selalu kalau orang nak buat kenduri,pilih hari Jumaat kan,nak bersedekah pun hari Jumaat.bukan tak boleh buat pada 6 hari yang lain tu tapi kita nak rebut keberkatan hari Jumaat yang merupakan penghulu kepada segala hari.
macam pagi nilah,CITH dapat sarapan free!.selepas menghantar Sakinah ke sekolah,CITH ke mesin ATM di Petronas yang berdekatan.orang kata dah rezeki kan,bukan saja tujuan asal yang terlaksana,dapat pulak tu sarapan lagi! ni lah orang kata musuh jangan dicari,rezeki jangan ditolak...hihi...
jadinya,sempatlah CITH dan bodyguard kecik ni menjamah sarapan yang disediakan.antaranya ada disediakan teh tarik,nasi lemak,bihun goreng,karipap dan talam ubi.al hamdulillah.rezeki pagi Jumaat.
ni lah agaknya balasan syarikat Petronas kepada pelanggan setianya...dapat banyak, tak salah buat selalu makan-makan macam ni kan.CITH memang pengguna minyak Petronas dulu,kini dan selamanya...(
ALAHAI
alhamdulillah .. rezeki dpt makna free .. sedap tak?
ReplyDeleteal hamdulillah.kalau barang free tak boleh nak komplen kan.jadinya sedap ajelah! hihi...
Delete