pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Monday, June 21, 2010

AYAM MASAK TOMATO special request!



Kembali menjalani rutin di rumah seperti biasa ye!hari ni bermula kembali Sakinah ke sekolah.tamabahan pula hari ni bermulanya exam pertengahan tahun untuk sekolah agama.wish you good luck my dear girl.

Oklah sebagai mengambil hati orang exam hari ni,aku masaklah lauk permintaannya...ayam lagi yer..ni resepi yang aku sendiri yang try and error dan menjadi kesukaan keluarga.

BAHAN-BAHAN

Ayam-digoreng dengan garam dan kunyit dahulu.ketepikan
Bawang putih,merah,halia,serai –dikisar
Tomato merah yang sudah masuk ranum-dikisar
Cili kisar
Carrot dihiris panjang
Bawang besar-dipotong bulat
Daun limau purut-dicarik-carik sedikit
Sedikit sos cili dan sos tiram
Garam secukup rasa
air
Minyak untuk menggoreng ayam dan menumis

1. Goreng ayam terlebih dahulu.

2. Untuk kuahnya: tumis dahulu bahan kisar iaitu bawang putih,

merah,halia dan serai sehingga naik bau.

3. Masukkan cii keriang kisar.masakkan sehingga sedikit garing .
masukkan daun limau

4. Masukkan tomato yang telah dikisar tadi dan kacau sebati.

5. Masukkan carrot seketika dan sos cili dan sedikit sos tiram.
Tambahkan air untuk dapatkan kuah yang lebih.

6. Bila ayam sudah siap digoreng dan kuah pun sudah agak berminyak,
masukkan ayam dan kacau sebati

7. Masukkan garam secukup rasa dan bawang besar yang siap
dipotong bulat tadi.

Dah pun siap untuk dimakan!

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala