pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Thursday, March 10, 2011

PASAL HUTANG DULU BAIK,SEKARANG TIDAKKK

Assalammualaikum semua...

gara-gara hutang,hubungan yang dulu baik jadi tak baik.kalau dulu-rumah engkau,rumahku jua,periuk engkau,periukku jua TAPI bila hutang tak dibayar,habis semua diungkit, kesudahannya muka tak boleh bersua,mata tidak boleh bertentang.hati panas membara!

inilah senario yang berlaku kepada seorang saudara di facebook sekarang.lantaran hutang seorang jirannya tidak berbayar,mereka berdua sudah bercakaran,saling balas membalas di facebook.lantaran tidak boleh bersua muka lagi,medan FB menjadi luahan.

apa tidaknya,dulu segala nasihat yang diberi supaya jangan hidup berhutang-sama ada diri sendiri suka buat hutang atau memberi hutang tidak diendahkan.katanya;"ala,dekat rumah.bila-bila boleh mintak balik." hari ini? dekat rumah dah jadi masalah bila 'perang' sudah berlaku.rasa macam nak pindah pulak dari situ...

ni semua sebab apa?sebab yang berhutang buat-buat lupa nak bayar dan yang beri hutang tu dah tak tahan nak tiap bulan mintak hutang dia!yelah,kalau sekali dua tu mungkin si berhutang tu agaknya terlupa,tapi bila tiap bulan nak kena ingatkan...itu dah jadi lain....jadi marahlah lepas tu.kawan ke?saudara ke? dah tak kisah.bak kata orang sekarang;'APA KU KISAH...'

entahlah,kadang-kadang serba salah dibuatnya kan.tak beri orang hutang kita,nanti kata kita sombong,berkira,tak nak tolong dan bla..bla...tapi bila dah kasi pinjam/hutang si berhutang pulak buat tak reti-reti nak bayar balik.macam nak anggap 'burn' aje semua.eh..eh...masa awal kata pinjam,mestilah pinjam jadinya kan...entahlah...macam-macam orang ni,bila-bila je boleh berubah.macam sesumpah.

sebaliknya yang kasi hutang tadi yang terpaksa tebalkan muka nak mintak balik duit dia.macam dia pulak yang berhutang.dia pulak yang terpaksa cari orang berhutang tu tiap bulan...kacau...kacau orang macam ni.

AKU?sendiri buat hutang,sendiri tanggung.orang yang kasi hutang tu pun kita tak tahu masalah dia.bila dah berhutang,amanah perlu untuk melunaskan hutang-hutang tersebut selagi tidak dihalalkan oleh si pemberi hutang.

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala