pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Saturday, November 5, 2011

BUKAN SETAKAT LEMBU,KAMBING YANG DIKORBAN TAPI LEBIH LAGI...

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

bercuti hujung minggu yang panjang kita minggu ini sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.rasanya cuti yang lebih bermakna apabila semua pengorbanan telah selesai dibuat dan kini meraikannya bersama mereka yang tersayang.

Hari Raya Aidil Adha yang signifikasinya lebih kepada raya korban memperlihatkan pada diri CITH sendiri tentang erti korban itu.bukan setakat lembu dan kambing yang kita tumbangkan tetapi sebaliknya apa yang kita rela dan redha korban dalam diri kita? tak payah nak tanya orang lain.tanyalah diri kita sendiri.seperti mana jari telunjuk kita mengarah kepada orang lain tetapi jangan lupa empat jari lagi itu mengarah balik kepada kita sendiri.

hem...sebagai anak terkahir dalam famili sudah sepastinya CITH harus berdepan dengan ramai yang di atas CITH dengan jarak umur yang banyak.kadang tu tertanya juga dalam hati ini,apakah yang kecik sahaja kena hormat pada yang besar?apa yang kecik saja salah kalau 'berkurang ajar'? atau yang kecik ini juga menjadi galang ganti untuk sesuatu yang dihajati?entahlah...kita ini pun manusia biasa lemah lagi melemahkan...sesekali tercabar juga ego dibuatnya bila mana asyik kita sahaja yang 'kena'.banyak perasaan perlu dikorbankan demi menjaga hubungan silaturrahim agar tidak terputus.apatah lagi dengan status diri yang paling kecik dalam famili,ia kadang kala membawa kepada perasaan hati yang tidak seronok.tidak seronok apabila kita perlu menjaga hati dan rasa orang lain dek kerana 'kau itu adik...' tapi yang besar itu bagaimana?tidak pulak belajar dan ambil tahu rasa yang bergelar adik ini?

tu lah CITH cakap,raya korban ini bukan setakat kita berkorban haiwan peliharaan kita seperti yang disyariatkan,sebaliknya masej korban itu sendiri sangat luas pendefinisiannya.sesebuah perhubungan itu tidak lari daripada mengorbankan rasa,hati,masa dan sebagainya.

moga raya korban ini CITH dan kita semua dapat membuat pengorbanan dalam diri bukan untuk orang lain tetapi pada diri sendiri.moga setiap inci pengorbanan yang kita lakukan itu,keredhaan DIA juga yang kita harapkan.mudah-mudahan.

untuk pengunjung CITH...SALAM AIDIL ADHA.MAAF ZAHIR BATIN.

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala