tidak terlambat untuk CITH ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk rakan blogger yang sejawatan dengan CITH.apa yang istimewanya sambutan semalam? ada yang makan besar? hadiah besar...al hamdulillah untuk semuanya. moga kita menjadi ibu yang terbaik untuk keluarga di dunia dan membawa kebaikan di akhirat.amin.

sungguh pun begitu ramai yang memberi komen terhadap sambutan ini.biarlah apa sekali pun tanggapan sebahagian pihak tapi secara peribadi CITH rasa sambutan ini dibuat dengan niat untuk lebih lagi mengingati ibu-ibu sekalian.tidak lebih daripada itu.sama juga seperti sambutan-sambutan yang lain bezanya hari ini,kita tidaklah pulak diisytiharkan bercuti!
memang kita diwajibkan untuk taat dan hormat mereka bukan pada hari ini sahaja bahkan selagi nyawa dikandung badan selagi itulah taat dan hormat tidak putus.cuma sambutan hari ini secara tidak langsung kita lebihkan lagi perhatian kepada ibu kita.maklumlah kesibukan kita sebagai anak-anak kadang kala,terlupa untuk mengingati hari lahir ibu kita atau pun hari kahwin mereka.tapi,dek kerana hari ibu ini memang menjadi bualan-maka secara tak langsung boleh menyedarkan kepada yang lupa untuk telefon,bertanya khabar,makan bersama,berjalan atau sebagainya sebagai tanda menghargai mereka.bukanlah kata; "ohh...hari ibulah baru ingat ibu ye!"...emmm...ni memanglah tak betul.
ini yang CITH ambil daripada FB Pn Suzana Ghazali-Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie;
Pendapat saya tentang sambutan Hari Ibu? Bagi saya, tak salah dan tak berdosa sebab kita memuja ibu kita sendiri, bukan ibu orang lain atau pun ibu idola ugama lain. Hari Ibu bukan hari cuti khas yg memungkinkan ia dijadikan satu perayaan khusus yg boleh disamakan seperti meraikan IBU idola ugama kafir tersebut. Tiada adegan melanggar syariat. Hanya menyatakan kasih sayang dan penghargaan buat insan yg bertgjawab mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kita sahaja. Tak de salahnya kan! Wallahua'lam! (",)

kepada yang punya ibu/mama/bonda/umi dan sebagainya...raikan mereka selagi ada.kehilangan mereka membawa kesuraman dalam hidup biar pun ada yang boleh mengambil tempat mereka.jika dah tiada baru ditangisi, apalah ertinya semua itu...Al Fatihah untuk arwah mak -Hajah Nyonya Othman.moga Allah tempatkan mak di kalangan hambanya yang solih dan solihin.doa untukmu mak memang tidak pernah putus...amin.
ALAHAI...
No comments:
Post a Comment