pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, January 3, 2011

HARI NI HARI BERATUR SAJA

aku baru balik dari bayar yuran sekolah kebangsaan Sakinah.pagi tadi ke sekolah agama,lepas tu ke Maybank update ASB,lepas tu ke BSN bayar bil pulak.alahai...semua tempat yang aku pergi,semua kena beratur panjang hari ni!nasib baik pakweku cuti hari ni.jadinya aku beratur,dia dukung Hakimi.

fuh,hari pertama sekolah-jem kereta tak boleh nak cakap.mana-mana sekolah hari ni macam ada pesta pulak!sebabkan sekolah dekat dengan rumah,keretaku hari ni 'dioffkan' -naik motor je hari ni...senang parking!

dah update ASB? dah tengok angka-angka yang ada? emmm...mesti ada yang tersenyum sampai ke telinga...hihii...tu lah pagi tadi,aku sampai di Maybank pukul 9.30-orang punyalah ramai.tak bawak pulak camera nak ambik gambar kat sini!kat Maybank ni siap disediakan minuman ringan lagi untuk pelanggan.sebab apa tau? sebab dah tahu hari ni ada ramai yang jadi OKB-orang kaya baru! tulah dia layan special sikit dari biasa!

aku? syukur...simpanan yang ada untuk hari depan khususnya untuk anak-anak dan diri sendiri masa umur pencen-pencen nanti...

pendek kata hari ni-memang kena beratur sahaja...pergilah mana-mana memang kena B.E.R.A.T.U.R....

ALAHAI...

3 comments:

  1. agak dah mesti ramai yang nak update asb...aku plan p next week..sabar menanti :)

    ReplyDelete
  2. aku tak heran sangat ASB ni..lantak ler.. biar dia beranak pinak dalam tu...sbb bukunya kat atas loteng.. malas nk selongkar loteng tu...berabuk..hehehe.... lepas 5 tahun baru le tgk..

    ReplyDelete
  3. na: next wek rasanya dh tak ramai ...this wek ramai coz org tk sbr nk tgok! hihii

    mah: wah,ko-tgok 5 thn sekali.dasat tu!

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala