Siapa yang tidak kenal dengan Siti Aishah, bekas permaisuri Agong suatu ketika dahulu. tiba-tiba nama beliau menjadi hot gara-gara samannya terhadap seorang mamat ni.
bila dah hot macam ni, aku pun tercari-cari mana ceritanya...ooo...baru aku jumpa dan aku ikuti tulisan dan gambarnya.kalian boleh ke sini...http://beatifulnara.com dan http://uncleseekers.blogspot.com.memang banyak gambar antara bekas permaisuri Aishah dan mamat sorang ni.memang aku rasa, TAK PATUT mamat ni buat macam ni.kalau betul pun ada cinta antaranya rasanya TAK PERLU nak dedah cerita sampai dalam kain!
Alkisahnya, Uncle Seekers di dalam blognya telah membuat satu pendedahan eksklusif kisah cinta rahsianya dengan bekas permaisuri Agong, Siti Aishah. Memang sukar untuk dipercayai tetapi gambar-gambar Uncle Seekers bersama Siti Aishah memang agak menunjukkan kemesraan mereka berdua.kalian baca dan buat lah penilain sendiri.aku? no komen.manusia kurang berfikir suka mengambil kesempatan atas apa yang ada di depan mata walaupun menggadaikan maruah diri sendiri!
SUMBER:http://www.themalaysianinsider.com
December 04, 2010KUALA LUMPUR, 4 Dis — Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman mengemukakan writ saman memohon injunksi terhadap Syed Abdullah Hussien Al-Attas dan bapanya, Syed Hussien Al- Attas di Mahkamah Tinggi Temerloh bagi menghalang mereka menyebar atau menerbitkan sebarang bentuk maklumat berkaitan rawatan dijalaninya sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis dalam blog, akhbar, buku, majalah, laman web atau risalah.
Peguam beliau, T Gunaseelan dan Anthony Sebastian pada sidang media di sini semalam berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 22 Disember ini bagi perbicaraan kes berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Aishah berkata, lebih kurang Jun lalu, beliau meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalah seperti itu.
Dokumen writ saman yang diterima The Malaysian Insider juga menyebut baginda terganggu dengan pendedahan maklumat sulit.
Saman difailkan kelmarin. Dipetik akhbar tempatan, Siti Aishah berkata, antara persetujuan di antaranya dan Syed Abdullah ialah beliau (Syed Abdullah) akan dibayar untuk perkhidmatannya dan bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi membabitkan Siti Aishah sepanjang proses rawatan berlangsung dan tidak mengeksploitasi dirinya dalam sebarang bentuk.
Pada November 2010, Syed Abdullah dalam blognya iaitu www.uncleseekers.blogspot.com mendedahkan apa yang dikatakan sebagai komunikasi antara saya dengannya ketika saya menjalani rawatan terbabit.
Antara butir pendedahan itu ialah gambar yang menunjukkan saya dan defendan, gambar rumah dan keluarga saya serta perkara yang diberitahu oleh saya kepada beliau, katanya dipetik Berita Harian hari ini.
Siti Aishah berkata, sebuah akhbar tabloid pada 27 November lalu menyiarkan artikel mengenai perbualannya dan Syed Abdullah selain memaparkan gambar dirinya dengan defendan pertama dan bapanya serta ahli keluarga masing-masing. “Keratan akhbar itu mendedahkan perkara yang berkaitan dengan hubungan profesional antara saya dan Syed Abdullah sedangkan beliau mengetahui kewajipannya untuk merahsiakan segala komunikasi antara kami berdua dan segala maklumat saya yang diketahui ketika mengubati saya,” katanya.
“Syed Hussien (defendan kedua) juga mengetahui bahawa Syed Abdullah memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat berkenaan kepada beliau (Syed Hussien),” katanya.
Siti Aishah berkata, Syed Hussien juga memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat itu kepada akhbar itu manakala Syed Abdullah di dalam blognya mengugut untuk menerbitkan sebuah buku berkenaan hubungan mereka, menyebabkan beliau rasa dihina dan mengalami gangguan emosi yang teruk akibat pendedahan itu.
Sehubungan itu, Siti Aishah memohon supaya kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, teladan dan kos lain yang ditaksirkan oleh mahkamah.
Sementara itu Gunaseelan berkata, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers mendakwa dirinya sebagai pengkaji aktiviti paranormal dan berkelayakan untuk mengubati mana-mana individu yang mengalami gangguan emosi atau tekanan mental manakala defendan kedua iaitu Syed Hussein pula lebih dikenali sebagai penulis buku genre politik.
“Ini ialah kali pertama injunksi seperti ini iaitu perlanggaran maklumat sulit difailkan di Malaysia dan ia difailkan atas arahan Siti Aishah sendiri kerana kedua-dua defendan telah mendedahkan maklumat sulit yang seharusnya dirahsiakan.
“Tindakan ini dilakukan selepas pihak kami mendapati wujud unsur ugutan di dalam blog defendan pertama iaitu kenyataan beliau bahawa sebuah buku mengenai dirinya dan Siti Aishah akan diterbitkan untuk bacaan umum,” katanya.
Beliau berkata, Syed Abdullah menerima writ saman itu pada pukul 3.45 petang semalam di kediamannya di Janda Baik, Pahang manakala writ saman ke atas bapanya tidak dapat diserahkan kerana defendan kedua berada di Melaka.
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Friday, December 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(238)
-
▼
December
(34)
- DINOS ALIVE DI PUSAT SAINS!
- FAMILI GATHERING
- IKAN BAKAR MUARA SG DUYONG (3)
- HOTEL MAHKOTA -SESUAI UNTUK FAMILI (2)
- KITA MENANG-SATU KEBANGKITAN KEMBALI!
- YURAN ANAK TANGGUH,ROKOK DAN ASTRO DIDAHULUKAN
- JEJAK SEJARAH DI BANDA HILIR MELAKA (1)
- PENATNYA RASA...
- BERJALAN DAN BERCUTI DI MELAKA
- HEBAT SANGAT?
- MUDAH TAPI SELALU TAK PERASAN!
- DIVIDEN ASB, JOM KITA UPDATE!
- ZOO NEGARA...aduh lenguhnya kaki nak jalan!
- MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN...menyusuri sejarah
- WET WORLD WATER PARK-berendam sampai kecut jari!
- SATE EMAS KAJANG...apa nak ada!
- AKHIRNYA DIA MINTA DILEPASKAN!
- BERAPA BANYAK PARTI UNTUK MELAYU?
- TAMAN RAMA-RAMA KL-aduh cantiknya dia!
- HOTEL BRISDALE...best juga!
- MUZIUM POLIS-satu info yang bernilai
- MASJID NEGARA-bukan untuk kita saja!
- PLANETARIUM NEGARA...penat nak menapak
- MEMORIAL TUN RAZAK
- AL RAWSHA RESTAURANT- lepas makan cakap Arablah...
- KEMBUNG KUKUS PAKWEKU
- 20 PERKARA JANGAN!
- SAMAN BEKAS PERMAISUR AISHAH
- RESTORAN PUTERI...truely kampung style
- SPA D'HILL SETIAWANGSA...jom relax
- SALAM MAAL HIJRAH 1432
- DAH BALIK...banyak nak kena kemas ni...
- BERCUTI DI PULAU PANGKOR
- TERTUNAILAH JANJI UNTUK SAKINAH
-
▼
December
(34)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Komen aku: Tuanku Siti Aisyah pun manusia biasa juga, ada keinginan ingin disayangi dan dicintai. Usianya pun masih muda, so tidak salah bercinta lagi. Takkan nk solo ke akhir hayat semata2 mahu menggondol gelaran Bekas Permaisuri Agong..
ReplyDelete