pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Tuesday, June 7, 2011

MONYET BERCINTA MACAM MANA AGAKNYA?


Assalammualaikum semua...

hari ni tertarik pula nak tulis pasal monyet bercinta.yelah macam mana monyet bercinta sampaikan disamakan pulak dengan cinta zaman budak-budak.asal budak bercinta khususnya di bangku sekolah,kita namakan cinta monyet.tahu ke kita monyet bercinta macam mana? hish...musykil jugak!

sekarang ni bila kita cakap cinta monyet,nak tahu juga monyet bercinta macam mana ye?ni lah sejak balik dari kem di hotel hari tu,Sakinah adalah cakap (foto oleh:GOOGLE.COM) kat CITH yang dia minat kat sorang mamat ni...aduss...anak aku kah itu? tapi CITH kira ia normal lah sebab suka kat lelaki.jangan sebaliknya.nauzubillah...budak tu darjah 5.pandai pulak dia sendiri yang cakap;

"ala ma,dia 2 tahun beza umur dengan Ina.macam mama dengan baba jugak!" oooo pandai tak pasal-pasal nak samakan dengan kita pulak...hish.CITH pun cakaplah kat dia,yang cinta kami berdua dulu betul-betul bukan cinta monyet.bila dengar CITH sebut cinta monyet,mulalah dia pun bertanya panjang lebar lah pulak pasal cinta monyet ni.(macam aku dulu jugak banyak tanya...)

dia tanya;monyet bercinta macama mana?kenapa samakan monyet bercinta dengan manusia? kenapa dan kenapa...aduhhh fening lalat nak jawab.

macam mana agaknya bila monyet bercinta?adakah seronok sakan masa mula-mula dapat pasangan?lupa diri seketika seakan dunia ana yang empunya?hari-hari merasa ingin bertemu?atau apa? tapi selalunya kita kata cinta monyet sebab cinta yang lahir ketika ini bukannya cinta yang penuh rasa tanggungjawab tetapi lebih kepada perasaan suka yang terlampau,cinta yang tiada matlamat,cinta yang hanya persinggahan,cinta yang hanya nak syok-syok melayan perasaan...entahlah.CITH sendiri pun tiada pengalaman cinta monyet ni.dulu,nak keluar hanya dengan arwah abah dan kakak.kawan lelaki sekelas pun takut nak telefon rumah apabila dengar suara abah yang angkat telefon.macam manalah nak bercinta...sekolah dulu kata arwah abah!

al hamdulillah cinta pertama di kala usia yang sedikit matang membawa kami ke hari ini.bagi CITH sendiri pun tak tahu apa itu cinta monyet.mungkin pada usia kanak-kanak atau awal remaja,ada perasaan minat,tertarik dengan seseorang itu boleh dikatakan CINTA MONYET? emmm...mengambil pendekatan yang sama,warning CITH kepada Sakinah; "minat kat budak lelaki ok TAPI STUDY NO 1."

AKU?terasa diri ini semakin tua...pabila anak sudah pandai bercakap pasal lelaki...fening...fening...

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala