pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, June 2, 2011

BILA MERAJUK DAN HATI TERJERUT SAMA

Assalammualaikum semua...

pagi ni CITH rasa terjerut hati dek kerana merajuk dengan Sakinah petang semalam.petang semalam CITH pergilah melawat dia di hotel.yelah kita ni bukan main excited nak tengok dia.sampai kat hotel,kawan sebelah bilik dia kata-group Sakinah belum habis makan.oklah,CITH tunggu je depan bilik di.sekejap tu lift terbuka,keluar dia depan pintu lif bersama 3-4 orang kawan dia.

dah salam pastu ikutlah masuk bilik.pup,hati CITH dah rasa kecil hati.apa taknya masuk bilik je,dia dah pergi kat telefon nak telefon kawan dia Erin yang duduk sebelah bilik dia suruh datang.CITH tanyakan pada dia;
"la,ni mama dengan adik datang kenapa pulak nak telefon si Erin tu?kan ke tadi baru je lepas jumpa." apa dia jawab?
"nak ajak dia datang sini nak borak-borak je."
"abih,mama datang ni tak nak la borak-borak.tadi dah makan sama,balik bilik dah sama,kejap lagi nanti nak jumpa balik pun tak puas-puas..." CITH dah mula rasa sebab di dada tapi tahan juga,cuba bersabar dan berlagak seperti biasa TAPI ...sekejap tu darah CITH naik semula apabila...

"eh,mak Erin datanglah...." suara daripada rakan-rakannya dari luar yang kedengaran dari dalam bilik.Sakinah pulak tak semena-mena terus nak bukak pintu nak keluar.CITH pun dah semacam rasa; "mama datang,Sakinah pentingkan orang lain daripada mama dan adik ni ye!"
"taklah,ina nak tangok je mama dia"
"habis yang mama datang ni,Ina buat tak kisah,ok macam tu mama dan adik nak balik sekarang.mama tak akan call Ina.mama takkan datang until Jumaat malam datang ambik.mama memang marah hari ni."
habis dengan itu,CITH pun terus balik tinggalkan dia.mulalah dia buat drama air mata dia,nangis-nangis janji tak nak buat macam tu lagi,merayu.kali ni memang CITH keraskan hati...

sejak CITH balik petang semalam sampai ke pagi ini,dia banyak kali call,hantar sms tapi kali ini memang CITH keraskan hati tak mahu mengalah lagi.CITH rasa cukup kecil hati,rasa seluruh hati CITH ni hancur dibuatnya,kecewa dan semuanya.rajuk kali ini sangat mendalam dalam hati CITH.entahlah kenapa...CITH tak boleh fikir macam mana dia boleh lebihkan kawan dia daripada CITH...aduh...CITH tak boleh terima tu semua.sakit kepala otak ni berfikir.menangis sepanjang malam sampai ke pagi ini membuatkan CITH rasa sangat tertekan membuatkan hati ini merajuk dan terjerut...harapnya dengan apa yang berlaku ini dapat membuatkan dia berfikir mana kepentingannya.

ALAHAI...

2 comments:

  1. Sedih pula cerita pagi ni.


    Kadang2 anak2 tak peka apa yg kita buat utk mereka. Agaknya baru kena kejutan persekitaran. Duduk hotel, makan kat hotel berhari2, berak pun kat hotel.
    Semoga dia cepat sedar kesilapannya. Budak baru belajar hidup.

    Sabar maknya ye.

    ReplyDelete
  2. kak,memang sedih sgt.otak dh binggung sedih dibuatnya.dok nangis je ni...bila kenangkan dia balik,sya jd nangis kak...

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala