pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Tuesday, June 1, 2010

NASI HUJAN PANAS MALAYA


cuaca minggu ni pun tak menentu kan...sama macam cuaca diriku jugak...hihihi...kejap hujan, kejap panas. jadinya menu hari ni pun macam cuaca jugak daa..nasi hujan panas.

sebenarnya banyak kali jugak aku try buat nie.. yelah sukatan yang biasa dalam mana-mana resepi pun menggunakan sukatan beras yang sekilo ke atas...alahai...kat rumah ni, hanya 3 mulut jer yang makan. puas jugak aku try and error...tapi sekarang kata pakweku.."dah boleh jamu orang"...dah lulus lah tu...hihihi...

BAHAN-BAHAN

beras basmathi-dibersihkan
air secukupnya
2 sudu minyak sapi
bawang merah,bawang putih,halia-dikisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 helai daun pandan
sedikit kismis,sedikit badam (kalau suka, ini aku tambah sendiri)
garam secukup rasa
pewarna-merah,kuning,hijau
air mawar-beli di kedai Irannian@kedai arab. bukan air mawar
untuk mandi tu ye...

1. panaskan minyak sapi dalam periuk. tumiskan bahan kisar.
masukkan pula 4 sekawan tu (kayu manis,bunga lawang,bunga
cengkih,buah pelaga)
2. masukkan beras,garam,daun pandan dan air secukupnya.
masak nasi hingga nasi kering.
3. sesudah itu, titiskan pewarna tadi dan tutup kembali
dalam 5-10 minit baru dikacau nasi tersebut.
(kalau cepat-cepat kacau, warnanya nanti tak cantik)
4. masukkan kismis dan badam,biarkan nasi masak dengan api perlahan.
5. sekali lagi sebelum nak dihidang,titiskan dengan air mawar.
jangan dikacau lagi.bila nak dihidang, barulah nasi dikacau rata.
akan terbaulah aroma wangi air mawar tadi!...dah siap!

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala