pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Thursday, June 17, 2010

PERUT masak LOMAK CILI PADI REBUNG


rutin ke dapur bermula kembali..hari ni masak agak berat sikit sebabnya ada kak cik ku nak datang. nak bekalkan dia sikit. yelah,benda yang jarang-jarang masak ni,bestnya kalau dapat di kongsikan sama-sama.
rebung ni,mertuaku yang beli masa perjalanan balik dari Cameron hari tu. orang asli jual di sepanjang jalan menurun ke Tapah.perancangan nak masak dengan daging salai ,tapi tu kene tunggu hari Sabtu-pasar tani! hari ni kita masak dengan perut dahulu.

BAHAN-BAHAN

perut lembu lah ye!-rebus dahulu
cili padi,kunyit hidup,bawang merah dan putih,halia-dikisar
rebung yang telah dicelur dahulu
santan
asam keping
1 batang serai-dititik
garam secukupnya.

1.masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama perutyang siap direbus seketika
2.masakkan seketika bahan ini-biar mesra seketika perut dengan cili
3.masukkan santan,serai,asam keping dan garam
4.apabila kuah dah mendidih, baru masukkan rebung yang telah dicelur tadi.
5.rasa kuahnya, bila cukup rasa dan nampak kuah pun dah berminyak,tutup api.
siap dah pun...

*rebung-jika beli pun harus sekejap dicelur.kemudian diramas dan toskan airnya.
masuk rebung setelah kuah mendidih untuk elak rebung cepat hancur.
*jika rebung dah cukup masam, tak perlu nak bubuh asam keping lagi.
*kunyit hidup boleh juga diganti dengan serbuk kunyit.

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala