pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, November 8, 2010

ARIANI SALE..!

dah kembali ke KL malam tadi.jalan? emmm...sesak jugaklah di highway.rasanya ramai yang balik kampung masa cuti ni.yelah raya haji nanti cuti hanya sehari-inilah pun kesempatan yang ada.
petang semalam sebelum balik sempatlah aku ke Butik Ariani-ala yang duta tudungnya si Wardina Saffiyah tu! sebelum tu aku dapatlah sms yang memberitahu ada sale di Ariani.hei..banyak sangat sms kebelakangan ni-jadi,sajalah pergi melihat sama ada betul atau tidak.

sah, memang ada potongan harga untuk member kad Ariani dari 40-50%! kalau masa raya hari tu harganya 120, sekarang ni dapatlah separuh harga.punyalah ramai orang.ofer ni hanya tiga hari bermula Jumaat lepas dan semalam lah lastnya.memang kelabu mata dibuatnya.

cakap dengan pakweku setengah jam saja-tapi..bila dah masuk-tambahan pulak ramai orang, emm...takdelah setengah jam tapi berjam! alahai...

aku suruh Sakinah ambik gambar dalam butik ni-tapi dia tak kuasa-ramai orang!
kenapa orang suka tudung Ariani? susah nak jawab jugak ye! tapi bagi aku yang baru jadi membernya raya hari tu-rasanya apa yang aku perasan-kekemasannya yang sedap atau memang sut saja bila disarungkan.bak kata orang-memang terletak lah! lagi satu bantuan daripada pekerja butik ni memang memuaskan.mereka taklah seperti memaksa kita kena beli sebaliknya akan melayan kita,memadankan dengan muka kita dan juga memberi nasihat mana yang sesuai.keputusan terletak pada kita.
kali ni kunjungan yang kedua,aku beli untuk diri sendiri dan hadiah untuk 2 orang kakakku dan mertuaku.masing-masing ni akan sambut birthday bulan Februari tahun depan-tak pelah dapat hadiah advance! hari tu masa raya,diaorang ni tengok je aku pakai,la ni ada rezeki lebih sikit,belikanlah pulak untuk mereka.biar dapat rasa. tidaknya dapat tengok kat Wardina je! hihiii...

harga? alah membeli,menang memakai...tapi bila ada potongan harga macam ni,memang berbaloi...poket je yang tak berbaloi...ahaks.petang tu, aku sempat -(ceh-sempat tu...) membeli 5 helai tudung.2 untuk aku dan lebihnya untuk dihadiahkan pada mereka yang tersayang.


ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala