kurang dari 3 minggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Ramadan.rata-rata mengambil kesempatan bulan ini untuk membuat persiapan mental dan fizikal bagi persediaan bulan yang mulia ini
petang tadi sewaktu CITH bawa anak keluar makan di Jusco,nampak dah deretan pelbagai jenis kurma untuk puasa,baju raya dan kuih raya.balik tu CITH singgah di Giant,pun keadaan yang sama jugak berlaku.maknanya memang mana-mana je dah keluar kurma,baju dan kuih raya
kurma? macam jenis ada.biasalah yang datangnya dari Iran,UAE,Dubai dan sebagainya,paling popular kurma Yusuf Taiyoop lah.iklan kat TV pun dah selalu keluar.baju?
ni pun dah siap untuk dipilih baik baju Melayu,
kurung atau kebaya sama ada untuk dewasa atau pun kanak-kanak dah memang siap.yelah,shopping awal ni bagusnya tak bersesak dengan ramai orang dan lagi satu mudah untuk memilih saiz.kalau last minit tu yang saiz pun dah tak ada.kuih raya?mak aiii...dah melimpah dah! nampak sangat kuih ni dah disiapkan awal lagi.apa taknya puasa pun belum,kuih pelbagai jenis dah siap dijual.
pendek kata semua ni memang bersaing untuk mendapat perhatian orang ramai.hiasan ketupat dan pelita pun dah siap dipasang! nasib baik lagu raya tak ke udara lagi.kalau ada,memang melampau rasanya!apa yang dapat CITH rumuskan,aura nak beraya itu dah kelihatan namun aura untuk menyambut Ramadan itu sedikit kurang diberi perhatian.tak tahulah mana silapnya...apa yang penting berbelanjalah kita secara berhemah.bukan apa,bulan Ramadan nanti lagi banyak yang "melimpah" menunggu kita terutama di pasar juadah@ramadan atau pun bufet di sana sini.poket? melimpah tak?...
ALAHAI...




mak ai awalnya jual kuih...mau lemau raya nanti
ReplyDeletetu lah,kuih ni pun dh awal lagi siap dah.tu yang menjelang gaya rasa pun dah lain macam...
ReplyDelete