terlebih dahulu aku ingin sekali menyampaikan salam takziah kepada keluarga yang terbabit dalam kemalangan bas persiaran yang telah mengakibatkan 27 maut di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam.salah siapa hendak ditunjukkan? adakah pemandunya,keadaan basnya,faktor jalan atau apa...kita tunggu dan lihat sahaja perkembangannya.
ni aku baru je balik dari membawa anak-anak ke Zoo Negara.penat berjalan.apa taknya dari pukul 11 pagi kami dah sampai sana dan balik sampai di rumah ni dah pukul 4.30 petang.(ngam-ngam nak tengok Putera Katak!)
ingatnya pergi hari biasa,taklah ramai orang,rupanya ramai juga! yelah kesempatan cuti sekolah kan.hari ni aku pergi dengan famili kawan aku-Siti.kiranya hari ni outing kaum ibu sahaja!bapak-bapak kat ofislah.
berjalan dalam zoo ni memang penat.untuk Hakimi,aku bawakkan stroller.kurang sikit penatnya.nasib baik juga dia bersetuju.kira selamatlah bahu aku daripada nak dukung dia!kalau nak dikatakan,Zoo Negara ni dah banyak kali juga pergi.rasanya saban tahun mesti pergi melawat ke sini.kali pergi tempat pilihan Sakinah pulaklah.tidaknya dia komplen asyik-asyik pergi muzium,memorial lah...hai..pandai komplen ni.
pergi sini kalau tak bawak minuman ke makanan ke,sakit jugalah.apa taknya aiskrim yang biasa kat luar RM 1,jadi RM2.50 kat sini. jadi,bawak ajelah bekalan yang patut-patut.untuk kali ni, aku dah pakat dengan kawan aku tu,bawak bihun goreng,sandwich dan sedikit kuih-muih.kira kenyanglah perut tu sikitkan! berjalan ni bukannya pendek.lenguh jugaklah kaki.
kalau yang tak nak berjalan,boleh juga menggunakan khidmat tram yang ada disediakan dengan tiket RM3.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak.tram ni akan membawa kita berjalan sekeliling kawasan zoo.kita boleh berhenti di tempat yang disediakan atau duduk sahaja untuk melihat dari jauh.
apa yang menarik di sini? tentulah himpunan pelbagai spesis haiwan sama ada kecil,besar,yang selalu jumpa atau yang tak selalu jumpa.pendek kata,semua ada.
INFO:
-tiket masuk: dewasa RM20.00 (dah naik!)
kanak-kanak RM6.00
-masa dibuka: 9pg-5ptg
-kedai cenderamata,surau dan tandas ada disediakan
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(238)
-
▼
December
(34)
- DINOS ALIVE DI PUSAT SAINS!
- FAMILI GATHERING
- IKAN BAKAR MUARA SG DUYONG (3)
- HOTEL MAHKOTA -SESUAI UNTUK FAMILI (2)
- KITA MENANG-SATU KEBANGKITAN KEMBALI!
- YURAN ANAK TANGGUH,ROKOK DAN ASTRO DIDAHULUKAN
- JEJAK SEJARAH DI BANDA HILIR MELAKA (1)
- PENATNYA RASA...
- BERJALAN DAN BERCUTI DI MELAKA
- HEBAT SANGAT?
- MUDAH TAPI SELALU TAK PERASAN!
- DIVIDEN ASB, JOM KITA UPDATE!
- ZOO NEGARA...aduh lenguhnya kaki nak jalan!
- MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN...menyusuri sejarah
- WET WORLD WATER PARK-berendam sampai kecut jari!
- SATE EMAS KAJANG...apa nak ada!
- AKHIRNYA DIA MINTA DILEPASKAN!
- BERAPA BANYAK PARTI UNTUK MELAYU?
- TAMAN RAMA-RAMA KL-aduh cantiknya dia!
- HOTEL BRISDALE...best juga!
- MUZIUM POLIS-satu info yang bernilai
- MASJID NEGARA-bukan untuk kita saja!
- PLANETARIUM NEGARA...penat nak menapak
- MEMORIAL TUN RAZAK
- AL RAWSHA RESTAURANT- lepas makan cakap Arablah...
- KEMBUNG KUKUS PAKWEKU
- 20 PERKARA JANGAN!
- SAMAN BEKAS PERMAISUR AISHAH
- RESTORAN PUTERI...truely kampung style
- SPA D'HILL SETIAWANGSA...jom relax
- SALAM MAAL HIJRAH 1432
- DAH BALIK...banyak nak kena kemas ni...
- BERCUTI DI PULAU PANGKOR
- TERTUNAILAH JANJI UNTUK SAKINAH
-
▼
December
(34)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
No comments:
Post a Comment