bukan jeles dengan apa yang orang dapat dan apa yang CITH tak dapat.kalau gelaran DATUK atau sebagainya itu memang CITH tak pernah bermimpi nak dapat sebab CITH tahu siapa diri ini.cukuplah gelaran TOK SU yang dah CITH rangkul sejak 4 tahun lepas! huhu...
tapi inilah realiti negara kita,artis lebih diberi perhatian,artis lebih diberi muka,artis lebih segala-galanya bahkan sampai diangkat dengan lebih tinggi dengan pemberian gelaran dan pingat.hadohhhhhhhhh.bab nilah CITH memang rasa tak puas hati.tapi siapalah diri ini.sekadar di sinilah tempat CITH untuk meluahkan rasa ketidakpuasan itu.sedih...sedih...
mungkin ada kalangan rakan pembaca blog dah baca berita mengenai artis Hattan yang selepas ini akan dipanggil DATUK HATTAN setelah menerima gelaran dan pingat daripada Tunku Mahkota Pahang.
TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang, (DIMP) dan gelaran Datuk kepada penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Sukri Shahabudin di Balairung Seri Istana Abdu Bakar, Pekan, hari ini. - Foto Halim Mat Ali
persoalannya di sini ialah;
1.kenapa kerajaan negeri Pahang ni selalu @ mudah sangat beri gelaran kepada golongan artis?
sedangkan di negeri kelahiran artis ini sendiri pun,dia tidak dipandang.
2.apakah kriteria pemberian gelaran ini?
3.apakah ada siasatan terhadap personal individu itu dibuat terlebih dahulu sebelum mereka diberi
gelaran? atau main tangkap muat atau tangkap suka maka senang-senang saja nak kasi...
4.apakah aspek "melobi" atau "mengampu" itu senjata untuk mendapat gelaran ini?
5.kalau ada duit banyak,boleh beli tak gelaran ini walaupun diri tak ada sumbangan apa pun?
itulah antara yang menjadi persoalan yang berlegar di kepala otak CITH.ada sesiapa yang boleh memahamkan CITH tentang isu ini supaya CITH boleh berkata; " o ye...memang patutlah orang tu dapat gelaran...rupanya dia...."
janganlah kita meletakkan begitu tinggi kedudukan artis ini berbanding mereka yang lebih berkelayakan di luar sana.ada RAMAI lagi di luar sana yang wajar diberi gelaran tapi SAYANG MEREKA BUKAN ARTIS.yelah
bukan nak kata golongan seperti yang CITH sebut tadi tak diberi penghargaan, ADA tetapi lebih menonjol dan nampak macam klise ialah golongan artis.lebih heran bin ajaib bila artis yang dapat tu,entah sapa-sapa...tak tahu apa jasa dan khidmat masyarakat yang diberi, dah dapat gelaran DATUK.berlakon suam-suam kuku,dapat Datuk.berkawan dengan VVIP dah dapat gelaran dan macam-macam.walhal bila disemak kembali siapa artis itu...ada yang pelbagai warna kisahnya.ada yang terlibat dalam kes mahkamah,ada yang tak ingat keluarga,ada yang buat-buat senang tapi tak senang...macam-macam kisah! ingat kata Datuk Jamali Syadat-katanya; dia bukanlah DATUK kaya.(insaf kan...)
mungkin apabila CITH menulis tentang ini orang akan menempelak; "alah,ko tak dapat.ko cakap macam-macam.cuba ko yang orang yang diberi gelaran.tentu senyap kan!" CITH berani menulis begini sebab CITH kenal diri.tak ada apa faktor yang membolehkan CITH nak diberi gelaran sebegitu rupa.cukuplah gelaran yang semulajadi yang CITH dapat sekarang.tapi kalau nak kasi 916 ke..tu CITH tak tolak..hihihi...persoalannya kenapa golongan artis ni senang-senang dapat gelaran dan pingat.ITULAH YANG CITH HERAN SANGAT...SANGAT!!!!
ALAHAI...
takpe...aku sokong ko !! errrmm...entah apa la yang istimewa sangat artis2 ni sampai dapat datuk...
ReplyDeletekalo cenggitu jom lah kita beli pulau dan buat negara sendri. Ko dan Apis jadi raja, sedara2 jadi menteri...nanti ko bagi gelaran Datuk kat laki aku, laki Wati dan wati An jer....merasa gak kami jadi Datin..
wakahkahkah......
haha...yelah kita wat mcm cerita Apek duyung tu kan.time tu ko pilih apa pangkat ko mahu daa...hihi.
DeleteDatok Pahang tak ada value
ReplyDelete