hari ini bermulalah masa untuk pecah semuanya bagi Sakinah.amboi...tengok tu bukan main ayat ye..hihi..bukan apa,hari ini bermulanya peperiksaan pertengahan tahun bagi sekolah agama dan selepas itu akan bersambung pulak dengan sekolah kebangsaan.

mamanya pulak yang susah hati,yang suspen,yang gelabah dan segala macam rasa.apa tidaknya,tuan badan buat rileks.tak ada nampak macam nak hadapi exam.sekali ditegur sekali buat.macam pahat,sekali ketuk berbunyi kan.ha mcam tu lah.bila banyak kali bising...dikatakan mama ni suka bising.habis tu macam mana?
emmm....kalau diikutkan,memang nak buat reti je.biarkan dia sendiri yang tentukan bila nak buat revision.tapi CITH tak boleh pulak.hadohhh...kata je nak buat tak tahu.tapi ambik tahu juga.sudahnya CITH yang lebih mempunyai rasa berbanding dia.pendek kata dia ok,CITH yang kena pecah kepala nak suruh dia buat revision,pecah suara nak cakap dengan dia dan ssegala macam.apakah semua mama rasa macam ni jugak ke?
apa lagi yang mama boleh bantu,selain menghabiskan masa bersama untuk membuat revison,mendoakan untuk kemudahan dan kefahaman dalam menjawab.selebihnya usaha daripada tuan punya badan dan keputusan di tangan Allah Maha Berkuasa.itulah yang selalu CITH bisingkan pada Sakinah.entahlah,dengar ke tidak dia ni...huhu...bulan ini memang teramat sibuk untuk dia.nak tak nak,masa yang berbaki inilah digunakan secekapnya untuk membuat sesi "pecah".moga yang sedikit ini mampu mengubah sesuatu.selamat maju jaya untuk anak-anak rakan blogger CITH di luar sana.sama-sama kita berdoa untuk kemudahan,kefahaman dan kejayaan anak-anak kita.amin.
ALAHAI...
ingatkan nak pecah tabung .. hehehe semoga di permudahkan untuk anak-anak kita
ReplyDeleteMala: hihi...amin.pecah tabung tu dia sdri pndai bukak tabung dah skrg.dulu kita yg bukak kan...
Delete