pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, December 6, 2010

DAH BALIK...banyak nak kena kemas ni...

salam tengahari untuk rakan blogger semua.dah masak? dah makan? harap semuanya sihat-sihat ye.

aku baru sampai ke KL malam Ahad lepas.biasalah bila balik berjalan ni, barulah terasa penat semua.penat duduk dalam kereta tu biasalah kan tapi bila dah sampai kat rumah pulak,penat nak kemaskan semua barang yang dibawa-kerja dobi-mendobi (mesin basuh yang buatkan...hihiii),kemas peralatan piknik, dan yang paling utama kemaskan toilet yang menjadi tempat 'buang' 2 ekor kucing kami yang ditinggalkan. alahai...

satu lagi bila balik dari bercuti ni-diri rasa ingin bermalas-malas sikit.nak cover tidur balik....hihiii...

semalam pulak semua mertuaku dan ipar duai dah balik semula ke kampung.bila tetamu ada di rumah ni, takkan lah aku pulak yang nak menyendiri dalam bilik nak menaip kan...(tu tanda macam tak hormat orang pulak!)

jadinya, hari nilah baru berkesempatan untuk membuka blog dan berfb. ni pun baru balik dari sekolah Sakinah, beli buku sekolah.ada lagi 4 buah buku yang tak ada.minggu depan kata budak kat kedai buku tu baru sampai.

cerita bercuti? memang best! seronok dan enjoy.bukan setakat dapat ke Pangkor, tapi on the way balik,sempat ke Pasir Salak dan Teluk Intan.nasiblah kami pergi ni awal dari hujung minggu, jadinya tidaklah bersesak sangat dengan ramai orang yang baru datang pada hujung minggu.

gambar dan cerita seterusnya akan aku masukkan kemudian.gambar-gambar belum diedit oleh pakweku lagi.macam biasalah bila pergi jauh ni, guna camera dia,dia yang jadi cameraman jadinya dia jugaklah yan akan mengedit gambar-gambar ni semua.hihii...

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala