pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, January 6, 2011

TAMAN MINI MALAYSIA,MELAKA (3)

cuti sempena Malaysia menang bola yang lepas(Jumaat)-aku balik ke Melaka.ada satu lagi tempat yang tertinggal tak pergi dalam siri kembara Melaka hari tu.Taman Mini Malaysia dan Mini Asean yang terletak di Ayer Keroh.

tapi sayangnya,yang tinggal hanyalah Mini Malaysia sahaja manakala Mini Aseannya ditutup sementara untuk kerja-kerja pembaikan.sesuailah dengan usia pembinaannya yang sudah makan bertahun-tahun.taman ini telah dirasmikan oleh mantan PM kita-Tun M pada 1986.

Taman Mini Malaysia merupakan satu tempat yang membolehkan kita melihat jenis-jenis rekabentuk rumah yang mewakili negeri-negeri dalam Malaysia.berbentuk rumah tradisional Melayu lama,ia dibina dengan menghimpunkan seni bina,hiasan yang serupa dengan rumah yang asal.

jadinya,kalau pergi ke sini,ibarat kita dah pergi kesemua negeri dalam Malaysia.bermula dari rumah Kedah,Perlis sehinggalah ke Sabah dan Sarawak.untuk "menghidupkan" suasana dalam rumah,ada di antara rumah tersebut menjual makanan ringan,cenderamata,membuat demo masakan dan sebagainya yang mana pengunjung boleh merasa atau membelinya.sebagai contoh;di rumah Melaka ada disediakan kopi dan teh untuk meraikan pengunjung yang datang.air free!tapi kalau nak makan kuih seperti buah Melaka,koci...kena beli.RM1=5.(masih murah lagikan!)

memang penat berjalan dalam satu taman ni.untuk budak-budak pulak-ada yang menarik! memberi arnab makan.makananan dia apa? ala...sawi.beli dengan harga 1 ikat RM2.ni memang Sakinah dan Hakimi suka sangat.selain tu ada aktiviti menunggang kuda,memanah dan juga memberi kuda makan.

pemandangan? memang cantik.puaslah berposing!ada satu jambatan gantung yang pada mulanya macam tak percaya nak naik,tapi pakweku dah try dulu...hihi...tengok ok je,barulah aku anak beranak lalu! takut lah pulak...

tiket masuk? RM5 untuk dewasa
RM3 untuk kanak-kanak.

untuk kalian-kalau ke Melaka,bolehlah berkunjung tempat-tempat yang aku ceritakan di sini.

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala