tadi CITH keluar membayar bil-bil rumah.Ya Allah...kat luar sana panas berdenting rupanya! yelah,kalau duduk dalam rumah memang tak terasa apa.apa taknya kipas berpusing mengalahkan kipas kapal terbang kan!
nampaknya bukan setakat cuaca di luar sahaja yang panas,tetapi cuaca politik negara juga tak kurang panasnya.sementelah lagi cerita mengenai Perhimpunan Bersih Sabtu lepas masih menjadi bahan utama di media massa.sampaikan siapa yang berbaju KUNING juga turut diusik.senang kata,warna kuning ini memberi pelbagai tanggapan.
CITH memang suka KUNING.suka baju color kuning,suka makan durian kuning,suka emas color kuning...hihi...apa lagi yang kuning?kalau dulu zaman sekolah selalu berangan nak kawin dengan putera raja...hahaha...pengaruh Cinderela kan...tapi memang warna kuning ini menyerlahkan pemakainya dan sekaligus meningkat self confident tu.(bukan lah color lain tu tak ada self confident ye!)
tapi bukan itu isu yang CITH nak ulas di sini.pokok isunya ialah hak rakyat menurut Perlembagaan Malaysia.
menurut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat jelata Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan..
kalau diperhatikan daripada pernyataan ini memang nampak kita boleh saja buat apa yang kita suka.sebab? KITA ADA HAK UNTUK BEBAS -bersuara,berhimpun,berpersatuan dan sebagainya.Tetapi semua itu harus lah ada limitnya untuk kita meletakkan satu tanda keselamatan agar keamanan tidak dicabuli.rujuk SINI http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Hak_Asasi_Manusia_Malaysia
tapi keadaan jadi di sebaliknya ,apabila hak bersuara tidak dihormati.awal-awal lagi telah disekat,telah dihalang,tidak mahu didengari sebaliknya ugutan,ancaman,provokasi dibuat yang akhirnya menimbulkan lagi kemarahan di pihak yang ingin bersuara.sekali fikir,inilah kesan jika hak rakyat untuk bersuara dinafikan.maka nak tak nak,kita dihidangkan dengan gambar dan cerita yang berwarna-warni.mana silapnya semua ini ?apakah kita tidak diajar untuk "diam ,bila orang lain bersuara?" atau kita ini sudah terlebih ajar...bagaimana....
salam ca, sini pun dah mula panas dalam 37C
ReplyDelete