pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, April 16, 2012

SEDANG PANAS AL USTAZ YANG SATU INI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

dah lama tahu,dah lama juga mencuri pandang mencari tapi baru tengahari tadi CITH berjodoh dan bertentang mata dengan AL USTAZ yang satu ni!

huh...ustaz bukan sebarang al ustaz ye..tapi ini dia! kang takut pulak ada yang suspicious ustaz mana kan.haru dibuatnya...

majalah AL USTAZ adalah satu terbitan terkini dan baru pada bulan ini yang dilancarkan oleh pihak penerbit-Telaga Biru.berharga rm 9.00 senaskah.kalau sebelum ini,majalah keluaran mereka yang terkenal ialah Solusi.

kali ini kelahiran Al Ustaz pula membawa satu persektif yang berlainan daripada segi penyampaian nya.kalau Solusi,CITH rasakan ia bahan bacaan yang agak 'serius' dan sedikit 'berat'.kadang tu,agak susah nak faham bagi anak-anak nak baca.

tapi untuk yang baru ini,CITH dah belek,dah baca pun separuh maka nampak di situ perbezaannya.kupasannya berdasarkan soalan-soalan yang ditanyakan oleh orang ramai dan kemudian dijawab oleh ustaz-ustaz yang sesuai dengan bidang kepakaran mereka.maka di sini,secara tak langsung persoalan yang mungkin berlegar dalam kotak minda kita pun,sedikit sebanyak terjawab di sini.

persoalan yang berkisar dalam semua hal kehidupan kita sebagai muslim seperti tauhid,aqidah,fiqah,tajwid,muamalat dan sebagainya.setiap satu soalan itu dibahagikan mengikut bidang-bidang tersendiri dan sebagai pembaca,CITH rasa ia cukup jelas memberi pengetahuan.yelah kadang-kadang kita sendiri tak tahu bab apa yang bermasalah dalam kehidupan kitakan...jadinya,inilah alternatif untuk menambah ilmu.

ALAHAI...

2 comments:

  1. majalah berunsur keislaman semakin banyak di pasaran termasuk saluran tv pun dah bertambah yang unsur keislaman tapi masalah sosial pun makin banyak juga sekarang ni...camne tu..harap-harap ramai lagilah yang akan membaca majalah berunsur keislaman ni

    ReplyDelete
  2. emmm...tu lah tu,sumber mmg banyak kalau nak ambil tahu dan nak berubah.masalahnya pelbagai pendekatan dibuat-drpd ustaz yg serius kpd ustaz yg ala selamba tp bukan mudah utk mendidik jiwa yang susah utk berubah.kena kasi sorang satu baca pastu panggil balik utk dibuat sesi tutorial baru jalan gaknya kan..

    ReplyDelete

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala