pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Sunday, April 15, 2012

KAW BURGER AKHIRNYA TEWAS DI MULUTKU!

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

huh,akhirnya CITH berjaya mendapatkan apa yang dikatakan "kaw-kaw burger". hari tu kan CITH ada cerita pasal burger ni dalam entri yang terdahulu.time tu dua kali pergi mencuba nasib tapi tak berjaya.tapi bak kata orang; kalau dah berkenan,lautan api sanggup diredah kan! hahaha...so malam tadi sekali lagi CITH mencuba nasib dan akhirnya BERJAYA!!!

kali ni CITH pergi dengan Kak Cik CITH.kami sampai kat sini jam 11.20 malam.orang?memang ramai.tapi dek sebab nak jugak,maka kami sabar menunggu.CITH dapat nombor giliran 180.ini pusingan yang ketiga sejak pukul 7.45 malam tadi.bayang kan!!!.dah kata nak dapat susahkan, maka bila time order tu,CITH memang KAW-KAW mengoder.hambik ko...biar puas hati.

order kami malam tu- 1 burger tower rm 32.00-5 keping daging (patty beef)
2 double burger rm 15.00 (2 keping setiap satu)

setiap satu set diberikan 2 minuman dan 2 keping sosej.emm...memang tahap gaban lah kami masa ni...huhu...apa yang kaw? bagi CITH,beza burger ni dengan yang lain tu ialah dari rasa dagingnya yang dibuat sendiri ramuannya itu,ketebalan,berjusnya,tahap kenyang melampau dan yang paling penting dek kerana aura orang ramai yang tengah 'fanatik' dengan burger ni menyumbang kepada kesepaduan rasanya.

apa taknya,kat sini kita kena berbaris panjang,nak tunggu meja duduk pun kena berbaris jugak...itulah kot yang tambah "kaw" burger ni! tengoklah gambar CITH di bawah.maaflah kualiti gambar tak berapa baik.maklumlah CITH menggunakan handphone ditambah pulak keadaan gelap.maka pengcahayaannya sangat kurang.kepada kalian,boleh cuba kaw-kaw burger ni di SEKSYEN 2 WANGSA MAJU,KL.

ALAHAI...

5 comments:

  1. wahhh specialnya bugger ni..tinggi!

    ReplyDelete
  2. mala: tu lah,memang bab menunggu ni yg problemya.dah 2 kali p usha,kali ke3 baru berjaya.tekniknya-dtg lewat malam sikit baru tak tunggu lama.sib baik pekerja dia mmg ramai.klu setakat 2 org je...emm alamat buat bege sdrilah kt rmh!

    kak kasih: ye kak,namanya tower bege tu yg tinggi tu.sib baik tk twin tower kan...hihi...

    ReplyDelete
  3. die buka pkl brapa? ttp pkl brapa? da lame nk pergi, xsampai2 lagi nihhh.. ngeri bila baca TUNGGU LAMEEE..

    ReplyDelete
  4. mieraahajis: katanya pukul 5 dia dah on gerai.time ni more utk buat persiapan.tapi no giliran pukul 7 baru edar.so tunggu lagi lepas tu untuk oder dan untuk dapat bege.mmg kene tgu lama.tp kali ke3 saya pergi tu,dtg lewat malam sikit dlm kul 11 ke atas baru cpt dpt no utk oder dan begenya.klu ujung wek lagi kne lamaaaaaaaaaaaaaaa tggu.

    ReplyDelete

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala