pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Thursday, April 12, 2012

POS LAJU HANTAR FRIDGE MAGNET

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

pagi ni,berbunga-berbunga di hati apabila ada kawan sepengajian CITH mengirimkan pos laju kepada diri ini.apa dalamnya? ni dia....FRIDGE MAGNET!!! aduh,suka bangat sih! hihihi...terima kasih pada Siti Ezaleila!

sebelum ni,kawan CITH tu tak pernah pun nak respon pada status CITH mengenai FM ni.alih-alih hari ni,sampai pulak buah tangan daripada dia.rupanya,dia tahu minat CITH tu.pasal tu lah dia belikan FM ni tatkala dia ke Bandung bulan lepas.sukanya hati...

pagi tadi pulak,CITH dah 'pos lajukan' 3 FM untuk Kak Nieda(CEMPAKA BIRU).harap sampailah pada penerimanya kalau tak esok,lusa.bukan apa,dulu dah pernah Kak Nieda kirimkan FM kat CITH tapi tak sampai-sampai.masa tu kirim melalui pos tak laju.tapi apa yang CITH dah buat sekarang,dengan pos laju memang sampai.nampaknya memang kena guna pos laju lah untuk bab kirim-mengirim ni.

(NI SEBAHAGIAN 'STOK' UNTUK MENJADI TUKARAN...HIHI)
kepada rakan blogger atau pengunjung blog CITH ni,kalau ada yang minat sama macam CITH,bolehlah kita main tukar-tukar FM! Kak Cik CITH pun collector jugak.dia pun ada 'stok' untuk bertukar tangan.

yelah kalau dulu kita main tukar-tukar setem kan,sekarang kita main tukar-tukar fridge magnet pulak.mana lah tahu kot-kot 10-20 tahun akan datang koleksi kita ini akan menjadi benda yang antik dan bernilai! tuah ayam nampak di kaki,tuah kita tak tahu kan...emmm...

moralnya,kalau berjalan tu mesti kena beli lebih.satu untuk diri sendiri,yang selebihnya boleh main tukar-tukar.

ALAHAI...

2 comments:

  1. HAti dah berbunga nak dpt 3 FM .Balik sekolah pergi juga pos hari ni tapi masa smpai di PP dah pukul 4++ , van pos laju pun tak tunggu.Klau tak sampai hari Sabtu kut.

    Sebenarnya Fobia nak pos,takut tak sampai lagi.

    ReplyDelete
  2. insya allah kak,kali ni dapat.dah try 3-4 kali gak hntr mcm ni kt kwn.ok,smpai.hrpnya kita2 punyer pun smpai jugak..tungguuu...hihi...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala