pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, November 30, 2011

NAK JAGA HATI ORANG ATAU JAGA HATI SENDIRI

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

hari ni kita cakap pasal hati...hati ni kalau buat masak kicap,sedap jugak kan.hihi...tapi ni hati lain.hati dan perasaan.cewah!

kadang-kadang apabila kita bercakap dengan orang,selalu kita cakap pada diri sendiri-cakap biar berlapik,jangan kecikkan hati oranglah..bla..bla...tapi dek kerana menjaga sangat hati orang lain,kita terlupa yang hati kita sendiri pun kena jaga juga.(foto oleh:GOOGLE.COM)

orang lain senang-senang melepas batuk di tangga,sedangkan kita terpaksa berhati-hati nak berbicara dengan dia.kononnya,dia tu mudah terasa,mudah merajuk.kalau merajuk macam dunia nak terbalik dibuatnya.maka sebab itu,kita belai hati dia,kita tak boleh menolak kehendak dia.senang cakap,kita tak boleh kata "NO" dengan orang seperti ini.

aduh...cukuplah rasa tak sukanya dengan spesis orang macam ni.orang jenis macam ini adalah orang yang suka mengambil kesempatan.menggunakan senjata yang ada pada diri untuk menundukkan orang lain atau menyuruh orang lain mengikut kehendak dia.tapi kalau ditanya pada tuan punya badan; "ko tahu tak perasaan orang lain yang ko buat macam ni?..."..emm...dengan selambanya buat tak kisah.memang tak ada hati dan perasaanlah orang macam ni!!!

ada tak spesis orang macam ni di sekitar anda? CITH temui orang seperti ini.memang dekat hubungannya dengan CITH.tapi tulah,bila tak diikutkan kehendaknya,maka puting beliunglah yang terjadi.macam lagu M.Nasir-HATI EMAS.ye,dia tu yang kononnya mempunyai hati emas...kene dijaga oleh semua.hatinya kene dijaga oleh mak,bapak,mertua,suami,ipar duai...huhu...jangan sebarangan cakap dengan dia,jangan sakitkan hati dia,jangan tolak kehendak dia...semuanya JANGAN!!!! sebabnya hatinya itu harus dijaga....tidak nanti mengamuk sakannya jadinya.

aduh..duh...abis tu yang kita ni,tak ada perasaan nak mengamuk?nak kecil hati?...tapi kali ini,biarlah CITH menjadi KERAS HATI dengan orang seperti ini!mengajar dalam senyap agar dia sedar bahawa kalaulah selama ini semua orang boleh ikut kehendak hati dia,tak salah CITH menjadi orang yang satu yang tidak berada dalam kumpulan itu...

sesekali hati ini perlu dijaga juga daripada melebih dan mengutamakan hati orang lain....

ALAHAI...

3 comments:

  1. ko cakap jer macam ni.... ADA AKU KESAH !!! hahaha....

    susah nk jaga hati sume orang...

    ReplyDelete
  2. Memang bukan mudah nak menjaga hati semua org, lebih sedih lg kalau dia asyik nk suruh jaga hati dia je, sdgkan dia dgn kita lansung tak peduli,ikut suka je kan..sesekali baik juga ajar org mcm tu..:)

    ReplyDelete
  3. cendana kasih: itulah kadang2 nak cakap je macam tu.dah semua yg tatang hati dia kan.kang kalu kita yg "sound" rasa mcm tk kena sbb yg laki ke,mak dia ke semua nk jaga hati dia...

    ariana:mmg kalau diikutkan,sesekali tu nak juga buat mcm tu..

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala