pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Friday, June 11, 2010

PRE PRODUCTION KE CAMERON HIGHLANDS

mesti pelik kan dengan title ni?...macam orang nak buat filem pulak! ni lah gara-gara terkenangkan zaman belajar buat filem dulu. kalau di peringkat pre ni, maksudnya, kerja-kerja awal@kerja kasar yang melibatkan perjalanan sebuah projek. kali ni aku teringat nak guna istilah yang sama untuk projek berjalan kami pagi nanti.

hari ni memang penat. bukan sikit....pagi-pagi lagi dah ke Carrefour.membeli barang basah dan kering untuk plan menu malam esok di Cameron. maklumlah setiap kali ke mana-mana family trip, akulah yang jadi akauntan,tukang pergi pasar,tukang perancang segala perancang! aduhai...nak berjalan punyer pasalkan...

kali ni, trip dengan keluarga mertua. dah lama kami tak pergi jalan sama memandangkan tahun yang lepas,semua ibu "beranak kecil" jadi semua projek ditunda ke sekarang ni. destinasi percutian- CAMERON HIGHLAND. kali terakhir pergi ialah pada 5 tahun yang lepas!

kali ni aku pergi dengan orang baru iaitu baby Hakimi. harap-harap semua ok.

bercakap mengenai plan makan...hahaha..tadi kat Carrefour, aku beli ikan siakap-plan nak buat bakar malam esok. aku beli beraneka jenis 'ball' untuk dijadikan bahan stimbot. sayur-sayur nanti beli kat sana jelah. lagi fresh kan! beli juga makanan ringan budak-budak....takkan untuk orang dewasa jer..nak cari lamb pulak tak ada...hai...kena lari tempat lain pulak ni!

petang ni ha...dah rehat sikit,pergi pulak menjengah ke Jusco. nasib lah semuanya ada di sekeliling rumahku...pasal tulah orang ni pas kat aku nak beli barang. aku ni dah jadi 'runner'cari barang! kesian baby kene kepit naik, turun kereta.nasib baik jugak ada kak long boleh tolong. tq kak long!

kat Jasco pulak...rezeki, ada lamb...ni nak buat lamb chop!..beli 6 keping, ayam sekor 1.6kg ni pun nak buat bakar jugak! alamat lah...ikan, kambing dan ayam akan bergaduh esok!!!!....sapa nak tanggung??? lupa pulak...beli juga roti dan bahan nak buat sandwich untuk bekal makan dalam kete pagi esok. ikut plan, nak bertolak pukul 4pg. jalan sejuk-sejuk ni best juga! tak taulah boleh bangun ke tidak driver-driver ni....

orang kampung belum datang lagi,lepas Maghrib baru nak bertolak.oklah, kita stop sini dulu, aku nak menyambung kerja memerap bahan yang dah beli tadi. nanti sambung lagi..

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala