pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, April 25, 2012

RASA SARAPAN DI SEKOLAH HARI INI

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

pernah bersarapan bersama anak di sekolah? pernah cuba masakan di kantin?pernah tengok menu apa yang dijual di kantin? maklumlah CITH ni memang hari-hari ke sekolah.walaupun dah tamat sekolah lama dulu tapi masih lagi ke sekolah walaupun tidak sebagai guru.bak kata arwah P Ramlee: irama dan lagu masakan dapat dipisah....begitulah CITH dengan sekolah.

jadinya,dalam seminggu itu memang ada satu hari yang CITH dan anak-anak akan bersarapan di sekolah.saja nak tengok apa yang dijual oleh pihak kantin dan apa yang dimakan oleh anak kita.selebihnya melihat gelagak budak-budak...hihi...

hari ni menu sarapan sekolah agama Sakinah ialah nasi lemak,nasi goreng,kuih keria dan karipap.CITH membeli 2 pinggan nasi lemak yang setiap satu dijual RM 1.00.ramuannya cukuplah.ada sambal,sedikit telur rebus dan ikan bilis goreng.kemudian CITH beli pulak kuih keria iaitu 3-RM 1.00 dan air teh-50 sen (dibubuh ais kerana panas sangat!).kuih masih lagi seperti harga biasa.kira munasabah lah tu kan!

harga hari ini sesungguhnya memang tidak sama dengan harga di zaman kita sekolah dulu.betapa dulu dengan 50 sen sahaja ke sekolah mampu untuk mendapat nasi lemak dan air.kadang tu ada baki lagi ! hari ini 50 sen itu hanyalah segelas air teh...

zaman berubah,nilai wang juga berubah tapi selera kita rasanya tetap sama.tetap mencari nasi lemak,kuih sebagai santapan di pagi hari...

ALAHAI...

2 comments:

  1. Salam, Chempaka.. saya masih teringat rasa nasi lemak berbungkus daun pisang yang dijual 20 sen di kantin sekolah rendah..

    ReplyDelete
  2. salam Sari.

    yelah,dulu2 kan time kita sek mmg dapat gege mcm tu.tu lah yg kata klu bwk 50 sen pg sekolah tu mmg dh cukup kenyang dah tu!tapi skrg 50 sen dapat segelas air je kan! huhu...

    ReplyDelete

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala