pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Tuesday, June 8, 2010

IKAN NYOK-NYOK masak kari bersama BENDI


semalam tak sempat nak update blog...memang buzy sesangat...ada anak buah datang,jadinya memasak tu dah tentulah kan! lepas tu ikut pulak mereka ni window shopping di Wangsa Walk. melayan permintaan Sakinah-hari nak enjoy katanya. pergi main di game center, masuk ke karaoke, pergi beli kain langsir dan menghantar tempah.
malam pulak, ada ipar yang datang...tulah sampai tak terbuka laptop ni. ari ni kita jumpa semula.

hari ni masak ikan nyok-nyok. pernah dengar nama ni? ni rupanye. selalu beli di tani pasar ni bahan-bahan nak masak kari

BAHAN-BAHAN

ikan nyok-nyok
serbuk rempah kari ikan yang dibancuh dengan air(jadi pes)
bawang merah,bawang putih, halia-dikisar
santan
bendi
tomato
minyak untuk menumis
garam
daun kari
air asam jawa

1.panaskan minyak dan tumis bahan kisar
2.masukkan bahan pes tadi dan goreng sehingga naik bau.
3.masukkan daun kari
3.masukkan santan, bila dah sedikit berminyak, masukkan ikan
4.separuh masak, masukkan tomato, garam dan sedikit air asam jawa.
5.akhir sekali masukkan bendi-tak perlu layu sangat
sedap jika masih sedikit ranggup.dah pun siap!

*biarkan sejuk...seeloknya jangan makan terus. biarkan seketika dulu.
kalau aku pula, lebih suka masak di awal pagi, dan makan bila tengahari
atau petang nanti...karinya dah pekat...emmm...ala-ala mamak punya kari!

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala