantika de amour tu yg tak tahan..pakwe bkn ada pun..hahaa...

    ReplyDelete
  3. ko baca buku cam nak ambik periksa je..siap tanda2 lagi :)..aku selalu buat note kat buku lain

    ReplyDelete
  4. aa: agh...nak biasa sgt.mesti ada pen tak pun paling kurang ngan pensel..hihi...tulah nak jd student balik lah igtnya.tunggu mr hubby balik for good nnti nk bljr...plan je tu..

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala