pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Tuesday, June 22, 2010

BUBUR PUTERI MANDI omakku



Bubur ni memang kesukaan arwah makku...sedapnya kalau dapat kelapa muda!terasa mulut tu...emmmm...lembutnya.tapi kat Kl ni payah sikit nak dapat isi kelapa yang muda.kalau ada pun sudah “sedikit” kasar.

Tapi peluang balik kampung baru-baru ni,aku tak lepaskan peluang untuk menyuruh pakweku mengambil kelapa muda.niat hati nak buat puteri mandi ni dengan buah Melaka.

Untuk hari ni,kita buat dulu bubur puteri mandi. Kalian kat luar sana dah mandi ker? Hihihi...

BAHAN-BAHAN
Tepung pulut
Kelapa muda-diparut*-jangan terlalu muda@kalau tidak pun ambik isi kelapa yang putih sahaja
Sedikit pewarna pelbagai warna
air
Gula merah dan sedikit gula pasir(ikut suka manisnyer)
Daun pandan

1.tepung pulut dibancuh dengan air hingga menjadi doh yang boleh digentel

2. untuk generasi kini yang membuatnya, aku dah ubahsuai sedikit dengan
memasukkan sedikit pewarna kepada bahan bancuhan.

3.apabila bancuhan tadi dah sebati,asingkan kepada beberapa bahagian
dan setiap satu dibubuhkan dengan titisan warna sedikit.

4.sementara itu,didihkan air dalam periuk untuk merebus adunan ini nanti

5.adunan tepung digentelkan kecil-kecil seperti ini....dan masukkan
ke dalam didihan air tadi.


6.angkat apabila ia sudah terapung di permukaan dan masukkan ke dalam
mangkuk yang berisi air.biarkan seketika sehingga habis semua adunan
tadi dibuat.
7.masakkan kuahnya- masakkan air bersama gula merah,campakkan sehelai
daun pandan,masukkan kelapa parut tadi.kacau sebati dan akhirnya
masukkan semua adunan yang siap direbus tadi.

Dah pun siap...kalau dulu,makku hanya buat warna yang original sahaja iaitu putih,tapi kini aku buat sedikit perubahan...budak-budak pun suka tengok
macam ni...

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala