pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, November 4, 2011

SATU HARI YANG PENUH DENGAN BERKEJAR...


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

nampaknya hari ni lewat CITH update blog.baru nilah boleh duduk menghadap laptop sambil telinga pasang dengar Anugerah Skrin.dari pagi sampai ke malam berkejar sana sini hari ini.(foto oleh:GOOGLE.COM)

pagi tadi sebaik sahaja menghantar Sakinah ke sekolah agamanya,CITH balik ke rumah membakar kek.kemudian keluar balik ambik Sakinah dan terus ke Pasar Keramat.mak aii...selalunya dalam 10-20 minit boleh sampai,tapi pagi tadi 1 jam nak ke sana.jalan dah start jem...pergi semata nak mencari petai untuk dibuat sambal goreng petai.agh...ni special sikit maklumlah orang nak balik jauh.hihi...

petang tadi pulak selepas hantar Sakinah ke sekolah kebangsaan,CITH menghadiri syarahan agama Muslimah yang hanya sekali setiap bulan diadakan.rasa macam terkilan pulak kalau tak pergi.yelah hanya sekali sebulan sajakan...

balik tu pulak pergi ambik Sakinah balik dari sekolah dan menghantar dia ke KUMON.sementara tu balik rumah,siap-siapkan barang nak masak untuk projek berjalan esok.lepas Isyak,jemput Sakinah pulak balik.kemudian sambung balik kerja masak-memasak.akhirnya dah siap sambal daging,petai goreng cili padi,kek gula hangus dan kek batik untuk projek berjalan CITH sekeluarga esok.

nilah masa free CITH apatah si kecik CITH dah pun tidur.tengah menunggu orang jauh nak sampai...lepas ni keluar rumah lagi nak jemputnya di stesyen LRT...tak ke hari ni banyaknya CITH berkejar ke sana ke mari...tak kira berapa banyak turun dan naik tangga hari ini...

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala