pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Sunday, June 6, 2010

MEE GORENG BASAH LAKIKU


hari ni..aku tak ke dapur! pakweku yang masuk dapur. aku pulak nak bermalas-malas sikit...ceh..ceh...taklah, kadang-kadang tu kita nak juga berehat kan? yelah hari-hari kita masak, hari-hari kita yang jaga nak tengok anak,jadinya tak salah lah kalau sesekali tu para suami pulak yang ambil alih tugas-tugas tu.

Nabi sendiri pun mampu menjahit pakaian baginda yang rosak dan membantu untuk menguli tepung untuk dibuat roti. jadi, kalau dah nabi pun mampu berbuat sedemikian, tak salah juga para suami hari ini membantu ke dapur!. jangan risau, anda tak hilang pun gelaran "macho" tuuu...

malam tadi aku plan nak buat nasi daging, bila pagi ni pulak tukar plan. pakweku kata nasi tu buat hari lain. pagi ni dia nak buat mee goreng basah.petang ni plan nak jalan-jalan cari makan di Bagan Lalang jadi tak payah la nak masak beriya sangat.aku? lagi suka la kan....hihi..

mee goreng basah ni memang menu special dari pakweku. kira-kira ini skill dia lah..hihihi...(kakakku,anak saudara:bab kalau nak goreng mee, memang suruh pakwe yang goreng!) ni tengok bahan-bahan dia:

BAHAN-BAHAN

mee kuning
bawang merah dan putih-dikisar
cili kering- kisar
daging
udang
ayam
fish ball dan fish cake
sawi
taugeh
cili merah potong
minyak untuk menumis
air secukupnya
sos cili, sos tomato, sos tiram,kicap
garam secukupnya.

1. panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
2. masukkan cili kering yang dikisar dan goreng garing.
3. setelah garing, masukkan daging,udang,ayam. masukkan air supaya
masak semua bahan tadi. dan jika nak lebih basah, lebihkan air.
4. setelah masak, masukkan fish ball dan fish cake.
5. masukkan semua sos,kicap dan garam.
6. masukkan mee, sawi dan akhir sekali taugeh. kacau-kacau seketika
dan tutup api. biar taugeh tu masih rasa ranggup lagi.
7. taburkan cili potong, dah pun siap!

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala