pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Wednesday, June 16, 2010

CAMERON PART(1) satu perkongsian cerita...

CAMERON! AKU DATANG LAGI....
Dah lebih 5 tahun kali terakhir datang, kini kembali ,kalau dulu bertiga tetapi kini dengan ahli keluarga baru! HAkimiBertolak dari rumah selepas subuh walaupun perancangan asalnya nak bergerak sebelum subuh!!! Hihihi...

Berhenti di hentian rehat dan rawat Tapah untuk bersarapan pagi.Aduhai..ramai orang! Nak beli air pun kena beratur panjang. Ni gara-gara cuti sekolah agaknya. tempat duduk pulak? emmm...orang kata main chop-chop...dah siap standby belakang orang yang masih duduk makan dengan hasrat
pemandangan kebun-kebun sayur memang banyak.bayangkanlah bukit ditarah untuk projek pertanian seperti ini!dan sudah tentu ia diusahakan oleh bangsa yang semua sedia maklum siapa mereka! manakala pekerja ladang teh pula terdiri daripada mereka pendatang asing
ialah , bumi Malaysia bertuah ini bukan bertuah untuk rakyatnya sahaja bahkan bertuah juga kepada mereka di luar sana! di kilang ini,kami dibawa ke dalam kilang untuk melihat proses mengitar daun teh menjadi teh-sedia untuk dibuat minuman.bau dalam kilang? emmmm....sebiji bau daun inai. tak tahan juga, betul-betul bau daun pior yang dikisar.
perjalanan diteruskan lagi ke sebuah lagi ladang teh-Bharat Teh.ni memang saujana mata memandang kebun-kebun tehnya.apa lagi kalau tak pekena tehnya bersama scone.harga? 1 teko teh untuk 6 orang minum dan 2 biji scone beserta jem strawberi dan krim =rm32.00. mahal?
tolak tepilah...nasib baik 'sesekali' ye! kalau hari-hari emmmm....kena fikir juga!hahaha... bermulalah sesi berposing sakan.camera di tangan anak daraku, Sakinah.kali ni pergi dia pulak sibuk jadi tukang ambil gambar. payah betul nak ajak bergambar sama.nilah hasil air tangan dia yang mengambilnya.

.
cuaca renyai-renyai.sekitar pukul 1.00tengahari,kami sampai di Tanah Rata Cameron.janji temu dengan pemilik apartment-Encik Mat Isa.sebuah apartment 3 bilik di Puncak Arabella-(RM250 untuk sehari semalam)adalah lokasi penginapan kami. sangat memuaskan.segala kelengkapan ada,sampaikan lesung tumbuk pun ada! memang sesuai untuk masak-memasak.

sampai jer kat sini,semua driver nak zzzzz dulu, penat da....orang perempuan ni apa lagi...kalau tak kene setkan untuk makan tengahari dan malam nanti.

petang dapat berjalan sekejap sahaja memandang cuaca tidak menentu.sekejap terang, sekejap kabus tebal diikuti hujan renyai-renyai.orang lelaki sukalah cuaca macam ni.sebab apa? best untuk layan mata...kita ni pulak...nak berjalanlah kan...
dapat jugalah ke KHM strawberi
-salah sebuah kebun strawberi kepunyaan ornag kita di Kg Sedia.makan dan beli bawak balik sekali.baby pulak tiba-tiba meragam.agaknya penat dalam perjalanan dan rasa tak selesa. badan pulak tiba-tiba jadi panas.panik juga!!! jadinya aku hanya jadi pemerhati PBB untuk yang lain turun membeli.kesian Hakimi.mak mertuaku yang turun membeli sayur-sayuran untuk menu stimbot malam nanti.

hujan masih turun dan kami pulang ke rumah semula.apa lagi? prepare untuk dinner.seperti dalam perancangan menu ialah nasi putih,stimbot sayur-sayuran bercampur 'ball' segala 'ball',ikan bakar dan kambing bakar.sebenarnya tak sempat nak ambik gambar, makanan dah habis kena cekup!

tak boleh nak makan hidang sama-sama...alahai...anak-anak kecikku ini yang sedang aktif bukan main! si Umair dan Hakimi! seorang dah dapat kaki asyik nak berjalan ke sana sini terutama ke dapur,yang seorang lagi pulak jadi tukang mengemas!...tulah tak dapat nak makan sama-sama.atuk lah yang rajin melayan cucu-cucu.apa jer atuk cerita, cucu-cucu melopong mendengar.tambah-tambah bila atuk cerita bab seram!!! kene gorenglah....sejuk-sejuk begini apa sahaja yang ada sedap semuanya.sampaikan jagung yang petang tadi beli-buat rebus pun habis!

*nanti sambung lagi part (II)
ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala