pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Saturday, June 5, 2010

MAKAN STIMBOT

malam tadi, aku sekeluarga dan seorang kakakku, kami makan diluar.membawa niat mencuba makan di restoran baru yang hangat promosinya!kakakku pulak hari ni dia berpuasa...ganti lah tu..

RESTORAN KAMPUNG- BBQ DAN STIMBOT BUFET EAT ALL U CAN di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
menyediakan makanan ala bufet.untuk harga promosi bagi dewasa rm25.00(biasa rm50),kanak-kanak7-12tahun, rm12.50 (biasa rm 25)untuk air pulak, ia dikira asing. harga tadi tu hanya untuk makanan sahaja
pilihan memang banyak. ada udang, pepahat, kerang, kupang,ikan segala "ball"- fish ball, crab ball, (entah macam-macam nama..)ada sate daging dan lembu dengan beraneka bahan perapan. ada perapan bbq, biasa, tandori, kari..boleh pilih mana suka.

anakku Sakinah, ghairah mengambil dan memasaknya.semua ni kita masak sendiri! macam main masak-masak pulak!! sebab tulah Sakinah ni suka sangat. makannya tak pun. air jer yang abis.tengoklah muka dia tu...muka orang tak sabar nak masukkan bahan dan nak mengangkatnya!
kalau nak makan, boleh duduk di dalam atau juga di luar. memandangkan aku ni ada baby kecik, maka pilihan yang sesuai duduk di luar-open air! kalau mereka yang memang berselera besar, makan jer apa suka. memang berbaloi! ada kuih-muih,ada buah-buahan,salad, ais krim... macam-macam,nak tambah banyak mana pun boleh!..tapi aku ni..alahai..terpaksa ambik giliran nak makan dengan pakweku...nilah anak kecikku tidak berapa setuju dia...alahai... gambar pun tak berapa banyak dapat nak tangkap!nilah baby kecikku dah tertidur akhirnya di bahu baba dia. sebelum tu mengamuk dia...terpaksalah gilir-gilir nak dukung!alahai...Hakimi...

kalau yang datang tanpa anak kecil atau couple tu...bolehlah duduk lama-lama menikmatinya!...kami ni taklah begitu.makan sepantas yang boleh. tulah aku cakap dekat pakweku;"dulu masa kita couple-couple, takla pulak nak pergi makan stimbot cam ni...la ni baru nak pergi, nasib badan lah" "dulu masa pokai,student mana ada bajet!" balas pakweku...hihihi..

keseluruhan, semua ok.cuma kami berpendapat, untuk makan stimbot ni memang tak sesuai nak bawak budak kecik.ia merimaskan mereka!panas dengan wap stimbot.sedikit bahaya kepada kanak-kanak sekiranya tak mampu berdisplin, takut-takut terkena air panas! bahaya tuuu kan...nilah kos makan kami...fikir-fikirlah kalau nak makan stimbot macam ni...


ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala