pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Saturday, June 19, 2010

SELAMAT HARI BAPA !!! andalah tunggak keluarga...

ESOK ...setiap 20hb Jun pada hari Ahad ketiga,kita di Malaysia akan meraikan sambutan Hari Bapa.biar pun publisitinya di media massa agak kurang berbanding berbanding sambutan Hari Ibu,tetapi sesiapa yang peka,tetap akan merasa kehadirannya!

bagi aku sendiri,sama ada Hari Ibu @ Hari Bapa,sebenarnya tidak ada hari yang khusus.setiap hari adalah hari untuk mereka!cuma agaknya kepada mereka yang agak "sibuk", kehadiran hari yang khusus ini mungkin boleh mengingatkan anak-anak kepada ibu bapa mereka.

mana yang baik,harus diamalkan dan yang buruk itu dijadikan sempadan!jangan sampai dikatakan membudayakan sesutu yang bukan menjadi identiti kita.

kepada lelaki-lelaki di luar sana yang menjadi "bapa","ayah","daddy","walid","appa" dan apa juga gelaran yang diberikan,KETAHUILAH bahawa anda andalah tunggak keluarga!
jatuh bangunnya kejayaan,kebahagiaan,kasih sayang, atau apa jua dalam rumahtanggga adalah terletak pada ANDA!

anda ibarat nokhoda kapal yang bertanggungjawab menggemudikan kapal anda supaya ia tidak karam,tidak dilambung ombak besar atau sebagainya! anda adalah segalanya!

dalam kejayaan bapa memastikan kelangsungan hidup dijaga rapi, terselit juga di tangah-tengahnya sifat manusia bertopengkan haiwan!ada juga bapa gagal dalam melaksanakan tugasnya.kadang-kadang terfikir di benak fikiran,bagaimana BOLEH DAN MENGAPA seorang bapa menjadi "haruan makan anak?"

ada kes bapa mencabul kehormatan anak sendiri,bapa merogol anak sehingga melahirkan anak....ni nak panggil apa agaknya yer?....bapa mendera anak sama ada mental,fizikal sehingga membawa kepada kematian yang tragis! siapa mereka di mata kita???? mereka ini memang tidak wajar memegang status keramat seorang "BAPA"

dalam pada itu, sekalung penghargaan kepada bapa-bapa di luar sana yang berjaya mendidik anak dan isteri mereka,berjaya memberikan penghidupan yang selesa lagi harmoni.pastinya kita tabik hormat kepada mana-mana bapa yang banyak berkorban ini.jumlah mereka juga ramai!

ada kalangan bapa tunggal sendiri juga yang berjaya menjadi idola kepada anak-anak mereka, contoh terdekat-Chef Wan!bukan sahaja berbuat baik kepada anak-anaknua bahkan kebajikan bekas isteri pun masih dalam pengetahuan dan penjagaannya! bertuah lah mereka ini! dan bapa ini sudah tentu akan menjadi insan yang sangat dihormati oleh anak-anak bahkan semua di luar sana juga!

penghormatan untuk bapa.. apa hadiah sesuai untuk mereka?SELAIN memberi hadiah istimewa sempena Hari Bapa, esok, tentu ada antara anda terfikir cara lain atau bercadang melakukan aktiviti menyeronokkan bersama ayah. Andai menganggap amalan memberi hadiah sebagai sesuatu yang klise, banyak lagi kejutan lain boleh dilakukan anda.

berikut ini adalah petikan daripada Utusan Malaysia semalam

1. Road trip keluarga

CUTI-CUTI Malaysia! Rasanya, inilah detik terbaik mengumpulkan seluruh ahli keluarga bercuti di luar daerah. Pastikan anda berpakat untuk merahsiakan ayah lokasi yang mahu dituju.

Banyak lokasi pelancongan menarik boleh dikunjungi di seluruh negara. Sama ada inginkan suasana tepi pantai, bandar bersejarah atau keheningan desa, pilih saja lokasi yang sesuai untuk keluarga anda.
Andai mahu membangkitkan nostalgia, kunjungan ke tempat bersejarah yang pernah dilawati bapa sebelum ini, seperti tempat lahir atau sekolah lamanya pasti menambah keseronokan ayah.

Soal tempat penginapan bukan menjadi masalah. Bermalam di homestay misalnya, mampu memberi ketenangan dan mengeratkan hubungan sekeluarga. 2. Tonton bola sepak di restoran masakan Eropah

SESUAI dengan mood Piala Dunia 2010, apa kata anda melabur sedikit wang untuk membawa ayah menonton bola sepak di restoran mewah yang menyiarkan perlawanan siaran langsung bola sepak. Beberapa restoran mewah popular di ibu kota menyediakan pakej Piala Dunia sebagai tarikan pengunjung.

Selain dapat menghiburkan bapa dengan perlawanan bola sepak menarik, anda juga dapat menjamu dirinya dengan menu hidangan bertaraf antarabangsa seperti pizza, spageti dan steak enak.

Jika anda ada bajet lebih, bawa saja seluruh anggota keluarga bersama-sama. Untuk menambah keseronokan, disaran setiap anggota keluarga memakai jersi mengikut pasukan bola sepak yang diminati.

3. Sertai aktiviti ekstrem

JENIS ayah anda sukakan cabaran, tidak salah mencabar kemampuan dirinya untuk bersama-sama melakukan aktiviti ekstrem seperti menunggang motor ATV, memanjat tembok tiruan atau menongkah arus deras white water rafting.

Banyak tempat menawarkan pelbagai aktiviti ekstrem sama ada di dalam bangunan atau di alam semula jadi. Selain menguji kecergasan bapa dan skil yang dimilikinya, aktiviti seperti ini mampu merangsang kekuatan fizikal dan jasmani ayah.

Buatlah persediaan awal dan rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan dan usia bapa. Mungkin menunggang motor ATV menjadi antara aktiviti riadah terbaik untuk bapa disayangi.

4. Make over melalui khidmat perunding imej

TENTU sekali anak-anak mahu melihat transformasi berbeza bapa tercinta. Jika hendak melakukan perubahan sendiri mungkin tidak ada kejutan, apa kata guna khidmat perunding imej bertauliah bagi mengubah penampilan bapa.

Bukan saja potongan rambut mahupun uban dapat ditutupi perwarna rambut, kulit wajah yang agak lesu dapat diatasi melalui perawatan wajah lengkap termasuk urutan dan pupur bagi menambah kesegaran wajah dan badan.

Tidak lengkap perubahan yang dirancang tanpa mengubah sekali penampilan bapa dengan padanan pakaian baru berupa kemeja, seluar dan kasut. Tambahan aksesori seperti tali pinggang, jam tangan dan kaca mata mampu menjadikan bapa anda tampak lebih muda dan cool!

5. Aturkan janji temu

ANDAI si bapa sudah lama menduda, apa kata aturkan kejutan besar dengan memperkenalkan bapa kepada seseorang yang mungkin dirasakan sesuai dijadikan teman hidup. Tidak semestinya setiap pertemuan akan membawa kepada ikatan perkahwinan, objektif pertemuan pada dasarnya hanya untuk menggembirakan bapa yang sudah lama bersendirian.

Semestinya anda dan adik beradik yang lain sudah mempunyai calon sesuai untuk diperkenalkan pada bapa dengan mengambil kira latar belakang, personaliti serta kriteria tambahan yang lain.

Selain mengaturkan acara makan malam, mungkin anda boleh juga menempah tiket persembahan teater atau muzik untuk dihadiahkan kepada bapa dan kenalan barunya.

apa-apa pun ia terletak kepada kadar kemampuan anak mahupun daya inisiatif seorang isteri untuk melaksanakannya.kadang-kadang ia bukanlah berbentuk material semata,sebaliknya lebih kepada bagaimana kita meraikan mereka dengan hati yang jujur!

SELAMAT HARI BAPA...KALIAN ADALAH TUNGGAK KELUARGA.KALIAN HARAPAN UNTUK ANAK DAN ISTERI MELALUI KEHIDUPAN SELAMAT,BAHAGIA DAN SEJAHTERA!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala