kalau tak ada siapa nak hadiahkan kita,kita sendirilah yang beri hadiah kan...hihi..CITH menghadiahkan diri sendiri dengan pakej merawat badan.yelah,kita ni bekerja kalah orang yang kat ofis tu bekerja kan,jadinya sesekali tu tak salah untuk mencuba rawatan-rawatan badan yang banyak disediakan kini.
petang ni tadi,CITH memilih untuk mencuba perkhidmatan yang ini,iaitu rawatan reflexology kaki dan back shoulder.ada sesuatu yang istimewa di sini.apa tu? istimewanya juru urut di sini adalah mereka istimewa! mereka adalah juru urut cacat penglihatan yang dilatih dan terlatih dalam melakukan urut sebegini.

sesiapa yang nak mencuba perkhidmatan ni-ada pada gambar tersebut alamat operasi mereka.
mereka terdiri daripada 3 wanita dan 4 lelaki.beroperasi dari pukul 11 tengahari- 8 malam.
kalau ditanya pada CITH best ke tidak? emm...memang best sangat! sambil dia mengurut tu,mereka akan menerangkan apa point-point kita yang ada masalah.contohnya,bila ditekan tu kita rasa lebih sakit sikit,adalah yang tak berapa sihat di situ seperti masalah pembuangan,masalah mata atau sebagainya.pendek kata...memang kena datang lagi di sini...
ALAHAI...
husband selalu jugak ke sini.
ReplyDelete