pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, November 1, 2010

AMPANG RESTORAN ISTANA BAMBU...ada rupa,ada harga

satu lagi lokasi JJCM nak kongsi dengan kalian di luar sana. kali ni kita ke 'istana' lah pulak ye! alahai, nak tunggu istana yang betul tu emm...entah bila kan...hari keputeraan sultan Pahang pun tak panggil kita...hihiii...jadinya kita carilah sendiri istana yang boleh sesuka hati je masuk...ahaks..kali ni makan sempena nak celebrate birthday anak saudara aku yang Along tu.tak adalah acara potong-potong kek-dah beso panjang! acara makan je!!!

restoran ni, memang cantik dengan pemandangannya yang damai je rasa.kalau yang tak kenal pokok padi tu,ha bawak datang sini.terutamanya anak-anak kita kan, yang tak pernah kenal pokok padi macam mana! (jangan kita pulak yang tak kenal!) kat sini ada ditanam,dan bolehlah kalau nak ceritakan kat depa semua.semua hiasan-kerusi meja,hiasan dalaman,buku menu,waima kerusi baby pun diperbuat daripada buluh.sebab tulah namanya bambu(BI-BAMBOO)kalau bab hiasan ni memang cantik dan sesuai dengan namanya.sebab tulah semua ni macam lupa diri nak ambik gambar! hihiii...untuk menu? disediakan menu ala carte yang boleh dikatakan 'agak mahal' sikitlah- kalau dah namanya istana kan! tapi orang kata sesekali meraikan orang tersayang apa salahnya.ada rupa,adalah harganya.

untuk malam tu-ni sekadar ringan-ringan ajelah-taklah sampai penuh meja...aku pesan :
tomyam seafood - small size - rm 27.00
lemon chicken - " - rm 22.00
baby kailan - " - rm 16.00
kerabu chicken feet " - rm 14.00
fried crispy beef " - rm 18.00
plain rice 6 - rm 12.00
fruit juice 6 (1=rm 6.90) - rm 41.40
__________________________________________________
RM 150.40
--------------------------------------------------


INFO:
1. kemudahan surau disediakan.memang selesa. ( ni memang aku puji)GAMBAR: LALUAN KE SURAU:2. servis pun cepat
3. parking lot yang luas
4. tempat makan ada 2 jenis-yang duduk kerusi mejadan bersila5. rupanya dah masuk dalam JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3- ni pun perasan masa nak bayar di kaunter




LOKASI:
RESTORAN ISTANA BAMBU
LOT 841-842 JLN HULU KELANG
AMPANG,SELANGOR
03-42514717

ALAHAI...

2 comments:

  1. boleh bg arah mcm mane nk pergi kedai ni?

    ReplyDelete
  2. nk tanya ,dari mana ye? restoran ni kne ikut arah mrr2 ke seremban.klu dari gombak,jumpa zoo negara,terus ke ara ampang.res ni sebelah kiri jalan.mmg nmpk dr tepi jln.

    ReplyDelete

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala