pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Tuesday, June 8, 2010

PEDAL AYAM goreng KUNYIT


gara-gara pakweku tak puas hati makan pedal ni kat luar- nak tahu kenapa? satu ketul pedal ayam 50 sen! hish...hish...dia pun beli sepaket pedal ayam ni kat Giant yang berharga RM3.57,konon nak makan puas.

jadinya, pedal ni 'request'dia nak makan, aku pun buatlah resipi aku sendiri yang kuberi nama PEDAL AYAM goreng KUNYIT.

BAHAN-BAHAN

1. pedal ayam-bersihkan dan rebus terlebih dahulu ye!
2. bawang merah,bawang putih, halia-dihiris halus
3. bawang besar -yang warna kuning tu
4. sedikit air asam jawa
5. sedikit rempah kari
6. daun kari
7. serbuk kunyit
8. cili merah
9. garam

1.pedal dipotong kecil dan digaul dengan garam dan kunyit.
2.panaskan minyak,tumiskan bahan yang dihiris tadi dan goreng pedal
tadi.tak perlu goreng terlalu lama kerana pedal tadi telah direbus
4.masukkan sedikit rempah kari, serbuk kunyit, daun kari, air asam jawa
5.masukkan sedikit garam, bawang besar dan cili potong.
dah pun siap untuk dihidang!

ALAHAI...
* untuk menambah perisa, makan bersama sambal belacan macam ni....BAHAN-BAHAN
cili padi dan cili merah
belacan
limau kasturi
sedikit gula

1.tumbuk/kisar (tapi tumbuk lagi best) cili padi dan cili merah bersama belacan
2.masukkan sedikit gula
3.perahkan limau kasturi. kulitnya jangan dibuang, boleh dihiris halus dan
dimasukkan sekali dalam bahan tadi. dah pun siap! ni kalau mak mertua
lalu pun tak perasan...hahahaha...

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala