pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Wednesday, June 30, 2010

IKON@IDOLA-siapa di hati?

Malam tadi aku menonton rancangan Halaqah Sentuhan Kalbu di TV9.bersama penceramahnya Ustaz Badli Shah Aluddin.Ya Allah tajuk yang sangat berbekas di hati iaitu-Nabi Muhammad sebagai ikon umat manusia.

Mungkin sebelum ini diriku dan kita semua terlepas pandang atau sengaja tidak mahu pandang-entahlah ...untuk kita menjejaki dan mengambil segala apa yang telah digariskan oleh Nabi sendiri kepada kita ,umat yang disayangi.

Mendengar perbincangan di studio,memang terasa diri ini tersangatlah malunya dan merasa rendah diri yang teramat sangat.terlalu banyak yang dibuat oleh Nabi untuk kita sampaikan di saat kewafatan Baginda juga,Baginda masih memikirkan tentang kita semua!betapa sayang dan cintanya Nabi kepada kita.kenapa kita tidak tahu agaknya???
2 perkara yang telah dipesan oleh Nabi untuk memastikan umatnya selamat iaitu Al Quran dan As Sunnah.

Inilah asas yang telah ditinggalkan oleh Baginda bagi memastikan kita akan menjadi umatnya yang terbaik.tetapi persoalannya di sini,sejauhmana kita telah melaksanakannya?,sejauhmana kita beramal dengannya?
Aku kira,aku sendiri tidak mempunyai jawapannya.rupanya masih banyak lagi yang harus kita lakukan sebagai tanda untuk membalas kembali segala yang telah ditinggalkan oleh Nabi,dan sekaligus meletakkan Baginda sebagai ikon dalam kehidupan seharian kita.

Hari ini, kalau ditanyakan kepada anak kita sekalipun,rata-rata jawapan mereka-ikon atau idola mereka ialah di kalangan artis,ahli sukan,ahli politik dan sebagainya.pastinya jawapan seperti ini: nak jadi seperti Siti Nurhaliza

misalnya,mahu hidup glamour seperti Beckham,mahu dikenali seperti ....bla...bla...sungguh tidak akan ada jawapan untuk meletakkan Nabi sebagai ikon.

Salah anak itukah atau kita sebagai ibu bapa ini yang bersalah? Jawapannya sudah tentulah KITA-ibu bapa mereka yang tidak menyuntik kesedaran dan keinsafan dalam jiwa mereka untuk mengenal dan seterusnya jatuh cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Keadaan sekeliling di tambah pula era hidup kita yang jauh daripada zaman Nabi memungkinkan semua ini berlaku.TETAPI, sepatutnya ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak mengkaji dan memahami sirah Nabi.alasan tidak hidup di zaman Nabi memang tidak boleh diterima pakai! Jika jari telunjuk kita menunjukkan kesalahan itu kepada orang yang lebih dahulu daripada kita, perhatikan pula empat jari lain kita mengarah pula kepada kita sendiri.

Menurut Ustaz Badli,kecintaan dan sayangnya Nabi kepada kita umatnya telah dizahirkan melalui banyak perkara.selain daripada sunnah yang ditinggalkan(sunnah nak kawin empat sahaja yang selalunya orang kita pakai!) Nabi juga akan mengurniakan syafaat baginda kepada kita umatnya semasa di Padang Masyar kelak.apa itu pun kita masih menafikan bahawa Nabi sayangkan kita? Aduhai...Ya Allah....

Syafaat Baginda inilah yang akan meringan perbicaraan kita di akhirat kelak! Yang sekaligus menjadi pembuka jalan kepada hamba-hamba Allah yang lain memberanikan diri meminta izin kepada Allah untuk memberi syafaat.

Kita adalah umat @insan yang paling bertuah kerana kitalah umat yang disayangi oleh Baginda tetapi kita jugalah umat yang malang dan lalai.
Mulai ketika dan saat ini,ayuhlah kita semua membetulkan pradigma dalam kita meletakkan siapa untuk menjadi ikon@idola hidup kita yang pastinya membawa keberkatan dalam hidup dan bukan kemurkaan.

Pastinya ikon @idola ini ialah Nabi Besar Junjungan kita-Nabi Muhammad s.a.w yang tiada galang gantinya.semua yang ada pada diri Baginda adalah contoh teladan yang sangat baik untuk kita contohi.tiada langsung cacat celanya seperti kalau kita meletakkan insan yang seperti kita ini sebagai ikon@idola kita!

ALAHAI...

Tuesday, June 29, 2010

WANGSA SOUR CHILLI IKAN DURI... peh

ikan duri atau Englishnya dipanggil cat fish.kali ni dapat betul yang besar.pakweku awal pagi lagi dah pergi ke pasar tani hari Sabtu yang lepas.kali ni dia tak beli seekor punya,dia beli bahagian badan (isi)sahaja. tengokkan isinya,memang besar juga ikan ni.

INGREDIENTS:

ikan duri
dried chillies
9-10 shallots
3-4 cloves of garlic
a little turmeric (powder also can)
a little ginger
a little shrimp paste
a little bit black pepper
water
tamarind juice
salt to taste
kesum leaves
kantan flower
tomato
cooking oil

1.blend the dried chillies,shallots,garlics,black pepper,turmeric and ginger.

2.heat oil,fry the shrimp paste until done.add the blended ingredients and
fry until the oil comes out.

3.add the fish,tamarind juice and enough water and salt to taste.

4.put the kesum leaves,kantan flower and tomato

5.cook until oil seeps upward and it's ready to serve!



ALAHAI...

Monday, June 28, 2010

HATI antara CINTA DAN BAHAGIA

perasaan ini aku zahirkan atas rasa simpati terhadap kes perceraian talak tiga yang melanda dalam rumahtangga Ann dan Wafi. hanya mereka berdua sahaja yang tahu apakah punca dan musababnya peristiwa itu berlaku.sebagai orang luar yang jauh sekali tidak ada hubung kaitnya,pendekatanku hanya untuk mengambil ikhtibar daripada peristiwa ini.
jika memang benarlah dalam hati tiada cinta dan bahagia,tapi takkan sampai bertalak tiga...alahai ...atau memang si lelaki ini sudah tidak ingin sesangat bekas isterinya ini...emmm...entahlah...sukarnya untuk difahami hati lelaki? hati perempuan?

agaknya kalau dah tak suka,cinta sudah tiada,bahagia hilang entah ke mana,maka inikah akhirnya destinasi cinta yang dulu ingin hidup dan mati bersama?sekali lagi nasib wanita,anak-anak akan menjadi persoalan hidup.bak kata pepatah:untung sabut timbul,untung batu tenggelam.nasib kita?DIA jua kuserahkan.

HATI...sukar untuk diertikan.bukan hati ayam,bukan hati lembu tapi hati manusia.payahkan.kalau hati yang dua ni senang jer,rebus pastu kita buat sahaja lauknya.dah selesai masalah.tapi yang HATI yang satu ni...lain pula situasinya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.jika baik daging itu,baiklah manusia.jika busuk daging itu,busuklah manusia itu.ketahuilah itulah HATI"

cinta? satu perasaan kasih sayang yang tinggi-dizahirkan dalam pelbagai bentuk.ada yang positif dan tak kurang juga yang sebaliknya.sebab ini juga barangkali menjadi punca banyak kes mengndung di luar nikah gara-gara ingin membuktikan cinta itu.nauzubillah min zalik!

cinta,kalau dilihat daripada aspek yang remeh,menjadi remehlah ia tetapi bila kita melihatnya daripada aspek motivasi,memang tinggi nilai yang akan kita perolehi.

cinta yang terlalu diagungkan akan menyebabkan manusi hilang pertimbangan,berjalan bengkok,pandangan menjadi keliru dan pertimbangannya selalu tersilap.selalu orang berkata," cinta itu buta"...satu persepsi yang haru ditukar.bukan cinta yang buta,tetapi manusia yang tidak bermata! aduhai...

bahagia? suatu luahan rasa yang mengatasi keselesaan hati,ia mengatasi kesenangan yang lahir daripada keupayaan memiliki dan mengatasi rasa tenang.terdapat tiga faktor mempengaruhi kebahagiaan itu:

1. faktor luaran-kenaikan pangkat,kelahiran orang baru,keturunan keluarga
2. faktor jasmani-kesihatan..(ni kena jaga makan),kekuatan dan kecantikan
3. faktor dalaman- kebijaksanaan (kena ada ilmu tapi bukan ilmu nak
kenakan orang!),keadilan dan keberanian.

maka selepas itu akan terbitlah di hati perasaan senang,tenteram atau terlepas daripada sesuatu perkara yang menyusahkan.apabila ini semua berlaku, tiada lain yang patut diucapkan- melainkan perasaan syukur kepadaNYA yang telah memberikan semuanya ini.

cinta dan bahagia akan melahirkan unsur sakinah(nama anakku pun masuk)-iaitu rasa damai dan tenteram, mawaddah-rasa cinta kasih dan rasa cinta berahi( pada yang dah jadi suami isteri sahaja) dan juga rahmah- kasih sayang yang dirasai oleh seluruh ahli keluarga. bahagianya kan...

moga apa jua yang berlaku,dapat kita ambil pengajarannya.kita hanyalah pandai merancang untuk yang baik-baik sahaja...mana dan siapa yang ingin merancang yang burukkan?TETAPI,hanya DIA pelaksana segala yang kita rancang.moga diri ini dan kalian di luar sana juga mendapat yang terbaik dalam kehidupan yang sementara ini.

moga hati-hati ini akan dipenuhi oleh rasa cinta dan bahagia selamanya.amin...
pembacaan mampu menambah ilmu supaya apa yang selama ini kita lalai dapat kita perbaiki.selama ini banyak kita tidak sedar atau terlepas pandang,maka buku-buku ini sedikit sebanyak mampu membantu.

ALAHAI...

SUP TULANG BEREMPAH ASHGABAT


ISNIN...permulaan hari untuk ke dapur-melakukan rutin seperti biasa.untuk hari ni sebagai permulaan minggu..ceh..macam dasyat bunyinya.menu hari ini ialah sup tulang berempah Ashgabat. ini adalah gabungan 2 rempah yang diperkenalkan oleh seorang
sahabat,Kak Ija semasa di Asgabat dulu.

BAHAN-BAHAN:

tulang-boleh juga ditukar kepada daging
3 sekawan-kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang
rempah sup dan rempah kurma-dibancuh bersama air (jadikan pes)
bawang merah,bawang putih,halia-dikisar
bawang besar kuning
tomato
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis
air secukupnya

1.tumis dahulu 3 sekawan tu dan masukkan bahan kisar.biarkan naik bau

2.masukkan pes rempah tadi serta bawang besar yang telah dipotong bulat.
bawang besar ni seeloknya biar banyak sikit-rasanya akan jadi manis-manis.

3.masukkan air,tulang atau daging tadi.

4.masukkan tomato.kita memang mahukan tomato ini hancur sebati
dalam kuah.selain untuk hilangkan bau hanyir,tomato dapat
memberi sedikit rasa masam dan sedikit kelainan warna pada kuah sup kita.

5.akhir sekali,bila tulang dah empuk,bubuh garam secukupnya,masukkan
bawang besar yang besar(dipotong bulat) serta daun sup.
dah pun jadi!

*cadangan-boleh dimakan bersama sambal bilis atau pun sambal kicap.
untuk budak-budak pula,celurkan sedikit mihun-boleh dimakan bersama sup ini.
tak susahkan...

ALAHAI...

Sunday, June 27, 2010

RESTORAN INTAI-INTAI- makan sampai nangis

salam semua.hujung minggu memang sibuk.baru la ni dapat pegang laptop ni...pagi tadi aku pergi memanjakan diri di Spa D Hill kak Rina.sebulan sekali tu,kita pun nak merawat apa yang kena rawat ye tak.bulan ni,aku buat mandian rempah dan urut badan.dah seharian kat rumah,penat jugakan...nilah masanya untuk berehat seketika.

cerita malam tadi-makan malam di Restoran Intai-intai...terletak di Jalan Ampang Hulu Klang (MRR2 Highway),Ampang Selangor.kalau tak perhatikan betul-betul,memang tak perasan kita dengan restoran ni! maklumlah,ia terletak di belakang deretan barisan kedai kereta dan perabot.mungkin kerana kedudukannya inilah,restoran ini kena 'intai dulu' baru jumpa.maka, sesuailah dengan namanya.
pernah diterjah oleh program Jalan-jalan Cari Makan TV3.dimiliki oleh En Baha@Cikgu Baha Akademi Fantasia dulu.kenal tak dengan dia ni?hihihimalam ni,makan malam ditaja oleh pakweku bersama JV dengan anakbuahku,Syafini.janji nak jumpa pukul 6ptg...hahaha bab menepati masa ni,memang kelemahan orang kita kan!alahai...maaf jualah,ni anakku Sakinah-tak siap kerja sekolah lagi!kalau kerja tak siap,tak dapatlah nak 'happy hour'.

ahli rombongan?emm...seperti biasa aku sefamili,dua orang kakakku dan dua orang anak buahku.yang sorang tu ...emmmm...ada date pulak dengan tunangnya!


Intai-intai satu lokasi yang menarik.dikelilingi dengan sisa-sisa hutan yang masih ada lagi di kawasan yang pesat membangun,memberi sedikit kelainan kepada satu suasana malam yang menarik!

menu? fuh..namanya punyalah canggih!antara yang canggih dan dasyat - air jus JUMGODA-campuran jambu batu + mangga muda.Jus PEATURI= pengaga +epal+limau kasturi,KAPURI=air kelapa+limau kasturi.
makanan...pun boleh tahan juga.antaranya;siakap masak harimau nangis,

tomyam surnavumi, daging masak merah,udang mentega,kerabu mangga bersama ayam.ayam goreng lemon...ada lagi...lupa lah pulak namanya!pendek kata...tergodalah dengan nama-namanya tu.


pencuci mulut-rojak buah bersama pulut mangga harum manis..nasib baik tak harum sundal malam ye tak? hihihi....ni yang best...sambil makan,kami dihidangkan dengan nyayian daripada satu kumpulan abang-abang "otai" dengan lagu mereka...aduhai boleh cair dibuatnya.mereka datang menghiburkan pengunjung dari meja ke meja dengan lagu pilihan mereka dan juga lagu daripada permintaan kita sendiri.di meja kami,mereka menyanyikan lagu 'KASIH' daripada Hetty Koes Endang,lagu dari Boerry Marantika dan lagu Ayam Den Lapeh-ni permintaan daripada pakweku..(lagu cari makan dia!)tapi memang bestlah mereka ni.memang nampak friendly dengan pengunjung yang sedang makan.

komen: makanan sedap,servis pun cepat,harga berpatutan,kemudahan solat pun ada,cuma kalau pergi dah malam ni,suasana pulak dikelilingi hutan,ia mengundang nyamuk apatah lagi dengan keadaannya yang bercahaya suram.ni yang kurang best sikit.sambil makan terpaksa berperang dengan nyamuk yang hinggap di kaki!
*lihatlah gambar-gambar yang dilampirkan di sini-seperti biasa hasil anakku,Sakinah.

ALAHAI...

Saturday, June 26, 2010

PHYTO FIBER-alternatif untuk maintain badan



selamat berhujung minggu...ke mana hari? menu special ker tu?hari ni,tak de menu nak disharekan tapi tetap update blog ni juga...hihihi..biasalah kalau hujung minggu ni sibuk dengan urusan class anaklah,class si papanya juga! jadinya masa banyak di luar,masa nilah kita rasa masakan orang lain pulak.

bercakap pasal makan,semua orang suka makankan...tapi masalahnya bila dah makan banyak,mulalah fizikal sedikit terjejas.kadang-kadang sukar nak membuang, perut rasa buncit,badan rasa berat,pinggang pun dah over the saiz dan macam-macam.

paling tak bestnya, bila jumpa kawan lama@yang bermulut tak insuran tu cakap macam ni, 'eh,nampak berubah lah sekarang@ kembanglah sekarang@nampak membesarlah, mengandung ker? perut tu nampak besar...macam-macam yang kurang menyenangkan...ada kes tak macam tu?

tapi lepas ni,tak payah nak risau lagi.sebaliknya dengan PHYTO FIBER,bukan setakat kita boleh makan semuanya seperti biasa,bahkan dalam masa yang sama ia bertindak membersihkan usus, mengatasi masalah sembelit, detox, kempiskan perut,memecah lemak dalam saluran darah,meningkatkan metabolisme tubuh bagi pembakaran lemak semulajadi DAN sekaligus DAPAT maintain berat badan...

bahan kandungan adalah natural ingredients dan selamat untuk long term.antaranya seperti oat,fuctose,lemon powder,roselle.

cara pengambilannya- campurkan satu peket PHYTO FIBER dengan 200-250ml air dan
goncangkan dengan menggunakan shaker yang disediakan.boleh juga dimakan terus atau dicampurkan ke dalam jus buah-buhan.

mesti nak tahu harga pulak yer? untuk satu kotak yang mengandungi 15 peket, =RM 87 beserta dengan shakernya sekali.terdapat juga dalam set percubaan iaitu 3 peket beserta 1 shaker =RM20.

jadi...tunggu apa lagi? berminat?boleh hubungi saya. mudah-mudahan selepas ini tiada lagi komen-komen yang berbaur negatif lagi...kita pun boleh tampil dengan penuh keyakinan!

ALAHAI...

Friday, June 25, 2010

TABIAT PEMAKANAN TERBAIK


sedikit perkongsian untuk dikongsi bersama kalian,kawan-kawan di alam maya ini. dah masak hari ini? apa menu istimewa?...emm...hari ini kita berkongsi panduan pemakanan pulak ye!

sebagai seorang isteri,ibu merangkap pakar pemakanan di rumah,di bawah ini ada sedikit panduan yang boleh kita sama-sama berkongsi kebaikannya.pepatah ada menyebut,'otak yang sihat terletak pada badan yang sihat'.jadi dari manakah punca badan boleh menjadi sihat?sudah tentu daripada tabiat penyediaan dan pemakanan yang sihat.

kesihatan yang baik itu berpunca bukan setakat zahiriah yang kita mampu melihatnya daripada mata kasar,sebaliknya punca wang untuk membeli bahan makanan itu juga penyumbang ke arah kesihatan yang baik pada mental,fizikal dan jasmani.

"...pada diri seorang insan itu ada seketul daging...jika baik daging tersebut maka baiklah semuanya..." jelas satu peringatan kepada kita semua khususnya kita yang sebagai'chef no 1' di rumah kita. (chef wan tetap no 1...hihi)

BERIKUT INI PANDUAN yang boleh dimanfaatkan:-

1. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya
= cermat, tertib, tidak boros.* pernah mendengar daripada siaran Tanyalah Ustaz(nama dah lupa),butir nasi terakhir itu adalah berkatnya makanan itu.jangan biarkan yang berkat itu dimakan oleh syaitan!

2. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan
= boros, tidak berapa peka, kurang teliti.

3. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)
= sabar, tidak suka marah.

4. Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
=suka marah, tidak dapat mengawal diri.

5. 80% penyakit berpunca daripada makan.*sebab tulah penyakit banyak menyerang terutama penyakit 3 sekawan tu...

6. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)* ni betul ...kita kan nak jaga badan...

7. Nabi kunyah 40 kali ketika makan.*satu senaman untuk muka,tak payah nak kunyah gula-gula getah lagi.

8. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.

9. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

10. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

11. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.*kita pulak di Malaysia ni...tengah malam supper di kedai mamak ...hish..

12. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.*nilah yang kita selalu silap.maan buah selepas makan...alahai...

13. Makan sewaktu rasa lapar, berhenti sebelum rasa kenyang.

14. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.

15. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan kanan. lagi pun tangan kiri kan untuk beristinjak

16. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.

17. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dan sebagainya dalam satu menu untuk dimakan.


emmmm...bagaimana ye?selepas ni kita terpaksalah ambil sedikit langkah perubahan untuk mendapat kebaikan dalam kesihatan kita...mana-mana yang sebelum ni kita buat,adjust-adjust lah nampaknya.selamat mencuba untuk diriku sendiri dan kalian di luar sana.

*bahan diolah daripada sumber Dato' Dr Hj Mohd Fazilah Hj Kamsah

ALAHAI...

LEMPENG KELAPA bersama SAMBAL BILIS ala kampung



salam Jumaat semua, pagi ni nak share sikit sarapan pagi tadi.selalunya sarapan pagi aku selalu buat nasi goreng..ni memang macam-macam jenis buat, roti telur,bihun goreng pelbagai perasa dan juga mee goreng.hari ni pulak yang lain. cuaca pulak mendung pagi ni...makan pulak lempeng...macam zaman budak-budak dulu kat kampung.

kalau nak buat lempeng kelapa ni,seeloknya dapatkan kelapa yang muda-lembut sikit.kalau tak ada pun,ambik yang putih jer.kalau kelapa kat kedai tu,suruh mesin yang putih jangan sampai kene pada kulitnya. ni caranya. mudah jer.

BAHAN-BAHAN

kelapa
tepung gandum
2-3 sudu tepung superfine
sedikit garam
air secukupnya
sedikit minyak untuk menggoreng lempeng

1.bancuh semua bahan tadi-jangan terlalu lembik adunan.

2.panaskan kuali-seeloknya kuali leper macam goreng roti canai tu.

3.sapukan sedikit minyak ke atasnya untuk elak tepung melekat.

4.ambik dalam 1 senduk adunan dan ratakan di atas kuali.

5.masakkan ia sehingga agak sedikit garing dan boleh diangkat.

SAMBAL BILIS


ikan bilis
cili kisar
bawang merah dan bawang putih
sekeping asam keping
garam secukupnya
minyak masak untuk menggoreng
air secukupnya

1.panaskan minyak dan goreng terlebih dulu ikan bilis.ketepikan

2.panaskan minyak sekali lagi,tumiskan bawang merah dan putih.

3.masukkan cili dan goreng garing.tambahkan air secukupnya

4.masukkan asam keping,garam secukupnya dan biar sampai sambal
sedikit berminyak.

5.akhir sekali masukkan ikan bilis tadi. gaul rata.dah pun siap.
* untuk elak terlalu pedas,bolehlah dibubuh sedikit gula ke dalam
sambal ini semasa menggoreng tadi.

ALAHAI...

Thursday, June 24, 2010

SOTONG goreng KUNYIT MALAYA


apa plan masak tengahari ni?hari ni aku masak bak kata Chef Wan lagi tu...(nama pakcik ni lagi ek?..) main campak-campak jer...kadang-kadang bila tiba satu peringkat tu kita rasa..."ah apa kata masuk ni...buat macam ni ker...asalkan tak jadi mabuk...hahaha...jadinya hari ni pun aku pun buat macam ni...sementara baby tidur lagi..kita main masak-masak! ayuh ni bahan-bahannya

BAHAN-BAHAN

sotong-aku ada yang bersaiz besar ni,
yang kecik pun boleh juga
halia,bawang putih,bawang merah-dikisar
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sayuran-
carrot,bunga kobis,cili bangggala,putik jagung,kacang buncis
cili merah,bawang besar (kuning),kentang yang dihiris nipis

1.terlebih dulu-sotong direbus seketika, lepas tu ketepikan.
tidak nanti di agak sedikit sedikit liat nak kunyah.
takutlak kalau-kalau gigi palsu tercabut!!gurau jer ye!

2.panaskan minyak,tumis dulu bahan kisar sehingga naik bau.

3.masukkan pes serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan sedikit air.kacaukan

4.masukkan sayur yang keras dulu-carrot,bunga kobis,kentang.
bila dah empuk,masukkan semua sayur tadi

5.bubuhkan garam,masukkan sotong yang telah direbus tadi.kacaukan kesemuanya.
kalau ada daun sup atau pasli,boleh ditaburkan diatasnya.

dah pun siap!!!.cepat! tak payah nak nak susah-sah pening kepala
nak masak ni...
tipsnya: buka peti sejuk,tengok apa yang ada...lepas tu bak kata orang
"mix and match"- macam berpaikaian jugak!

ALAHAI...

Wednesday, June 23, 2010

IKAN PUYU WITH PICKLED SPICES


ACAR REMPAH DENGAN IKAN PUYU
Anabas testudineus commanly known as climbing perch is called ‘ikan puyu’ in Malaysia. Resipi yang diajar oleh mertuaku, hjh Timah. sedap dimakan bersama nasi minyak/nasi beriani.

INGEREDIENTS

ikan puyu
anchovies
cinnamon stick
star anise
cardamon pods
2 gloves of garlic-pounded
3 shallots-pounde
2cm ginger-pounded
1 packet pickle spices

1 onion-cut into 4
red and green chillies-cut in 2
1 cucumber-cut in long pieces
1 carrot-cut into long pieces
tamarind juice
kerisik
sugar
salt to taste
cooking oil

1.fry the anchovies and ikan puyu
(with salt and turmeric powder as usual)until well done.put aside

2.stir fry the cinnamon stick,star anise,cardamon pods and also the
pounded ingredients and pickle spices untill all becomes oily.

3.add the tamarind juice,kerisik,sugar,salt,and all vegetables.continue
frying untill cooked.

4.lastly,put the anchovies and the ikan puyu. if you want more souce,put
some more water but makesure the sugar and salt is enough.

it's ready to serve!

ALAHAI...

Tuesday, June 22, 2010

CAMERON PART(III) –gambar, satu memori...

HAH... berjaya aku menyiapkan cerita bercuti kami di Cameron tempohari!!!...sengal juga dibuatnya untuk memilih gambar...nasib baik lah berjalan tak setiap hari..kalau tidak aduh jenuh aku nak mengeditnya...sedikit sebanyak paparan yang ada.sesiapa berminat nak ke sini sedikit nasihat: janganlah pergi pada musim cuti sekolah-sesak!mana-mana sahaja kereta banyak dan sudah tentu orang pun ramai! kalau nak menginap di tempat kami ni pun boleh...sesuai untuk keluarga yang ramai.




Koleksi gambar ni diambil daripada shot-shot yang diambil oleh orang dewasa pulak.hari tu punyer hasil daripada tangan anakku Sakinah.
Biasanya bila siapa yang jadi cameraman,alamat gambar dia tak adalah ye! Orang lain lah yang jadi model-modelnya.nilah cameraman kecik yang berebut camera.Sakinah dan Arif!sampaikan bila orang ajak bergambar bersama pun payah.sebabnya? diorang yang nak snap gambar!

perbezaan yang sangat ketara dengan kunjungan aku buat pertama kalinya pada zaman sekolah dulu 1993 dulu-cuaca memang sejuk.pemandangan masih hijau lagi.kalau bangun pagi tu, bukak mulut jer keluar asap...hihihi rasa macam kat oversea kan...

kini... dah tak rasa macam tu lagi dah.pembangunan yang menyebabkan banyak kawasan hijau telah diteroka untuk mengejar tuntutan semasa! walaupun abang Karam Singh Walia dah banyak kali buat skop di Cameron ni...tapi rasanya tak ada kesan pun! banyak bukit dah gondol untuk projek tanaman sayur,projek pembinaan resort yang harganya...emmmm...faham-faham jelah..

cuaca? kalau dulu orang nak merasa cuaca sejuk kene datang ke sini..sekarang ni dah tak sejuk sangat. hanya berbaju nipis pun kita boleh berjalan selamba! walaupun cuaca masa datang tempohari hujan renyai-renyai tapi masih ok lagi.

tempat yang biasa nak pergi dah tentulah ladang teh! ni sapa-sapa pun tahu. tak sah kalau tak pergi! kalau tak pergi bermakna tak sampai lagi lah tu kat Cameron!hihihi...
kali ni kami sempat berkunjung ke 2 ladang teh yang ada iaitu Ladang Teh Boh dan Ladang Teh Bharat.
kalau dah sampai sini,kene minum teh dia! tidak nanti tak sah syarat datang...ada ker???makan pula dengan scone sambil menikmati pemandangan dan udara yang nyaman.angin bertiup sepoi-sepoi bahasa...


di Tanah Rata, kami menginap di sebuah apartment tiga bilik yang berharga rm250 semalam.terletak di Puncak Arabella.segala kemudahan ada,termasuk untuk menumbuk sambal belacan!ada lesung batu lagi tuu....penginapan ni memang boleh direkomenkan pada orang lain sebab memang memuaskan hati. tengok gambar kalau tak percaya.

cumanya di rumah ni tidak dibenarkan untuk membuat bbq,tapi nasiblah kami membawa alat bakar elektrik,jadi tak adalah masalah!rasionalnya sebab rumah ni tak ada balconi.

strawberi?
kalau dah datang sini...pastinya buah strawberi menjadi keutamaan.banyak ladang diusahakan oleh orang Cina tetapi dalam masa yang sama masih ada lagi kedapatan orang kita yang mengusahakannya.

contohnya KHM Strawberi dan Jem di Kampung Sedia.walaupun kawasannya kecil,tetapi tetap menyediakan perkhidamatan dan hidangan yang sama seperti yang lain-lain tu. tetap boleh makan strawberi dan boleh juga membeli jem sebagai buah tangan.tahan lama!berposinglah kami di sini...hihihi...dan kebetulan ketika ini,hujan renyai-renyai.keadaan pun berkabus..ala-ala macam di overseakan!

kaktus? emm...ni pun memang banyak.
kalau ke sini rasanya lebih baiklah beli kaktus daripada beli pokok bunga yang cantik berbunga di sini tapi bila balik....selamat...memang geram tengok kaktus di sini.ada pelbagai rupa dan bentuk.

walaupun bersaiz kecil,tapi bila ditanya usianya...emmm dah makan banyak tahun juga! tak caya kan...harga paling murah-untuk 5 pokok=rm10.ni yang paling kecil lah.aku pulak sempat membeli 8 pokok bersaiz kecil sempena usia anak daraku sorang tu!

bunga?tak boleh nak cakap...memang geram dibuatnya.
terutama mak mertuaku yang alahai memang peminat bunga lah sangat!sayangnya dapat tengok dan telan air liur jelah...tak beli pun.beli kaktus juga!

bercakap mengenai tempat sejuk ni? ye ker sejuk?tak lari kalau tak bercakap mengenai sayur-sayurannya.sayangnya masa aku membeli sayur ni...cameraman dah tidur dalam kereta!hanya aku dan mak mertuaku sahaja yang turun dari kereta.pakweku terpaksa tunggu dalam kereta sahaja.sayurnya memang nampak segar!aku hanya membeli sayur asparagus,sawi pak choy,kobis dan buah-buahan...memang manis...semuanya manis lah!

berposing lagi di satu tempat yang dikenali sebagai Smoke House.


sebuah resort yang berindentitikan British.yelah nak pergi London tu entah bila kan...jadi dapat bergambar yang tak original pun kira oklah kan! rata-rata yang keluar masuk dari sini( yang sempat aku perhatikan semasa sesi berposing kami ni...)mat salleh jerlah...mahal sikit kos nya!tak pelah..kita posing jer. persekitaran yang dikelilingi taman-taman bunga...sampaikan orang bujang pun nak berposinglah!

terdapat sebuah pondok telefon merah yang menjadi identiti pondok-pondok telefon di Britain sana pun ada.sayangnya...ia hanyalah simbol sahaja untuk berposing.tidak dimanfaatkan untuk hal yang lain....emmm...tak bagus ni...


dibawah ni adalah pose-pose kami sekeluarga.mak dan abah mertuaku-Hajah Timah dan Haji Abu Bakar,keluarga adik iparku-Mamat dan Fiza-2 orang anak,Arif dan Umair dan adik ipar bujangku,Husaini.sekadar satu perkongsian dan memori yang menarik! selepas ini...bercadang ke Pangkor atau Kelantan...Mudah-mudahan Allah izinkan..















ALAHAI...

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala