pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, June 20, 2011

AKU TIDAK BERMAKSUD UNTUK TIDAK BERSETUJU DENGANMU

Assalammualaikum semua...

hati ini sedikit rajuk dek nasihat yang kita beri pada seseorang dianggap sebagai sabotaj terhadap tindakannya.memang sukarkah untuk memahamkan orang tentang niat kita terhadap dia? aduhhhhaai...

kita semua ada kawan,saudara di sekeliling.sebagai seorang yang waras,apakah tujuan nasihat yang kita berikan pada seseorang itu?adakah niat kita untuk melihat dia jatuh,mahu melihat gagalnya dia atau mahu melihat dia berjaya,dia selamat dan sebagainya?

CITH dah sampaikan apa yang sepatutnya dan juga apa yang dipesan oleh orang lain pada CITH untuk diberitahukan kepada seseorang ini.namun CITH sedikit kecewa dan cukup rasa sangat bersalah bila mana apa yang CITH sampaikan dikatakan semata-mata untuk campur tangan dalam kehidupannya atau pun lebih kepada nak mengawal hidupnya.dikatakan CITH seorang yang SELFISH! dikatakan CITH sorang saja yang berhak nak rasa bahagia,tamak,pasal tu tidak bersetuju dengan dia.CITH hanya nak gunakan dia demi kepentingan diri CITH saja sedangkan CITH langsung tak beri dia untuk menikmati kehidupan sendiri! Ya Allah,rasa bersalah ini bersarang di dalam hati.Ya Allah CITH langsung tak ada niat macam tu.kami semua ni langsung tidak ingin mengawal hidupnya.kami memberi nasihat,pandangan, agar dia boleh menilai dan dapat membuat keputusan yang terbaik.kami tidak mahu dia menjadi mangsa keadaan dek kerana salahnya membuat keputusan.

ya,memang benar.siapa pun yang membuat keputusan selagi dia bernama MANUSIA,memang keputusan itu tidak dapat menandingi keputusan yang ALLAH dah tetapkan sejak azali lagi.siapa kita nak menafikan keputusan Allah?tetapi kita seharusnya tidak lupa,bahawa kita diberikan AKAL untuk berfikir.lantaran itu akal digunakan untuk kita berdoa kepada yang menjadikan kita.DOA adalah senjata hebat seorang Muslim.sesungguhnya Allah itu lebih tahu segalanya.

apa yang ingin CITH nak katakan; AKU TIDAK BERMAKSUD UNTUK TIDAK BERSETUJU DENGANMU...aku pun ingin berkongsi rasa bahagia itu denganmu.aku juga ingin melihat senang dan gembiranya engkau,aku ingin berkongsi merasa itu semua denganmu dan sama sekali tidak ingin melihat engkau berseorangan,aku juga tidak mampu TETAPI...

seandainya engkau ada membaca coretan ini,ketahuilah olehmu-aku tidak bermaksud seperti tuduhanmu itu.AKU INGIN LIHAT ENGKAU BAHAGIA.AKU SAYANGKAN HUBUNGAN KITA.CUMA ITU...kenapa sukar untuk engkau memahaminya?

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala