pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, November 3, 2010

DEMAM BATU SEREMBAN

batu seremban? macam nama tempat Seremban tu je kan? agaknya kat sini kot ye asal permainan benda ni.pasal tu namanya hampir sama cuma tukarkan sebutan 'e' kepada e taling.

kalau dulu masa aku kecik-kecik kat kampung mungkin kalian jugak , main batu seremban ni guna batu.alah kutip batu yang kat tepi-tepi jalan tu je...kutip lima ketul yang agak-agak boleh senang nak tangkap balik bila baling tu! tapi kini zaman dah berubah makanya bahan mainan ini pun turut berubah.

kini batu seremban dimainkan dengan balingan pundi kacang atau beras yang dibuat kecil-kecil.kalau baling kena anak orang pun tak mendatangkan apa-apa risiko.yelah sekarang ni kalau silap sikit je, saman-menyaman ni siaplah!

sebut pasal batu seremban ni, Sakinah punya pasallah.bila dah habis exam ni-dia kata ramai kawan dia bawak mainan ke sekolah.cikgu tak marah pun.ada yang main tutup botol,dam ular,uno,TAPI yang popularnya main batu seremban nilah!memang semua budak main ni.

"ma, kawan-kawan Ina semua ada batu seremban.mama boleh buatkan tak?
tak pun boleh beli kat sekolah."
"berapa ringgit sekolah jual tu?" yelah terkejut pulak aku kat
sekolah ada jual benda ni.kata Sakinah-RM1.00.

emm...tak payah beli.bahan semua ada.kacang hijau ada,perca kain ada...nak dengan tak nak buat aje.ceh, aku pun keluarkanlah kotak menjahit aku.TAPI bukan aku yang jahit tapi pakwe aku yang jahit...hiii...aku ni kang kalau jahit banyak sangat yang jadi tukang komennya jadi lebih baik aku ambik tugas lain.biar aku yang masukkan kacang kat dalam pundinya jelah.nilah kerjasama namanya...hahaha.anak punya pasalkan...

ni baru siaplah batu seremban Sakinah.dia dah tidur.biar pagi esok dia bangun,dah siap.sukalah tu...sibuk benar nak batu seremban!batu seremban!


ALAHAI...

7 comments:

  1. hari ni anak aku di'cuti'kan. Kat sekolah pun dh takde belajo..mmg main jer...aku kata baik tolong aku jaga adik kat rumah..aku nk buat kuih ni..hehehe...

    ReplyDelete
  2. aku ni ha, sek dpn rmah-bialah dia pgi.kasi chan main ngan kwn puas2.esk2 dh cuti nnti dh tk jmpa kwn pulak! ha, mainlah...

    ReplyDelete
  3. klau dulu guna batu kn...duduk kat kaki lima sekolah time rehat...best..best...

    ReplyDelete
  4. zarina: bolehlah.cantik sikit dri aku ...hahaha..psl tu aku suruh dia buat! kang byk komen.

    su: yelah kan..enjoynya time dulu2.

    ReplyDelete
  5. saya mahu beli batu seremban tapi takde jual

    ReplyDelete

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala