pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, July 29, 2011

HARIMAU TERSUNGKUR MENJADI MANGSA SANG SINGA


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...salam Jumaat.Jumaat terakhir dalam bulan Syaaban sebelum bertemunya Ramadan minggu depan.

malam tadi,tamatlah sudah impian,angan-angan dan segala percaturan tentang pasukan Harimau Malaya kita.melihatkan di tv,memang penuh.nampak betul betapa tingginya sokongan rakyat kita terhadap kemampuan pasukan negara untuk terus layak dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.apatah lagi beraksi di pentas dunia pada tahun 2014.(foto oleh:Google.com)

namun...segala kudrat telah dicurahkan,masih belum mampu untuk menangkis serangan sang singa yang sentiasa peka dan mencuri peluang.sang harimau seakan sudah selesa pabila sudah menemui mangsa untuk pertama kalinya.apa lagi,sang singa menguatkan pertahanan dan serangannya untuk melancarkan serangan balas!huhu...tang ni lah rasa frustnya!...apa nak buat,bukan CITH yang ada kat atas padang tu...jerit kat rumah pun depa tak dengar! bak kata Sakinah; "napa orang biru tu tak naik ramai-ramai bila kawan dia dah dapat bola?..."tak tahulah CITH nak jawab!

akhirnya,kita tewas dengan agregat 6-4.nampaknya kita kena tunggu dan tunggu lagi untuk melihat Harimau Malaya mencatat sejarah untuk ke Piala Dunia.apa pun-memang malam tadi sokongan di stadium adalah sangat luar biasa untuk sang harimau!

ALAHAI...

2 comments:

  1. Kalau nak citer bab bola mmg tak tau.Tak reti.Nak buat N3 pasal bola idea pun kurang.

    ReplyDelete
  2. kak,saya pun tk berapa pndai tp sesekali tu bila sampai thp klimaks bola tu yg ikut tu.leh lah citer sikit.klu yg kecik2 tu mmg tak tahu..hihi

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala